.

THANK YOU FOR FOLLOWING NORZI

.
.

.

.

.

.

SPONSORED ADVERTISEMENT

MENSTRUAL PROBLEMS (MASALAH HAID / PERIOD)

Menstrual , haid , menstrual period, adalah perkataan yang tidak asing lagi dengan kaum wanita. Sebagai seorang wanita, kita perlu sentiasa sensitif terhadap kitaran haid atau lebih dikenali dengan menstrual cycle . Sepanjang waktu haid , kita juga mengalami pelbagai gejala seperti period pain  atau kesakitan ketika period dan kekejangan yang boleh meninggalkan kesan dalam kehidupan seharian.  Di dalam sebuah buku yang bertajuk 'Home Remidies' ada menyatakan bahawa selain meninggalkan kesan mood yang tidak stable,cepat marah, tertekan dan sedikit rasa kebimbangan, kadang kala juga merasa seperti kembung, sakit di bahagian payudara yang menyebabkan anda berasa kurang selesa.

Apa yang anda boleh lakukan sekiranya mendapat gejala yang di sebutkan di atas? 
Sekiranya anda merasa kekejangan, digalakkan untuk lakukan aktiviti yang melibatkan pergerakan seperti berjalan dan berlari atau pun berenang. Selain dari itu, aktiviti lain yang di cadangkan adalah seperti melakukan aktivitu seperti mengayuh basikal secara konsisten. Senaman-senaman ini sebenarnya mampu membantu anda untuk menghilangkan rasa sakit akibat period pain.

Berendam dengan air panas
Air panas / suam mampu melonggarkan otot-otot di sekitar rahim. Sekiranya berendam di dalam bathtub, anda boleh juga ditambahkan sedikit garam untuk melegakan saraf dan merehatkan otot. Sekiranya anda menambahkan minyak lavender mampu memberikan kelegaan pada emosi anda juga.Sekiranya ini agak sukar dilakukan, cukupla sekiraya anda meletakkan air panas suam di dalam plastik dan bertuam la di bahagian rahim. Ianya seperti bertungku semasa di dalam pantang. Sekiranya tak dapat guna air panas dan letak dalam plastik , ikat kemas dan gunakan kain tuala untuk alas ke perut, jadi tidak la terlalu panas perut anda.

Selain itu , anda juga boleh menggunakan batu sungai , dan panaskan batu, balutkan batu tersebut dengan daun mengkudu ,kemudian  balutkan lagi dengan kain supaya menjadi alas/pelapik supaya perut beralas. Kaedah ini sama dengan kaedah bertungku semasa di dalam pantang. 




Anda juga boleh dapatkan tungku segera seperti ini, Ianya lebih ringan dan mudah di bawa,mudah di panaskan.  anda hanya perlu tekapkan di bahagian rahim (uterus) untuk melegakan otot-otot yang tegang.

Sekiranya anda berminat mendapatkan tungku ini , sila whatsapp 019 3177872 atau email norzibeautilicioushouse@gmail.com

Selain dari itu , lain-lain masalah ketika haid adalah seperti sakit kepala,  berasa loya,keletihan  dan kadangkala berasa kembung.  Ini berpunca daripada masalah hormon yang tidak stabil . Setiap individu mempunyai tahap masalah haid yang berbeza. Oleh itu , perlu untuk diperhatikan jenis kesakitan yang biasa di alami dan dengan kaedah ini membantu anda kenalpasti cara mengelakkan dari masalah haid ini.


No comments:

Post a Comment

SHARE IT