.

THANK YOU FOR FOLLOWING NORZI

.
.

.

.

SPONSORED ADVERTISEMENT

SENARAI SEMAK (CHECKLIST) UNTUK IBU HAMIL / IBU MENGANDUNG

Ibu hamil / mengandung perlu sentiasa sensitif terhadap kalendar kehamilan anda.  Selain pelbagai ujian ketika kehamilan perlu dilakukan bagi memantau kesihatan para ibu. Panduan kehamilan yang dikongsikan kali ini adalah beberapa senarai semak atau checklist yang  penting ketika kehamilan untuk semua ibu mengandung. 

Persediaan pengetahun untuk Ibu mengandung 

Senarai semak ketika mengandung

- Berjumpa dengan doktor gigi
Oleh kerana kalsium sangat penting semasa proses kehamilan , ianya sangat synonim dengan tulang dan gigi. Oleh yang demikian, adalah sangat di galakkan para ibu mengandung membuat temujanji dengan doktor gigi untuk langkah awal menjaga kesihatan gigi.

-Mengambil vitamin lengkap pranatal 
Keperluan vitamin pranatal adalah sangat penting. Sila membuat temujanji dengan dr anda bagi mendapatkan semua bentuk vitamin yang diperlukan sepanjang proses mengandung selama 9 bulan. Sila patuhi jadual pengambilan vitamin.

- Jumpa Dr untuk jadual pemeriksaan pranatal
Setiap beberapa waktu , adalah menjadi rutin ibu mengandung untuk membuat pemeriksaan berkala. Biasanya ibu mengandung diberikan kad temujanji rawatan. Masuk ke 7 , biasanya temujanji akan di lakukan di hospital . Semakin menghampiri hujung kandungan , jadual pemeriksaan semakin kerap bagi tujuan pemeriksaan pranatal Pertama , kedua , ketiga dan seterusnya.

- Mula membeli baju mengandung atau tukar uniform
Perubahan size badan , menyebabkan banyak baju- baju lama tidak sesuai lagi di gunakan oleh ibu mengandung. Oleh itu, para ibu boleh mula membeli pakaian gantian baru yang lebih selesa sepanjang proses mengandung. 



- Mula merancang cuti bersalin dan jadual kerja selepas bersalin
Merancang cuti bersalin adalah perlu lebih-lebih lagi bagi yang melalui proses cesarean atau ibu berkerjaya tetapi telah melahirkan anak lebih dari 5 orang. 

- Maklumkan kepada rakan sekerja tentang kehamilan
Elok memaklumkan kepada rakan sepejabat tentang kehamilan supaya mereka faham situasi anda, lebih -lebih lagi sekiranya di peringkat awal proses kehamilan anda mengalami alahan yang teruk dan terpaksa mengambil cuti sakit.

- Ultra bunyi Standard pertengahan kehamilan 
Biasanya ujian ultrabunyi atau ultrasound ini dilakukan oleh dr dengan temujanji. Mesin ultrasound pada masa ini mempunyai pelbagai ciri terkini seperti 3D.

- Persediaan barangan bayi comel

Buatlah persediaan membeli barangan bayi ketika kehamilan mencecah 7 bulan . Ini kerana pada bila-bila masa boleh bersalin jika berlaku kelahiran pada 7 bulan ianya dinamakan kelahiran tidak cukup bulan. 




Keperluan barangan bayi diletakkan di dalam kereta 


- Persediaan kelengkapan beg sebelum ke hospital 
Meletakkan kelengkapan bayi dan ibu selepas bersalin didalam beg . Dikhuatiri saat tidak di duga berlaku kelahiran maka semua barangan ada tersedia di dalam kereta. Keperluan ibu yang perlu ada seperti kain batik, stokin , tuala, getah rambut , sikat , baju salinan , selipar, bengkung, baju sejuk dan pilis dan seumpamanya. 

Didoakan semoga semua ibu yang bakal melahirkan di permudahkan segala urusan. Banyakkan beramal, berzikir dan mengingati Allah SWT, InsyaAllah. 
Salam ceria.


    Senarai semak ketika mengandung , checklist , perkara perlu tahu ketika mengandung , jadul mengandung, baju hamil 

No comments:

Post a Comment

SHARE IT