.

THANK YOU FOR FOLLOWING NORZI

.
.

.

.

.

.

SPONSORED ADVERTISEMENT

TIP : KENAL PASTI BENTUK BADAN ANDA


Assalamualaikum dan salam sejahtera... Norzi hari ni nak menulis pasal bentuk badan. Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa bentuk badan? Sebab kita semua dijadikan dengan pelbagai jenis bentuk badan. Dengan anugerah inilah , kita terima dan kita kenalpasti dan kita hanya perlu cari penyelesaian terhadap masalah dalam pemilihan pakaian sekiranya kita dapati sukar mendapat pakaian yang sesuai atau sering tidak kena bila mengenakan pakaian.

Apa agaknya bentuk badan anda? Sudah kenalpasti bentuk badan sendiri? Tidak pasti, tidak tahu atau memang dah tahu? Percaya atau tidak, berdasarkan  perbualan  dengan rakan-rakan dan clients, rata-rata wanita hari ini sangat mengambil berat tentang bentuk badan. Adakah penting untuk kita mengambil berat tentang bentuk badan sendiri? Jawapannya ialah ya, ianya memang penting. Apakah kabaikan kita mengambil tahu tentang bentuk badan? Tiga perkara utama :







1) Ianya memudahkan pemilihan rekabentuk potongan pakaian yang sesuai dengan bentuk badan anda
2) Memudahkan pemilihan jenis fabric
3) Membantu dalam pemilihan warna pakaian
4) Membantu dalam pemilihan corak pakaian

Perlu anda ketahui bahawa tidak semua orang sesuai memakai  fabric dengan corak-corak besar,  dan tidak semua sesuai memakai fabric corak kecik , tidak semua orang sesuai dengan warna-warna garang dan tidak semua juga sesuai dengan warna-warna pastel.  Ini juga mempengaruhi kerana ianya berkait rapat dengan saiz badan. 

source : google 
edited by norzi in vector

Saiz badan mempengaruhi dalam pemilihan pakaian, 
corak pakaian. jenis fabrik dan warna

Hari ini , Norzi hanya akan sentuh tentang bentuk badan.Apakah agaknya bentuk badan anda. Semua ini ada tips yang perlu di kupas dan mungkin sebahagin dari anda telah pun memprakstiskannya.  Norzi akan menghuraikan bentuk-bentuk badan yang mungkin ianya adalah bentuk badan anda. Ianya berdasarkan research yang telah Norzi buat sedikit selain dari pemerhatian dan sensitiviti sendiri. Berikut bebrapa info yang diperolehi  dan dikongsikan bersama anda.  Tengok beberapa maklumat bentuk badan wanita: 

Bentuk  Buah Apple= rounded
Bentuk Buah Pear=triangle
Bentuk Athletic
Bentuk Hourglass
Bentuk Slender
Bentuk Inverted Triangle
Bentuk Diamond
Bentuk Tall Petite

sebahagian bentuk telah diillustrasikan seperti di bawah :




source:google



Selepas mengenali dan kenalpasti bentuk badan sendiri , lebih mudah untuk  anda memilih pakaian yang bersesuaian dengan bentuk tubuh badan anda.Di Norzi Beautilicious House, kami menyediakan variasi pakaian yang sesuai untuk pelbagai bentuk badan dan pelbagai citarasa. Dari normal size, plus size, maternity, breastfeeding, formal attire, dinner dan banyak lagi. Sekiranya anda kurang pasti tentang pemilihan yang sesuai, sila email norzibeautilicioushouse@gmail.com untuk sebarang pertanyaan.

Nantikan tips seterusnya iaitu cara pemilihan pakaian mengikut bentuk badan. 




Salam ceria  dari NORZI ~

No comments:

Post a Comment

SHARE IT