.

THANK YOU FOR FOLLOWING NORZI

.
.

.

.

.

.

SPONSORED ADVERTISEMENT

TANDA-TANDA KEGUGURAN KANDUNGAN DAN PROSES BERPANTANG


Keguguran pada awal kehamilan (Sumber)


Apakah maksud keguguran pada awal kehamilan?Keguguran pada awal kehamilan ialah keguguran yang berlaku dalam 12 minggu pertama kehamilan. Agak malang kerana perkara ini kerap berlaku, malah tidak mustahil bagi anda mengalami keguguran walaupun sebelum anda tahu bahawa anda hamil. Dianggarkan sebanyak tiga perempat daripada semua telur yang disenyawakan akan gugur dalam minggu-minggu awal kehamilan ini. 

KEGUGURAN KANDUNGAN


Selepas ujian kehamilan yang positif, terdapat kira-kira satu dalam lima kemungkinan kehamilan itu akan gugur. Waktu inilah kebanyakan kes keguguran berlaku. 

Keguguran pada mana-mana fasa kehamilan boleh jadi amat menyedihkan. Walaupun ia berlaku semasa awal kehamilan, adalah perkara biasa bagi seseorang wanita itu rasa terkejut dan kecewa. Jangan rasa bahawa anda tidak dibenarkan berkabung akibat kehilangan ini. 

Apakah yang menyebabkan keguguran pada awal kehamilan?Keguguran pada awal kehamilan biasanya berlaku kerana embrio tidak berkembang seperti yang sepatutnya. Masalah kromosom juga dikatakan adalah penyebab yang biasa. Masalah-masalah ini biasanya berlaku tanpa sebarang sebab dan mungkin tidak akan berlaku lagi. 

Bayi memerlukan jumlah kromosom normal yang tepat untuk dia berkembang seperti sepatutnya. Dia memerlukan 23 kromosom daripada ibu dan 23 lagi daripada bapa. Ketaknormalan kromosom boleh menghalang bayi daripada berkembang. Ketaknormalan ini mungkin berlaku kerana jumlah kromosom tidak tepat, atau kerana terdapat perubahan dalam struktur kromosom tersebut. Dalam kes ini, kehamilan akan terhenti pada fasa embrio. 

Bagaimanakah saya boleh tahu jika saya mengalami keguguran pada awal kehamilan?Tanda-tanda keguguran yang paling biasa ialah keluar banyak darah daripada faraj disertai dengan kesakitan yang menyerupai senggugut yang teruk. Kadang-kala, ia akan terhenti dan kehamilan itu berterusan. Ini dipanggil ancaman keguguran (threatened miscarriage). Walau bagaimanapun, jika proses keguguran itu benar-benar sedang berlangsung, malangnya ia tetap akan berlaku. 

Anda boleh mendapatkan nasihat-nasihat dan sokongan dalam arikel kami mengenai apa yang patut dilakukan jika anda rasa anda mengalami keguguran. 

Apakah yang berlaku selepas keguguran?Anda tidak semestinya perlu ke hospital. Dalam separuh daripada kes sebegini, tubuh wanita tersebut akan menyempurnakan proses keguguran itu secara semula jadi. Jika ini berlaku kepada anda, anda tidak perlu rawatan lanjut. Pendarahan biasanya akan berkurangan dalam seminggu hingga 10 hari dan biasanya akan berhenti selepas dua minggu. 

Anda boleh berehat sahaja di rumah, namun anda mungkin memerlukan pil penahan sakit dan botol air panas untuk dituamkan di perut. Dan yang penting sekali, anda perlu seseorang di sisi untuk menjaga dan menyenangkan hati anda. 

Walau bagaimanapun, doktor anda mungkin mencadangkan anda menjalani imbasan ultrabunyi (ultrasound) dan ujian-ujian lain sekadar untuk memastikan badan anda sembuh seperti sepatutnya. 

Jika pendarahan tidak berkurangan atau berhenti selepas dua minggu, ada kemungkinan yang anda memerlukan rawatan daripada doktor di hospital. Pendarahan tersebut mungkin bermakna ada tisu-tisu kehamilan yang tertinggal di dalam uterus (rahim) anda. Ini dipanggil keguguran tidak sempurna (atau keguguran berpanjangan) dan memerlukan rawatan. Doktor mungkin akan menerangkan kepada anda tentang langkah-langkah yang boleh diambil seperti berikut: 

Pengurusan ekspektasi (expectant management) : masa diberikan untuk pendarahan berhenti sendiri, selagi tiada tanda berlakunya jangkitan.
Pengurusan perubatan (medical management): ubat-ubatan diberikan untuk membantu keguguran itu selesai dengan baik.
Pengurusan pembedahan (surgical management): pembedahan kecil dilakukan untuk menyempurnakan keguguran tersebut.
Melalui pengurusan perubatan, anda mungkin diberi pil untuk dimakan atau ubat jenis pesari yang dimasukkan ke dalam faraj. Selepas pengurusan perubatan dijalankan, pendarahan anda mungkin menjadi lebih kuat dan mengambil masa sehingga tiga minggu untuk berhenti. Tetapi anda tidak perlu tinggal lama di hospital selepas rawatan dijalankan. 

Pengurusan pembedahan melibatkan pembedahan kecil yang dipanggil ERPC. Ia hanya mengambil masa beberapa minit sahaja dan pesakit biasanya sembuh dengan cepat. Pesakit biasanya akan diberi bius umum (general anaesthetic) dan akan tidur semasa pembedahan dijalankan. ERPC adalah singkatan bagi evacuation of retained products of conception (pengeluaran bahan hasil persenyawaan yang terkumpul). Ia dijalankan untuk mengeluarkan sisa kehamilan dan tisu uri (plasenta) daripada uterus. 

Kira-kira separuh daripada wanita yang diberi pilihan di atas memilih ERPC berbanding mengambil pil atau pesari. Ini kerana pendarahan berhenti lebih cepat selepas pembedahan. Ini bermakna anda mungkin tidak perlu pergi ke hospital semula untuk rawatan lanjut. Kaedah ini sangat berkesan. Dalam 95 peratus kes, tiada rawatan lanjut diperlukan. ERPC juga ialah rawatan terbaik jika anda mengalami pendarahan teruk atau terdapat tanda-tanda jangkitan. Pilihan samada mendapatkan rawatan dan jenis rawatan yang hendak dijalani adalah keputusan peribadi. Sesetengah wanita lebih suka membiarkan perkara ini berlaku secara semula jadi, walaupun ini bermakna mereka mungkin perlu mendapatkan rawatan di kemudian hari. Sesetengah yang lain pula mahu proses keguguran ini selesai secepat mungkin. 
Adalah penting bagi anda mengetahui dengan jelas pilihan yang diberikan supaya anda boleh membuat keputusan yang terbaik. Doktor anda juga akan memberitahu anda jika mereka mempunyai pendapat mengenai jenis rawatan yang difikirkan lebih baik demi kesihatan anda. 
Anda mungkin hairan mengapa doktor tidak mengaturkan sebarang ujian khas selepas anda gugur kali pertama. Malangnya, ini kerana masalah keguguran pada awal kehamilan adalah perkara biasa. Ia biasanya bukan disebabkan oleh masalah kesihatan yang serius, dan kemungkinan besar kehamilan seterusnya akan berjaya. Saya masih bersedih mengenangkan keguguran saya. Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan?Sebaik sahaja anda dapat tahubahawa anda hamil, anda mungkin mula memikirkan mengenai bulan-bulan yang akan datang dan menantikannya dengan penuh debaran. Ini merupakan salah satu sebab mengapa keguguran sangat menyedihkan bagi kebanyakan wanita. Ia menamatkan segala angan-angan dan rancangan buat seketika, dan boleh menyebabkan anda merasa kehilangan dan murung. 
Menghadapi keguguran ialah satu pengalaman yang menyedihkan. Kehilangan seorang bayi meremukkan hati, tidak kira seawal mana ia berlaku. Anda perlu memberi peluang kepada diri anda untuk meluahkan kekecewaan dan kesedihan. 

Namun, anda juga harus melihat ke masa hadapan. Kesihatan tubuh badan anda harus diberikan perhatian.


BERPANTANG SELEPAS KEGUGURAN

Selepas keguguran , kesihatan tubuh badan perlulah diberikan perhatian, Bukan sehaja selepas melahirkan , malahan mengalami keguguran juga perlu berpantang untuk memastikan tubuh badan kembali pulih dan dihindari dari masuk angin yang mana kesannya tidak dapat di lihat pada hari ini sebaliknya akan muncul secara perlahan - lahan apabila usia kian meningkat. Oleh itu , demi kesihatan diri sendiri dan kebahagian rumahtangga, perhatian perlulah diberikan kepada penjagaan diri dan berpantang selepas keguguran.

TIPS BERPANTANG SELEPAS KEGUGURAN

Tips berpantang yang utama adalah dengan menjaga pemakanan dan pergerakan. Berikut adalah sedikit perkongsian bagi yang akan berpantang selepas keguguran

a) Elakkan semua makanan sejuk dan berangin  seperti timun, kelapa, sengkuang , jagung, tembikai , ubi, keladi, rebung, sayur keladi, pucuk paku, pucuk ubi dan terung dan seumpamanya. Begitu juga dengan makanan yang sejuk serta menjalar seperti labu, kangkung, kacang panjang, timun, ciku, betik, langsat, duku, macang, kuini, nangka, cempedak, pisang masak hijau, durian belanda dan tembikai.

makanan yang di larang ketika berpantang Elakkan semua makanan sejuk dan berangin  seperti timun, labu , kangkung, kelapa, sengkuang , jagung, tembikai , pisang dan seumpamanya.


b) Jangan ambil air batu sepanjang proses berpantang dan adalah lebih baik tidak diambil langsung

c)  Ibu berpantang keguguran juga tidak boleh makan ikan yang berbisa seperti ikan berduri, terubuk, bawal hitam, cencaru, tamban, sardin, pari dan makanan laut seperti sotong, udang, kerang, belacan, budu, cencaluk dan ikan masin.

d) Makan lada hitam supaya badan panas, halia untuk buang angin.

pantang keguguran makan lada hitam halia sayur
Banyakkan pengambilan lada hitam supaya badan sentiasa panas


e) Bertungku supaya mempercepatkan darah keluar dan badan berasa selesa dan panas 

f) Amalkan pengambilan  jamu  untuk kesihatan tubuh badan

jamu susuk dara jalinan cinta
Jamu susuk dara Jalinan cinta baik diambil semasa proses berpantang keguguran dan selepas melahirkan . Untuk Khasiat dan kebaikan jamu susuk dara jalinan cinta , sila rujuk sini

g) Memakai minyak seperti minyak gamat , minyak berpantang dan seumpamanya dan menyapu  di seluruh badan agar membantu memulihkan badan. 

10) Berbengkung. Walaupun sesetengah berpendapat tidak perlu berbengkung, tetapi ada baiknya jika berbengkung sepanjang proses berpantang untuk mengelakkan perut buncit. Semasa proses berpantang adalah masa sesuai untuk benar - benar menjaga kesihatan badan kerana pasa masa ini tumpuan diberikan 100% hanya untuk memulihkan kembali kesihatan badan.

11) Berstokin

bengkung untuk  berpantang keguguran dan selepas bersalin  bengkung online
Bengkung tradisi RM37.90 . Boleh whatsapp 019 3177872 untuk pembelian.

Jika mengikut petua pantang larang orang tua-tua, ibu yang melanggar pantang tersebut boleh mengalami masalah bentan urat, demam lambat baik, rambut gugur, alahan kulit dan mudah letih.Oleh itu , ibu berpantang perlulah memberikan perhatian lebih kepada kesihatan sepanjang proses berpantang untuk memastikan badan kembali pulih. 


Sebarang perkongsian dan pengalaman boleh saja di letakkan di ruangan komen.

Selamat Berpantang!

KE HOSPITAL
Translate this pageApakah tanda-tanda keguguran kandungan di awal kehamilan? tanda tanda keguguran janin termasuk sakit, pendarahan dan sebagainya.
Waspadai Tanda-tanda Keguguran - Alodokterwww.alodokter.com/waspadai-tanda-tanda-keguguran
10 TANDA TANDA KEGUGURAN - Bayi-Ibu.Cobayi-ibu.com/10-tanda-tanda-keguguran/Translate this pageTingkat kematian janin akibat keguguran terbilang tinggi, berkisar 1 hingga 2 dari 10 ibu hamil. Perlu diketahui bagi tiap ibu hamil bahwa ada berbagai bentuk ...Keguguran - Penyebab dan mencegahan - Alodokter
www.alodokter.com/keguguran/Translate this pageKeguguran adalah kematian bayi dalam kandungan sebelum usia 20 minggu kehamilan. Hal ini merupakan salah satu masalah dalam kehamilan yang paling ...Tanda-Tanda Keguguran Hamil Muda yang Perlu Diwaspadai ...
dedaunan.com/tanda-tanda-keguguran-hamil-muda-yang-perlu-di...Translate this pageMar 2, 2016 - Mengetahui informasi mengenai tanda-tanda keguguran hamil muda sangatlah penting karena risiko terjadinya keguguran merupakan ...10 Tanda Tanda Keguguran di Awal Kehamilan - SirapLimau.comsiraplimau.com › 40 MingguTranslate this pageJun 16, 2015 - Tiada tanda tanda keguguran yang pasti dan sahih, namun berikut adalah tanda-tandakeguguran sering kali terjadi kepada para ibu. Maka ...Jenis-Jenis Keguguran (Abortus) | Cara Cepat Hamil
www.caratipscepathamil.com › Panduan HamilTranslate this pageAda 5 jenis keguguran atau abortus pada kandungan, dan kasus keguguran yang terjadi pastinya berbeda-beda, sebab terjadinya juga bergantungdari apa ...Ibu Hamil Harus Tahu Tanda-tanda Keguguran Berikut Ini - Mediskus ...
mediskus.com › Kehamilan › Kesehatan Wanita
Translate this pageKita berharap jangan sampai terjadi keguguran. Oleh karena itu, waspadai tanda-tanda dan ciri-cirikeguguran berikut ini.
Penyebab, Tanda-Tanda dan Cara Mencegah Keguguran Kandungan
www.pengensehat.com/keguguran-penyebab-tanda-dan-pencegaha...
Translate this pageKeguguran adalah hilangnya janin dari rahim. Berikut penyebab, tanda-tanda, gejala dan cara mencegahkeguguran kandungan pada
maskehamilan.

No comments:

Post a Comment

SHARE IT