.
THANK YOU FOR FOLLOWING NORZI
.
.
.
.
SPONSORED ADVERTISEMENT
Showing posts with label TIPS OF THE DAY. Show all posts
Showing posts with label TIPS OF THE DAY. Show all posts
CARA DEACTIVATE CELCOM VOICE MAIL
APA ITU PERIUK KERA ?
Untuk entry kali ini, perkongsian tentang periuk kera. Pernah pernah dengan atau tengok periuk kera dari dekat? Macamana rupanya priuk kera. Terdapat Taman Periuk Kera di dalam Agrotechnology Park Mardi Cameron Highlands. Pernah Memandangkan tumbuhan periuk kera ini sangat sukar dilihat, ini merupakan sesuatu yang menarik dan sesuai didedahkan kepada anak-anak lebih -lebih lagi bila cuti sekolah akan tiba , boleh dijadikan salah satu aktiviti berjalan dengan keluarga.
Berdasarkan maklumat di Taman Periuk Kera, periuk kera atau nama saintifiknya adalah Nepenthes , periuk kera adalah tumbuhan karnivor yang hidup melata di sekitar Malaysia dan tumbuhan tropika yang mempunyai tabiat karnivor (carnivorous). Genus Nepenthes mempunyai lebih kurang 90 spesis di seluruh dunia dan kebanyakannya terdapat di kawasan Nusantara Melayu dan kawasan taburan merangkumi Madagaskar di Barat dan India di Utara.
Terdapat lebih kurang 90 spesis periuk kera ~ periuk kera yang di jaga rapi di Taman Periuk Kera
Di Taman Periuk Kera ini juga adalah sebuah taman koleksi pelbagi jenis (spesis dan hibrid) Nepenthes. Bersesuaian dengan konsep TICER (Technology , Innovation , Conservation, Education and Recreation ), Taman Periuk Kera ini juga menempatkan beberapa jenis Nepenthes luar , terutama dari Borneo (Sarawak), Sumatera dan negara lain seperti Australia untuk dipamerkan kepada pengunjung Taman Agrotechnology. Daripada maklumat yang dinyatakan di Taman Periuk Kera ini juga, contoh jenis periuk kera yang ditempatkan di Taman Periuk Kera ini adalah seperti N. Jokeriana, N. Sibuyanensis x merilliana, N. Veitchii x nepenthes tempatan (Cameron highlands) pula adalah seperti N.macfarlaneo dan N.Abomarginata.
Untuk pengetahuan anda, di Taman Periuk Kera ini, terdapat habitat periuk kera terdiri di pelbagai kawasan termasuklah dari kawasan pantai , gunung batu kapur, hutan hujan (rainforest), dan hutan lumut berawan. Bukan itu sahaja, malahan terdapat juga periuk kera dari spesis yang hidup di kawasan rendah (lowlanders) yang panas manakala yang lainnya hidup di kawasan tinggi yang sejuk atau highlanders (lebih 1000 meter di atas paras laut).
Close up tumbuhan Periuk kera di Taman Periuk Kera
Nepenthes atau periuk kera ini juga adalah tumbuhan herba ( herbaceous ) dan kebanyakannya periuk kera tumbuh sebagai tumbuhan pemanjat dengan tendril yang bergulung tumbuh dari hujung daun dan menjadi alat pemegang untuk memanjat tumbuhan lain . Struktur periuk atau pitcher serta tabiat karnivor tumbuhan ini menjadikannya sangat pelik dan istimewa. Sementara, periuk atau pitchernya mempunyai pelbagai bentuk, saiz, dan warna. Setelah di perhatikan dari dekat , memang benar bahawa tumbuhan periuk kera ini empunyai bibir di permukaan pitcher yang berwarna kemerah-merahan serta mengikut fakta yang ditulis di Taman Periuk Kera tersebut, periuk kera boleh mengeluarkan madu (nectar) untuk menarik perhatian serangga untuk datang lebih dekat di permukaan pitchernya.. berbahaya untuk serangga kerana ini seperti perangkap. Serangga pula akan terbang ke dalam periuk kera dan akan terperangkap dengan sejenis pelekat dan kemudiannya jatuh ke dalam pitcher yang mengandungi cecair enzim yang akan mencerna (digest) serangga tersebut. Itulah sifat karnivor pada periuk kera ini, iaitu sentiasa mencari mangsa.
Banyak pokok periuk kera di Taman Periuk Kera
Taman Periuk Kera atau Taman Nepenthes di Agrotechnology Park Mardi Cameron Highlands ini berkeluasan 11.5 x 11.5 meter persegi. Berdasarkan maklumat yang terdapat di Taman Periuk Kera itu, taman yang terletak di Cameron Highlands ini telah didirikan dan mula beroperasi pada Februari 2014 yang lalu. Jadi jika berhasrat untuk melihat dari dekat, inilah peluangnya.. boleh bawa anak-anak , sambil-sambil melancong , dapat pendedahan dan salah satu aktivit pembelajaran juga.
Sumber dari Sinar Harian, satu lagi perkongsian tentang periuk kera yang jarang di ketahui umum.
Periuk kera
Sumber : SinarHarian
Masyarakat hari ini mungkin hanya mengetahui periuk kera adalah tumbuhan meliar di hutan selain dijadikan tanaman hiasan eksotik oleh penggemar pokok hiasan.
Namun, bagi pasangan Abdullah Kayan, 46, dan isterinya, Norashikin Salimin, 41, yang tinggal di Kampung Tenang, Labis, periuk kera bukan sekadar tumbuhan liar atau tanaman hiasan semata-mata, sebaliknya menjadi sumber rezeki bagi mereka terutama sekali menjelang musim perayaan.
Rasa seperti lemang
Menurut Abdullah, masyarakat Melayu di beberapa kawasan sekitar Johor dan Pahang menjadikan periuk kera sebagai acuan untuk membuat pulut periuk kera yang sering dijadikan juadah pada pagi hari raya.
“Rasa pulut periuk kera tidak banyak beza dengan lemang kerana dua makanan tradisi masyarakat Melayu ini mempunyai banyak persamaan dengan pulut dan santan kelapa sebagai bahan utama untuk membuatnya.
Pulut Periuk kera |
“Perbezaannya hanyalah lemang dimasak di dalam buluh dan dimasak dengan cara dibakar beberapa jam lamanya sementara pulut periuk kera pula dikukus dan memerlukan masa sekitar 15 hingga 20 minit untuk dimasak,” katanya kepada Sinar Harian.
Ini juga telah membuka peluang kepada pasangan suami isteri tersebut untuk membekalkan sama ada periuk kera mahu pun pulut periuk kera yang sudah siap dimasak kepada mana-mana pihak yang berminat menjadikan pulut periuk kera sebagai hidangan sama ada pada musim perayaan ataupun hari biasa.
Pada malam raya tahun lepas, Abdullah dan Norashikin bersengkang mata memasak sebanyak 1,500 biji pulut periuk kera ditempah pelanggan yang dijual dengan harga RM1 setiap satu.
Bekalan sukar diperoleh
Abdullah berkata, bekalan periuk kera semakin sukar diperoleh sekarang dimana dia terpaksa mengupah Orang Asli untuk mendapatkan periuk kera tersebut dari hutan Bekok dengan kadar upah RM50 sehari bagi setiap orang berbanding 30 tahun lalu yang banyak terdapat di sekitar kampungnya sahaja.
Bagi Norasikin pula, membuat pulut periuk kera tidaklah begitu sukar dan proses bermula dengan membersihkan periuk kera dengan air, kemudian dibiarkan beberapa ketika sehingga air basuhan tadi kering.
“Kemudian, bolehlah masukkan beras pulut yang sudah siap dibasuh sehingga paras tiga perempat penuh, selepas itu masukkan santan kelapa yang sudah dibubuh garam secukup rasa sehingga tenggelam beras pulut tersebut.
“Selepas proses tersebut selesai, periuk kera yang telah diisi pulut dan santan itu perlu dikukus selama 15 hingga 20 minit dan selepas itu ia sedia untuk dihidangkan,” katanya yang mempelajari resipi membuat pulut periuk kera daripada arwah neneknya.
Salam ceria
~Norzi
TIPS ATASI KAKI BENGKAK KETIKA MENGANDUNG
Ketika mengandung, kerap kali kita melihat kaki ibu mengandung membengkak, biasanya di hujung kehamilan atau bermula dari tujuh bulan usia kandungan , kaki mula menunjukkan ciri-ciri membengkak, dan semakin hari semakin ketara. Apa dan bagaimana berhadapan dengan kaki bengkak ketika hamil?
Apa itu kaki bengkak ketika hamil?
Info perkongsian kesihatan sumber Utusan ini dikongsikan tentang bengkak ketika mengandung atau di namakan Edema atau sembap semasa hamil. Kaki bengkak ini adalah perkara biasa terutamanya dalam trimester ketiga.
Apabila bayi anda semakin membesar, rahim memberi tekanan kepada saluran darah di pelvis. Ini khususnya menjejaskan salur darah besar yang menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah. Salur darah yang dipanggil vena kava bawah ini terletak pada bahagian kanan badan. Wanita hamil akan mengalami tekanan dan menyebabkan peredaran darah di bahagian itu menjadi perlahan dan mengakibatkan darah terkumpul.
Tekanan daripada darah yang terkumpul ini memaksa air turun dan keluar melalui salur darah kecil (kapilari) masuk ke dalam tisu-tisu pada tapak kaki dan buku lali. Biasanya, air ini akan diserap oleh badan. Kadang-kala, wanita hamil juga menyimpan lebih banyak air daripada biasa dan ini menambahkan lagi kebengkakan atau sembap tersebut. Anda mungkin mendapati kebengkakan ini lebih teruk pada waktu petang dan malam, sebelum lega sedikit pada waktu pagi setelah anda tidur sepanjang malam.
Menjelang petang, anda mungkin dapat lihat jika anda tekan kulit di sekitar buku lali, kulit itu tidak menganjal dengan serta-merta dan kembali kepada keadaan asalnya. Sementara itu, menjelang penghujung kehamilan, tangan anda juga mungkin menjadi bengkak dan cincin yang anda pakai akan terasa ketat.
Edema atau sembap semasa hamil adalah perkara biasa terutamanya dalam trimester ketiga. Di antara 50 dan 80 peratus wanita hamil yang sihat akan mengalaminya. Cuaca panas seperti di negara kita juga memburukkan lagi keadaan ini.
Langkah-langkah atasi kaki bengkak
Ubat-ubatan jenis diuretik tidak sesuai digunakan semasa hamil yang akan membuatkan buah pinggang mengeluarkan air dan garam sodium supaya anda kerap membuang air dan menghapuskan cecair yang berlebihan dengan cara itu. Oleh itu, anda boleh mencuba beberapa cara lain untuk mengawal kebengkakan iaitu dengan beberapa kaedah atau tips di bawah :
- Jika anda bekerja,letakkan bangku kecil atau kotak di bawah meja anda untuk meletakkan kaki anda.
Naikkan kaki anda ketika tidur dengan meletakkan tinggi sedikit dari kepala. Gunakan bantal atau comforter yang di gulung untuk mengalas kaki semasa berbaring
- Selain itu, jangan cuba menyilang kaki semasa duduk. Pakailah seluar stoking sokongan (support tights) sebelum anda bangun dari katil pada waktu pagi supaya darah tidak berpeluang berkumpul di sekeliling buku lali.
- Cari dan pakai kasut yang benar-benar selesa dan menyokong pergerakan setiap hari. Jika anda perlu banyak berjalan atas tuntutan kerja, pastikan kasut selesa dan yang bersaiz sedikit besar untuk ruang kelegaan dan pilihlah kasut rata agar kaki yang bengkak itu tidak mengganggu hari anda.
- Jika anda perlu melakukan perjalanan jauh, berhentilah dengan kerap untuk meregangkan kaki.
- Makan makanan berkhasiat dan elakkan makanan yang tinggi kandungan sodium dan garam seperti kacang masin, jeruk sayuran, telur masin dan ikan kering. Ingatlah, walaupun buku lali anda yang bengkak ini mungkin menyebabkan rasa tidak selesa, keadaan ini adalah sementara sahaja. Ia akan hilang sejurus anda melahirkan anak.
Ambil makanan berkhasiat
- Sebut tentang pemakanan berkhasiat semasa trimester ketiga, sangat mustahak bayi dalam kandungan mendapat bekalan nutrisi seimbang mengikut keperluan. Keperluan nutrisi semakin bertambah seiring dengan tumbesaran bayi yang di kandung .
Vitamin dan mineral ibu hamil trimester ke tiga
Makanan tambahan atau vitamin dan mineral bagi ibu hamil sepanjang trimester ketiga masih penting untuk di ambil. Walaupun organ-organ utama bayi semuanya telahpun dibentuk pada masa ini , tetapi anda dan bayi anda masih memerlukan kalsium , vitamin D dan zat besi yang mencukupi untuk pertumbuhan optimum dan mencegah komplikasi semasa mengandung dan selepas bersalin. Walaupun anda makan makanan yang sihat, vitamin tambahan membantu memberikan nutrisi yang sukar untuk mendapatkan hanya melalui diet semasa mengandung. Oleh itu pada trimester ke tiga , makanan tambahan berikut adalah penting bagi ibu mengandung.
Set mengandung Shaklee trimester ke dua dan ketiga |
Set mengandung Shaklee bagi second dan third trimester bagi ibu mengandung terdiri daripada;
Vita-Lea Iron Formula Vita-Lea
Vita lea adalah multivitamin yang kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah seperti pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.
Vitamin B Compleks
B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari.
Vitamin C
Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.
OsteMatrix
Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya. Sementara vitamin D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi. Ibu mengandung yang kekurangan kalsium akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu tersebut. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu berrisiko mendapat osteoporosis.
Omega Guard
Satu kajian Norway disiarkan dalam isu Januari 2003 daripada " Pediatrics " mendapati bahawa kanak-kanak yang ibunya mengambil omega- 3 tambahan asid lemak bermula pada minggu 18 kehamilan menjaringkan lebih tinggi pada ujian perkembangan mental pada usia 4 daripada mereka yang mengambil minyak jagung.
Untuk mendapatkan Set Hamil Trimester 2 dan 3 , anda boleh membuat belian secara online dengan klik butang [Beli Sekarang].
Sebarang pertanyaan / pendaftaran ahli / pembelian , sila hubungi :
Norzi (ID 1175673)
FB: Norzi
FB Page: Norzi Beautilicious House
No Tel: 019 3177872
Email: norzibeautilicioushouse@gmail.com
Atau anda boleh simpan business kad di bawah:
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Note : COD sekitar Putra Perdana , Puchong dan sekitarnya
Subscribe to:
Posts (Atom)