.

THANK YOU FOR FOLLOWING NORZI

.
.

.

.

.

.

SPONSORED ADVERTISEMENT

TIP : MENJADI AGEN DROPSHIP

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar semua  pengunjung blog Norzi Beautilicious House. Lama rasanya Norzi tidak menulis di blog ini, hanya kerap update beberapa fesyen pakaian.

Pernah dengar tentang agen dropship?
Hari ini Norzi berkongsi satu tip bagaimana untuk memastikan proses dropship ini berjaya. TIp PERTAMA yang paling dan wajib di terapkan kepada semua agen dropship atau bakal agen dropship adalah perlu sentiasa MEMBACA. Untuk memudahkan proses dropship, anda perlu rajin membaca sebarang broadcast, terma , syarat dan tawaran semasa yang di lakukan oleh dropshipper anda. Kurangnya minat membaca boleh menjadi faktor kegagalan kerana sangat2 bergantung kepada pemahaman anda selepas anda membaca apa yang cuba disampaikan oleh dropshipper (pembekal).



Anda telah sedia maklum, untuk menjadi agen dropship, anda perlu faham semua terma dan syarat, proses membuat pesanan, proses pembayaran, diskaun atau komisyen yang diperuntukan untuk anda. Anda juga tidak dapat bersemuka dengan dropshipper anda setiap kali ada pesanan, dan yang paling penting ialah bukan anda seorang agen dropship bagi sesuatu proses dropship. Semua proses pesanan dan pembelian berlaku dengan pantas kerana ianya adalah perniagaan secara maya. Hanya dengan membaca setiap baris terma dan syarat, maklumat terkini dan peraturan yang diberikan oleh drosphipper anda, Insha Allah bakal memudahkan semua perjalanan perniagaan anda dan juga dropshipper anda. Oleh itu, pastikan anda tidak mengabaikan mana-mana nota ataupun pesanan yang dikeluarkan oleh Dropshipper anda! Klik mana-mana link yang diberikan kerana ianya mungkin mengandungi 1001 pesanan penting atau jualan harga runtuh!.

Oleh itu , tanamkan sikap rajin membaca , bukan dalam kes ini sahaja malahan meliputan semua aspek samada membaca suratkhabar , buku cerita dan lain2. Lebih banyak anda baca, lebih banyak ilmu yang anda akan dapat, In sha Allah.

Nantikan tips pesanan kedua, ketiga, keempat dan seterusnya.


Salam ceria dan semoga sentiasa aktif di dunia perniagaan maya anda.


Untuk permohonan agen dropship : sila email norzibeautilicioushouse@gmail.com







Selamat Maju Jaya !

~Norzi~

2 comments:

  1. sy dah lama request utk jd agen..tp lgsg xberbalas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalam cik didiey pasti ke tidah berbalas... mohon semak spam box atau boxbe jika ada kerana setiap hari kami membalas semua email yang masuk tanpa gagal dan kami menyemak spam box setiap hari untuk memastikan tiada email yang tercicir. Mohom maaf jka memamg tiada dan sila tinggalkan email address dan no telefon selepas kami email kami akan whatsapp atau sms cik didiey. Terima kasih

      Delete

SHARE IT