Pages

PENGURUSAN STRESS : TENANG DI TEMPAT KERJA , BUATLAH KOPIMU SENDIRI


Tak suka stress ? Jom hindari stess. Norzi terbaca artikle ini dan suka di sharekan di blog ini untuk kebaikan kita semua. Selamat membaca dan selamat berhujung minggu. Sayangi diri dengan pengurusan stesss yang betul! 


Stress sclupture



Ada masa dan ketika,  stress akan datang menjengah anda.. faktor -faktor seperti keadaan sekeliling , tugas -tugas harian, tanggungjawab di rumah dan pejabat dan banyak lagi,menjadi punca hadirnya stress. Sebagai seorang beragama Islam,selain solat, dekat kan diri dengan yang Esa, membaca Al-quran untuk mendapat ketenangan , kita juga boleh cuba tips yang dipetik dari satu majalah keluaran NONA.. jom cuba tips di bawah agar kita sentiasa ceria terutamanya di tempat kerja!..kita bertanggungjawab uruskan diri agar stress dapat di tangani. 



1.MEMBERI SALAM KETIKA MEMASUKI PEJABAT
Ucapkan assalamualaikum atau pun selamat pagi dengan tulus, sambil memandang ke seluruh ruang, menatap satu persatu teman teman yang sudah lebih dahulu hadir di pejabat. Mereka akan bersahutan menjawab salam anda dan itu akan memberikan kesan kebersamaan yang kuat. Anda akan mendapat energi positif dari situ.


2.MELIHAT EMAIL SEBELUM YANG LAIN
Chatting, browsing , blog sudah bukan rahsa lagi telah menjadi sebahagian tugas. Lakukan sahaja. Tapi, sebelum itu semua sebaiknya periksalah kotak email terlebih dahulu agar jangan sampai ada temu janji , surat penawaran dari client , pertanyaan yang harus dijawab segera dan hal hal penting lain berkaitan dengan pekerjaan yang terlewat atau pun terlupa. Jawab segera email yang memang mendesak untuk di jawab, jangan tunda. dengan mengawali hari seperti itu akan membuatkan anda tenang untuk mengerjakan tugas tugas selanjutnya.


3.MENJAGA SIKAP DUDUK YANG TENANG
Sikap dan posisi duduk yang tenang , dagu yang selalu mendongak, tubuh yang sentiasa tegap akan memberikan efek ketenangan pada keseluruhan fizikan dan juga jiwa anda.


4.MEMBUKA KASUT
Disarankan kerana dengan telapak kaki yang terbebas dari sepatu, dan diletakkan di atas lantai/karpet akan menstimulasikan perasaan tenang



5.BUNGA DI VAS DAN BOLA GETAH
Kalau bunga segar sukar dijaga maka bunga plstik yang diletakkan dalam vas kecil di atas meja pun akan menjadi pemandangan yang menyegarkan. Bola getah yang kecil boleh membantu anda di saat saat tertentu ketika anda panik atau risau. Dengan meramas ramas bola itu, ketegangan yang menyelimuti ubuh anda akan mengendur sehingga anda menjadi lebih tenang.



6. BUATLAH KOPIMU SENDIRI
Menjelang petang mungkin anda perlu secawan kopi atau teh. Pergilah ke pantry dan lakukannya sendiri dan memberi kesempatan bagi anda untuk bergerak , meregangkan otot-otot tubuh yang kepenatan duduk , hingga akhirnya anda mendapat ketenangan.




7. SELALU BERFIKIRAN POSITIF
Ya, berfikir positif bukan sekadar pesanan atau kata kata kosong . Meski ini klise, tapi kesannya nyata. Berfikir positif bahawa klien yang akan anda hadapi 1-2jam lagi adalah orang yang koperatif dan ramah anda membuat kan anda tenang,



8.JANGAN BESARKAN HAL HAL KECIL
Teman sebelah meja lupa mengembalikan pen yang dipinjamnya daripada anda? Tidak perlu biing bising misalnya perli  memerli. Perkara yang kecil ini akan jadi besar yang akhirnya akan menggangu emosi anda pada hari itu.



9. KEMBANGKAN RASA HUMOR
jika anda memiliki bos yang suka bergurau dan suka mengusik ,bersyukurlah.Tapi , kalau tidak, anda sendiri boleh menciptakan  suasana pejabat yang selalu diwarnai dengan humor. Komentari sesuatu dengan lucu  agar tercipta suasana keabraban yang hangat dan menenangkan hati.


Dipetik dari NONA keluaran JUN 2008

No comments:

Post a Comment