THANK YOU FOR FOLLOWING NORZI

.
.

.

.

.

.

SPONSORED ADVERTISEMENT

.

APA ITU PERIUK KERA ?

Untuk entry kali ini, perkongsian tentang periuk kera. Pernah pernah dengan atau tengok periuk kera dari dekat? Macamana rupanya priuk kera. Terdapat Taman Periuk Kera di dalam Agrotechnology Park Mardi Cameron Highlands. Pernah Memandangkan tumbuhan periuk kera ini sangat sukar dilihat, ini merupakan sesuatu yang menarik dan sesuai didedahkan kepada anak-anak lebih -lebih lagi bila cuti sekolah akan tiba , boleh dijadikan salah satu aktiviti berjalan dengan keluarga.

Berdasarkan maklumat di Taman Periuk Kera, periuk kera atau nama saintifiknya adalah Nepenthes , periuk kera adalah tumbuhan karnivor yang hidup melata di sekitar Malaysia dan tumbuhan tropika yang mempunyai tabiat karnivor (carnivorous). Genus Nepenthes mempunyai lebih kurang 90 spesis di seluruh dunia dan kebanyakannya terdapat di kawasan Nusantara Melayu dan kawasan taburan merangkumi Madagaskar di Barat dan India di Utara.

Terdapat lebih kurang 90 spesis periuk kera ~ periuk kera yang di jaga rapi di Taman Periuk Kera

Di Taman Periuk Kera ini juga adalah sebuah taman koleksi pelbagi jenis (spesis dan hibrid) Nepenthes. Bersesuaian dengan konsep TICER (Technology , Innovation , Conservation, Education and Recreation ), Taman Periuk Kera ini juga menempatkan beberapa jenis Nepenthes luar , terutama dari Borneo (Sarawak), Sumatera dan negara lain seperti Australia untuk dipamerkan kepada pengunjung Taman Agrotechnology. Daripada maklumat yang dinyatakan di Taman Periuk Kera ini juga, contoh jenis periuk kera yang ditempatkan di Taman Periuk Kera ini adalah seperti N. Jokeriana, N. Sibuyanensis x merilliana, N. Veitchii x nepenthes tempatan (Cameron highlands) pula adalah seperti N.macfarlaneo dan N.Abomarginata.

Untuk pengetahuan anda, di Taman Periuk Kera ini, terdapat habitat periuk kera terdiri di pelbagai kawasan termasuklah dari kawasan pantai , gunung batu kapur, hutan hujan (rainforest), dan hutan lumut berawan. Bukan itu sahaja, malahan terdapat juga periuk kera dari spesis yang hidup di kawasan rendah (lowlanders) yang panas manakala yang lainnya hidup di kawasan tinggi yang sejuk atau highlanders (lebih 1000 meter di atas paras laut).

Close up tumbuhan Periuk kera di Taman Periuk Kera

Nepenthes atau periuk kera ini juga adalah tumbuhan herba ( herbaceous ) dan kebanyakannya periuk kera tumbuh sebagai tumbuhan pemanjat dengan tendril yang bergulung tumbuh dari hujung daun dan menjadi alat pemegang untuk memanjat tumbuhan lain . Struktur periuk atau pitcher serta tabiat karnivor tumbuhan ini menjadikannya sangat pelik dan istimewa. Sementara, periuk atau pitchernya mempunyai pelbagai bentuk, saiz, dan warna. Setelah di perhatikan dari dekat , memang benar bahawa tumbuhan periuk kera ini empunyai bibir di permukaan pitcher yang berwarna kemerah-merahan serta mengikut fakta yang ditulis di Taman Periuk Kera tersebut, periuk kera boleh mengeluarkan madu (nectar) untuk menarik perhatian serangga untuk datang lebih dekat di permukaan pitchernya.. berbahaya untuk serangga kerana ini seperti perangkap. Serangga pula akan terbang ke dalam periuk kera dan akan terperangkap dengan sejenis pelekat dan kemudiannya jatuh ke dalam pitcher yang mengandungi cecair enzim yang akan mencerna (digest) serangga tersebut. Itulah sifat karnivor pada periuk kera ini, iaitu sentiasa mencari mangsa.

Banyak pokok periuk kera di Taman Periuk Kera

Taman Periuk Kera atau Taman Nepenthes di Agrotechnology Park Mardi Cameron Highlands ini berkeluasan 11.5 x 11.5 meter persegi. Berdasarkan maklumat yang terdapat di Taman Periuk Kera itu, taman yang terletak di Cameron Highlands ini telah didirikan dan mula beroperasi pada Februari 2014 yang lalu. Jadi jika berhasrat untuk melihat dari dekat, inilah peluangnya.. boleh bawa anak-anak , sambil-sambil melancong , dapat pendedahan dan salah satu aktivit pembelajaran juga. 

Sumber dari Sinar Harian, satu lagi perkongsian tentang periuk kera yang jarang di ketahui umum.

Periuk kera
Sumber : SinarHarian

Masyarakat hari ini mungkin hanya mengetahui periuk kera adalah tumbuhan meliar di hutan selain dijadikan tanaman hiasan eksotik oleh penggemar pokok hiasan.

Namun, bagi pasangan Abdullah Kayan, 46, dan isterinya, Norashikin Salimin, 41, yang tinggal di Kampung Tenang, Labis, periuk kera bukan sekadar tumbuhan liar atau tanaman hiasan semata-mata, sebaliknya menjadi sumber rezeki bagi mereka terutama sekali menjelang musim perayaan.

Rasa seperti lemang
Menurut Abdullah, masyarakat Melayu di beberapa kawasan sekitar Johor dan Pahang menjadikan periuk kera sebagai acuan untuk membuat pulut periuk kera yang sering dijadikan juadah pada pagi hari raya.

“Rasa pulut periuk kera tidak banyak beza dengan lemang kerana dua makanan tradisi masyarakat Melayu ini mempunyai banyak persamaan dengan pulut dan santan kelapa sebagai bahan utama untuk membuatnya.

Pulut periuk kera
Pulut Periuk kera
“Perbezaannya hanyalah lemang dimasak di dalam buluh dan dimasak dengan cara dibakar beberapa jam lamanya sementara pulut periuk kera pula dikukus dan memerlukan masa sekitar 15 hingga 20 minit untuk dimasak,” katanya kepada Sinar Harian.

Ini juga telah membuka peluang kepada pasangan suami isteri tersebut untuk membekalkan sama ada periuk kera mahu pun pulut periuk kera yang sudah siap dimasak kepada mana-mana pihak yang berminat menjadikan pulut periuk kera sebagai hidangan sama ada pada musim perayaan ataupun hari biasa.

Pada malam raya tahun lepas, Abdullah dan Norashikin bersengkang mata memasak sebanyak 1,500 biji pulut periuk kera ditempah pelanggan yang dijual dengan harga RM1 setiap satu.

Bekalan sukar diperoleh
Abdullah berkata, bekalan periuk kera semakin sukar diperoleh sekarang dimana dia terpaksa mengupah Orang Asli untuk mendapatkan periuk kera tersebut dari hutan Bekok dengan kadar upah RM50 sehari bagi setiap orang berbanding 30 tahun lalu yang banyak terdapat di sekitar kampungnya sahaja.

Bagi Norasikin pula, membuat pulut periuk kera tidaklah begitu sukar dan proses bermula dengan membersihkan periuk kera dengan air, kemudian dibiarkan beberapa ketika sehingga air basuhan tadi kering.

“Kemudian, bolehlah masukkan beras pulut yang sudah siap dibasuh sehingga paras tiga perempat penuh, selepas itu masukkan santan kelapa yang sudah dibubuh garam secukup rasa sehingga tenggelam beras pulut tersebut.

“Selepas proses tersebut selesai, periuk kera yang telah diisi pulut dan santan itu perlu dikukus selama 15 hingga 20 minit dan selepas itu ia sedia untuk dihidangkan,” katanya yang mempelajari resipi membuat pulut periuk kera daripada arwah neneknya.

Salam ceria
~Norzi





No comments:

Post a Comment

SHARE IT