.

THANK YOU FOR FOLLOWING NORZI

.
.

.

.

.

.

SPONSORED ADVERTISEMENT

Berapa lama alat kosmetik bertahan?

Salam ceria..
apa khabar semua.. hari ni anda ceria tak? kalau ceria , bagusla jangan lupa menceriakan orang sekeliling anda sekali ye :)... kalau tak ceria , kena bersabar banyak2 dan pujukla hati anda agar sentiasa ceria, barula manis , cantik anggun dan kekal jelita tau. 

Norzi  terpanggil nak tulis pasal make up kita atau dalam bahasa melayunya alat solek ...berapa lama bertahannya alat solek kita?? Memang tak dinafikan kita orang perempuan selalu ada banyak alat solek. belum habis lipstik, kita beli lagi satu lipstik hehe betulkan?alasannya warna tak sama... nak la koleksi warna yang variety kan. Oh, begitula Norzi sebab kadang2 ada occasion yang sesuai dan ada yang tak sesuai dengan warna lipstik tu, so kesimpulannya kita tau where is our stand and kita yg decide why we really need the thing :)

.
Make up dan tarikh luput (pic credit to mr google)


Concealer       - Gunakan dalam jangka masa 12 bulan sahaja
Bedak asas    - Bedak asas berasaskan air akan taham sehingga 12 bulan manakala bedak  berasaskan minyak baik digunakan sebingga 18 bulan.
Penggaris Mata- Perlu ditajamkan selalu dan baik digunakan sehingga dua tahun.
Bedak debu      - Kesan sapuan yang baik serta sempurna boleh diperolehi dari bedak yang tidak melebihi 2 tahun dari tarikh pengeluarannya
Lipstik              -Mampu bertahan sehingga 2 tahun p
Maskara          -Maskara yang melebihi pengeluaran 3 tahun sebaik-baiknya tidak dipakai
Pensel bibir      -Mampu memberi kesan lakaran yang baik untuk dua tahun penggunaan
Pembayang mata-Sebaik-baiknya gunakan dalam tempoh 2 tahun


Harap ianya satu maklumat yang berguna untuk kita semua. sebaiknya kita memberikan perhatian kepada manufactured date atau tarikh pengeluaran agar kita boleh anggarkan berapa lama produk itu boleh bertahan. 

Salam ceria,
Norzi~

No comments:

Post a Comment

SHARE IT