Pages

TIPS ATASI KAKI BENGKAK KETIKA MENGANDUNG

Ketika mengandung, kerap kali kita melihat kaki ibu mengandung membengkak, biasanya di hujung kehamilan atau bermula dari tujuh bulan usia kandungan , kaki mula menunjukkan ciri-ciri membengkak, dan semakin hari semakin ketara. Apa dan bagaimana berhadapan dengan kaki bengkak ketika hamil?

Apa itu kaki bengkak ketika hamil?
Info perkongsian kesihatan sumber Utusan ini dikongsikan tentang bengkak ketika mengandung atau di namakan Edema atau sembap semasa hamil. Kaki bengkak ini adalah perkara biasa terutamanya dalam trimester ketiga.


kaki membengkak

Apabila bayi anda semakin membesar, rahim memberi tekanan kepada saluran darah di pelvis. Ini khususnya menjejaskan salur darah besar yang menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah. Salur darah yang dipanggil vena kava bawah ini terletak pada bahagian kanan badan. Wanita hamil akan mengalami tekanan dan menyebabkan peredaran darah di bahagian itu menjadi perlahan dan mengakibatkan darah terkumpul.

Tekanan daripada darah yang terkumpul ini memaksa air turun dan keluar melalui salur darah kecil (kapilari) masuk ke dalam tisu-tisu pada tapak kaki dan buku lali. Biasanya, air ini akan diserap oleh badan. Kadang-kala, wanita hamil juga menyimpan lebih banyak air daripada biasa dan ini menambahkan lagi kebengkakan atau sembap tersebut. Anda mungkin mendapati kebengkakan ini lebih teruk pada waktu petang dan malam, sebelum lega sedikit pada waktu pagi setelah anda tidur sepanjang malam.

Menjelang petang, anda mungkin dapat lihat jika anda tekan kulit di sekitar buku lali, kulit itu tidak menganjal dengan serta-merta dan kembali kepada keadaan asalnya. Sementara itu, menjelang penghujung kehamilan, tangan anda juga mungkin menjadi bengkak dan cincin yang anda pakai akan terasa ketat.

kategori kaki sembap ketika mengandung perlukan makanan berkhasiat

Edema atau sembap semasa hamil adalah perkara biasa terutamanya dalam trimester ketiga. Di antara 50 dan 80 peratus wanita hamil yang sihat akan mengalaminya. Cuaca panas seperti di negara kita juga memburukkan lagi keadaan ini. 

Langkah-langkah atasi kaki bengkak
Ubat-ubatan jenis diuretik tidak sesuai digunakan semasa hamil yang akan membuatkan buah pinggang mengeluarkan air dan garam sodium supaya anda kerap membuang air dan menghapuskan cecair yang berlebihan dengan cara itu. Oleh itu, anda boleh mencuba beberapa cara lain untuk mengawal kebengkakan iaitu dengan beberapa kaedah atau tips di bawah :
  • Jika anda bekerja,letakkan bangku kecil atau kotak di bawah meja anda untuk meletakkan kaki anda. 

kaki bengkak dan kesannya
letakkan kaki di atas bantal untuk atasi kaki bengkak (sumber gambar : google)

  • menaikkan kaki sedikit ketika berbaring atau tidur untuk membantu melancarkan peredaran darah.
  • Cubalah baring mengiring ke kiri kerana ini boleh mengurangkan tekanan. Anda juga perlu mengelakkan duduk atau berdiri terlalu lama tanpa berehat atau baring selama 30 hingga 60 minit setiap hari apabila anda pulang dari kerja atau sewaktu rehat tengahari.


Naikkan kaki anda ketika tidur dengan meletakkan tinggi sedikit dari kepala. Gunakan bantal atau comforter yang di gulung untuk mengalas kaki semasa berbaring

  • Selain itu, jangan cuba menyilang kaki semasa duduk. Pakailah seluar stoking sokongan (support tights) sebelum anda bangun dari katil pada waktu pagi supaya darah tidak berpeluang berkumpul di sekeliling buku lali. 
  • Anda juga dinasihatkan minum banyak air, bersenam selalu terutamanya berjalan, berenang atau menggunakan basikal senaman.
kasut yang selesa adalah penting sepanjang proses kehamilan


  • Cari dan pakai kasut yang benar-benar selesa dan menyokong pergerakan setiap hari. Jika anda perlu banyak berjalan atas tuntutan kerja, pastikan kasut selesa dan yang bersaiz sedikit besar untuk ruang kelegaan dan pilihlah kasut rata agar kaki yang bengkak itu tidak mengganggu hari anda.
  • Jika anda perlu melakukan perjalanan jauh, berhentilah dengan kerap untuk meregangkan kaki. 

  • Makan makanan berkhasiat dan elakkan makanan yang tinggi kandungan sodium dan garam seperti kacang masin, jeruk sayuran, telur masin dan ikan kering. Ingatlah, walaupun buku lali anda yang bengkak ini mungkin menyebabkan rasa tidak selesa, keadaan ini adalah sementara sahaja. Ia akan hilang sejurus anda melahirkan anak.
ibu mengandung, tips ibu mengandung, tips kaki bengkak, pemakanan yang sihat untuk ibu mengandung , pemakanan seimbang untuk ibu mengandung tentang ibu mengandung tips cepat mengandung , cara mengandung , makanan ibu hamil , mudah mengandung nak makan apa , ketika mengandung, makanan seimbang ibu hamil , makananwanita mengandung , kaki bengkak ketika mengandung pada buku lalu dan tapak kaki atau dikenali juga sebagai edema mengapa kaki bengkak semasa hamil , cara atasi kaki bengkak semasa hamil , cara-cara mengatasi kaki bengkak ketika hamil , tips atasi kaki bengkak saat hamil , Tips cara mengatasi Edema atau kaki bengkak semasa hamil, cara hilangkan kaki bengkak ketika hamil , kaki membengkak ketika hamil adakah ini normal? bahaya atau tidak kaki bengkak ketika hamil, langkah atasi kaki bengkak ketika hamipetua hilangkan kaki bengkak ketika hamil , cegah kaki bengkak ketika ham

Ambil makanan berkhasiat
  • Sebut tentang pemakanan berkhasiat semasa trimester ketiga, sangat mustahak bayi dalam kandungan mendapat bekalan nutrisi seimbang mengikut keperluan. Keperluan nutrisi semakin bertambah seiring dengan tumbesaran bayi yang di kandung .
Vitamin dan mineral ibu hamil trimester ke tiga
Makanan tambahan atau vitamin dan mineral bagi ibu hamil sepanjang trimester ketiga masih penting untuk di ambil. Walaupun organ-organ utama bayi  semuanya telahpun dibentuk pada masa ini , tetapi  anda dan bayi anda masih memerlukan kalsium , vitamin D dan zat besi yang mencukupi untuk pertumbuhan optimum dan mencegah komplikasi semasa mengandung dan selepas bersalin. Walaupun anda makan makanan yang sihat, vitamin tambahan membantu memberikan nutrisi yang sukar untuk mendapatkan hanya melalui diet semasa mengandung. Oleh itu pada trimester ke tiga , makanan tambahan berikut adalah penting bagi ibu mengandung.
shaklee untuk ibu mengandung trimester ketiga
Set mengandung Shaklee trimester ke dua dan ketiga

Set mengandung Shaklee bagi second dan third trimester bagi ibu mengandung terdiri daripada;


Vita-Lea Iron Formula Vita-Lea 
Vita lea adalah multivitamin yang kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah seperti pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.

Vitamin B Compleks 
B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. 

Vitamin C
Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

OsteMatrix 
Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya. Sementara vitamin D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi. Ibu mengandung yang kekurangan kalsium  akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu tersebut. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu  berrisiko mendapat osteoporosis.

Omega Guard
Satu kajian Norway disiarkan dalam isu Januari 2003 daripada " Pediatrics " mendapati bahawa kanak-kanak yang ibunya mengambil omega- 3 tambahan asid lemak bermula pada minggu 18 kehamilan menjaringkan lebih tinggi pada ujian perkembangan mental pada usia 4 daripada mereka yang mengambil minyak jagung.


Untuk mendapatkan Set Hamil Trimester 2 dan 3 , anda boleh membuat belian secara online dengan klik butang [Beli Sekarang].
shaklee untuk ibu mengandung trimester ketiga
Set mengandung Shaklee trimester ke dua dan ketiga



Sebarang pertanyaan / pendaftaran ahli / pembelian , sila hubungi :



Norzi (ID 1175673)
FB: Norzi 
No Tel: 019 3177872
Email: norzibeautilicioushouse@gmail.com


Atau anda boleh simpan business kad di bawah:



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Note : COD sekitar Putra Perdana , Puchong dan sekitarnya










No comments:

Post a Comment