.

THANK YOU FOR FOLLOWING NORZI

.
.

.

.

.

.

SPONSORED ADVERTISEMENT

TIPS PERNIAGAAN SECARA ONLINE : AGEN DROPSHIP



Norzi terpanggil untuk berkongsi beberapa perkara yang berkaitan dengan perniagaan online. Dalam perniagaan maya, ada terlalu banyak  perkara yang perlu di ambil kira. Yang pertama sekali  adalah sebagai bakal pemilik kedai maya, anda perlu mengenalpasti, apakah produk atau servis yang ingin anda ketengahkan. Anda perlulah mencari kekuatan dalam  memberikan sesuatu produk atau servis itu. Walaupun anda dapati terlalu banyak peniaga online seperti cendawan tumbuh, yang mungkin mempunyai persamaan dari segi produk dan perkhidmatan /servis yang ditawarkan, anda tidak perlu bimbang kerana kelainan dari segi perkhidmatan dan juga kualiti yang anda berikan bakal menjadi kayu ukuran kepada pengguna / pelanggan anda. Anda juga mampu mengatasi semua saingan dan halangan disekeliling anda sekiranya anda mengekalkan kualiti yang baik dan pengenalan sistem dalam perniagaan anda. Sistem yang di maksudkan di sini adalah platform perniagaan yang telah anda kenalpasti terlebih dahulu untuk menjadi tapak kedai online anda.


Selain itu, anda perlulah sentiasa  berfikiran positif, sentiasa menanam di dalam minda bahawa semua peniaga online adalah rakan  perniagaan secara tidak langsung yang memeriahkan industri ini dan percayalah bahawa cara pentadbiran dan strategi perniagaan yang berbeza merupakan faktor utama yang membezakan anda dengan dengan peniaga-peniaga ini. Ada terlalu banyak ciri-ciri atau perkara-perkara yang perlu diketahui sebelum kita terlibat dengan perniagaan online. Siapakah yang boleh menjadi agen dropship? Siapa kah agen dropship, mengapakah agen dropship ini wujud.? Anda juga perlu membuat kajian dan memahami istilah dropshipper dan agen dropship. Sekiranya anda mempunya modal yang cukup , anda boleh membina empayar perniagaan anda dengan bermodalkan sejumlah wang. Walaubagaimanapun, anda masih berpeluang memiliki perniagaan online dengan modal yang paling minimum dan ini adalah tertakluk kepada usaha dan semangat setiap individu.


Untuk pengetahuan anda, agen dropship adalah peniaga online yang tidak bertanggungjawab menguruskan produk. Agen dropship boleh memulakan perniagaan tanpa modal atau dengan kadar modal yang paling minima. Setelah itu, mereka hanya membuat pemasaran, mendapat transaksi bayaran dan berurusan dengan  Dropshipper. Mereka mempunyai pelanggan sendiri dan keuntungan. Walau pun keuntungannya yang berjaya dijana oleh agen dropship hanya RM1, mereka sebenarnya telah berjaya membuka ruang menambahkan lagi jumlah kuntungan mereka. Biasanya konsep komisyen digunakan.

Perkara utama bagi seorang agen adalah berurusan dengan seorang pembekal yang memenuhi semua kriteria /ciri-ciri. Ini penting kerana dropshipper yang 'reliable' akan  sentiasa menjaga kualiti barangan keluarannya,  bertanggungjawab, jujur dan berdisiplin dalam semua urusan perniagaan. Kriteria yang disebutkan ini adalah penting untuk menjayakan perjalanan urusan dropship sehinggalah selesai. Ianya juga memerlukan komunikasi dua hala yang baik untuk berakhir dengan kejayaan urusaniaga online.

Dengan mempunya sistem komunikasi yang teratur dan bersistem mampu menyampaikan maklumat-maklumat yang diperlukan dengan cepat dan tepat. Sekiranya tidak, ianya boleh menggagalkan misi perniagaan dropship. Oleh sebab itu , tugas dropshipper adalah besar kerana bertanggungjawab mewujudkan satu sistem supaya perjalanan proses dari mengambil order sehinggalah kepada status penghantaran dapat di jejak dengan mudah oleh semua wakil agennya. Contohnya mengenalpasti sistem penerimaan pesanan, cara track bayaran, pengeposan dan cara menyebarkan tracking number kepada semua agen yang terlibat.

Dengan strategi yang betul, agen dropship mampu membina system perniagaan yang kukuh selain mendapat pendapatan yang tinggi. Walaubagaimana pun, unsur-unsur nilai murni sangat dituntut dan menjadi perkara penting  dalam urusniaga ini. 

Sekiranya anda mempunyai semangat perniagaan yang tinggi, dedikasi , mempunyai latar belakang ilmu IT dan memenuhi kriteria seperti jujur , displin dan amanah, maka anda boleh merebut peluang menjadi agen dropship Norzi Beautilicious House. Permohonan masih di buka , walaubagaimanapun , pengumuman akan dibuat setelah quota agen telah dipenuhi. Jika anda berminat, 

sila email norzibeautilicioushouse@gmail.com untuk terma dan syarat.


Terima kasih

salam ceria,
Norzi



No comments:

Post a Comment

SHARE IT