.

THANK YOU FOR FOLLOWING NORZI

.
.

.

.

SPONSORED ADVERTISEMENT

NAMA-NAMA INDAH DALAM ISLAM BAYI PEREMPUAN (HURUF G)

 

Himpunan nama nama indah bayi perempuan dalam Islam ini  untuk rujukan para ibu bapa yang memerlukan. Semoga dengan pemilihan dan pemberian nama-nama indah beserta panggilan panggilan nama baik setiap hari dapat membentuk peribadi anak yang mulia dan sentiasa mentaati Allah S.W.T


"Sesungguhnya sekalian kamu akan dipanggil di akhirat kelak dengan nama kamu sendiri dan dengan nama bapa kamu. Oleh itu, hendaklah memberi nama kami dan anak-anak kamu dengan nama-nama yang indah"
(Maksud hadis riwayat Abu Daud)




______________________________________________
Advertisement
Klik gambar untuk melihat semua koleksi pakaian mengandung muslimah yang murah, mampu milik , cantik selesa dan berkualiti.




______________________________________________
Nama Bayi Perempuan Bermula dengan huruf B
Nama Bayi Perempuan Bermula dengan huruf C
Nama Bayi Perempuan Bermula dengan huruf D
Nama Bayi Perempuan Bermula dengan huruf E


NAMA Maksud
Ghada Gadis muda
Ghadah Cantik
Ghadat  Lembut, halus
Ghaida  Berawan
Ghaisani  Cantik dan muda
Ghaliah Yang mahal, berharga
Ghalibah  Menang
Ghaliyah  Yang mahal, yang berharga
Ghaliyati  Yang mengembara
Ghamirah Yang cantik
Ghaniah  Yang cantik (Semulajadi)
Ghanimah Yang menang
Ghassani Cantik
Ghaisani  Cantik
Ghaliyati  Yang mahal
Ghauthiah Pertolongan
Ghazala Matahari terbit
Ghaziah Pejuang
Ghazlina  Tenunan
Ghazwani Kepahlawanan
Ghibthoh  Baik keadaannya
Ghina Kekayaan
Ghisyawah Tutupan, akhir
Ghobiroh Yang lalu
Ghodah  Yang lemah gemulai
Ghodir  Sungai, sumur yg bermulut lebar
Ghodziyah Menyenangkan
Ghoniyyah Kaya
Ghufrani Keampunan
Ghundurah Bahagia, muda
Ghunwah Nyanyian
Ghurrah Putih berseri
Ghusni Ranting
Ghauthiah Pertolongan
Ghamirah Yang mengembara
Gulnar Bunga ( Persian)






SENARAI SEMAK (CHECKLIST) UNTUK IBU HAMIL / IBU MENGANDUNG

Ibu hamil / mengandung perlu sentiasa sensitif terhadap kalendar kehamilan anda.  Selain pelbagai ujian ketika kehamilan perlu dilakukan bagi memantau kesihatan para ibu. Panduan kehamilan yang dikongsikan kali ini adalah beberapa senarai semak atau checklist yang  penting ketika kehamilan untuk semua ibu mengandung. 

Persediaan pengetahun untuk Ibu mengandung 

Senarai semak ketika mengandung

- Berjumpa dengan doktor gigi
Oleh kerana kalsium sangat penting semasa proses kehamilan , ianya sangat synonim dengan tulang dan gigi. Oleh yang demikian, adalah sangat di galakkan para ibu mengandung membuat temujanji dengan doktor gigi untuk langkah awal menjaga kesihatan gigi.

-Mengambil vitamin lengkap pranatal 
Keperluan vitamin pranatal adalah sangat penting. Sila membuat temujanji dengan dr anda bagi mendapatkan semua bentuk vitamin yang diperlukan sepanjang proses mengandung selama 9 bulan. Sila patuhi jadual pengambilan vitamin.

- Jumpa Dr untuk jadual pemeriksaan pranatal
Setiap beberapa waktu , adalah menjadi rutin ibu mengandung untuk membuat pemeriksaan berkala. Biasanya ibu mengandung diberikan kad temujanji rawatan. Masuk ke 7 , biasanya temujanji akan di lakukan di hospital . Semakin menghampiri hujung kandungan , jadual pemeriksaan semakin kerap bagi tujuan pemeriksaan pranatal Pertama , kedua , ketiga dan seterusnya.

- Mula membeli baju mengandung atau tukar uniform
Perubahan size badan , menyebabkan banyak baju- baju lama tidak sesuai lagi di gunakan oleh ibu mengandung. Oleh itu, para ibu boleh mula membeli pakaian gantian baru yang lebih selesa sepanjang proses mengandung. 



- Mula merancang cuti bersalin dan jadual kerja selepas bersalin
Merancang cuti bersalin adalah perlu lebih-lebih lagi bagi yang melalui proses cesarean atau ibu berkerjaya tetapi telah melahirkan anak lebih dari 5 orang. 

- Maklumkan kepada rakan sekerja tentang kehamilan
Elok memaklumkan kepada rakan sepejabat tentang kehamilan supaya mereka faham situasi anda, lebih -lebih lagi sekiranya di peringkat awal proses kehamilan anda mengalami alahan yang teruk dan terpaksa mengambil cuti sakit.

- Ultra bunyi Standard pertengahan kehamilan 
Biasanya ujian ultrabunyi atau ultrasound ini dilakukan oleh dr dengan temujanji. Mesin ultrasound pada masa ini mempunyai pelbagai ciri terkini seperti 3D.

- Persediaan barangan bayi comel

Buatlah persediaan membeli barangan bayi ketika kehamilan mencecah 7 bulan . Ini kerana pada bila-bila masa boleh bersalin jika berlaku kelahiran pada 7 bulan ianya dinamakan kelahiran tidak cukup bulan. 




Keperluan barangan bayi diletakkan di dalam kereta 


- Persediaan kelengkapan beg sebelum ke hospital 
Meletakkan kelengkapan bayi dan ibu selepas bersalin didalam beg . Dikhuatiri saat tidak di duga berlaku kelahiran maka semua barangan ada tersedia di dalam kereta. Keperluan ibu yang perlu ada seperti kain batik, stokin , tuala, getah rambut , sikat , baju salinan , selipar, bengkung, baju sejuk dan pilis dan seumpamanya. 

Didoakan semoga semua ibu yang bakal melahirkan di permudahkan segala urusan. Banyakkan beramal, berzikir dan mengingati Allah SWT, InsyaAllah. 
Salam ceria.


    Senarai semak ketika mengandung , checklist , perkara perlu tahu ketika mengandung , jadul mengandung, baju hamil 

PETUA MENCUCI BAJU YANG TERKENA MINYAK


Dalam asyik kita mencari baju baru, baju lama tetap perlu dipelihara. Walaupun wardrobe sudah penuh, tetapi kita masih mencari pakaian baru untuk memenuhi keperluan penggunaan seharian yang menepati tema sesuatu majlis seperti majlis rasmi, atau pun untuk tujuan ke tempat kerja dan kegunaan seharian.




wardrobe pakaian  (pic source)



Pakaian lama jika dijaga dengan baik akan kelihatan seperti baru.  Jika pakaian yang disayangi terkena kotoran atau minyak umpamanya, pengendalian yang betul untuk mencuci kotoran adalah penting untuk menanggalkan kotoran. Ramai ibu muda bertanya bagaimana cara mencuci untuk pakaian yang terkena minyak. Baju dalam kategori terkena minyak ini termasuklah samada anda bekerja di bawah kereta yang menyebabkan baju terkena minyak atau gris.. minyak masakan tertumpah pada baju ketika memasak, ataupun ada juga kes di mana lip balm tertinggal di dalam poket seluar sehingga pakaian ada kesan minyak..semua kes ini adalah berbeza tetapi penyelesaiannya adalah sama. Norzi Beautilicious House akan berkongsi dengan para pembaca tentang beberapa cara untuk menghapuskan kesan minyak atau pun gris pada pakaian anda, perkongsian dari maklumat WikiHow. Terima kasih kepada WikiHow atas perkongsian ini. 


Antara cara membersihkan adalah dengan menggunakan kertas tisu keras untuk menghilangkan semua kekotoran yang masih boleh tanggal. Kesat beberapa kali sehingga semua kotoran tertanggal



 Kesat atau sentalkan kekotaran gris atau minyak yang terlekat.





Seterusnya , letakkan atau taburkan bedak bayi di atas permukaan kotoran. Jika anda tiada bedak / talkum boleh juga menggunakan tepung ataupun garam.






Langkah seterusnya adalah dengan mengeluarkan semua baki bedak dengan menggunakan sudu . Hati-hati ketika mengendalikan ini kerana dikhuatiri boleh menyebarkan kekotoran pada bahagian lain.




Setelah itu , sapukan pencuci pakaian pada permukaan baju. Letakkan sabun betul- betul pada seluruh kawasan kotoran dan sedikit air. Sapukan dengan tangan sehingga buih terbentuk. 






Setelah letakkan sedikit sabun dan air, beruskan dengan menggunakan berus gigi yang tidak dipakai lagi. Ini akan menggalakkan penghasilan buih. Selain itu, pakaian kotor boleh juga direndamkan seketika dengan air sabun bagi menghilangkan kotoran. Langkah ini akan memudahkan kotoran degil tanggal dari baju.





Baju selesai di cuci dan digantung untuk dikeringkan.



BAHAYA BAHAN SEDIAAN DI RUMAH : SABUN DAN BAHAN PENCUCI

Terdapat begitu banyak pencuci pakaian yang boleh didapati di pasaran. Walaupun begitu , sabun di bawah keluaran Shaklee ini sering mendapat perhatian dan tempat di kalangan pengguna yang mementingkan penggunaan sabun dengan menggunakan pencucian secara semula jadi tanpa gas beracun . Tahukah anda , sabun yang digunakan seharian di rumah adalah beracun sekiranya gagal dikendalikan dengan baik? Artikel di bawah adalah berkaitan maklumat untuk memberikan kesedaran tentang bahayanya beberapa bahan sediaan di rumah antaranya termasuklah sabun dan bahan pencuci. Inovasi terhadap produk sabun Basic H2™ Organic Super Cleaning Concentrate Kaedah Mencuci Secara Semula Jadi Tanpa Racun adalah sesuatu yang positif dan wajar di war-warkan untuk kebaikan bersama.



Bahaya Bahan Sediaan di Rumah Sabun dan Bahan Pencuci
Oleh: Kamilah Beran
Sumber: Dewan Kosmik - November, 1996

KEBANYAKAN suri rumah menganggap rumah adalah tempat yang paling selamat bagi ahli keluarga mereka. Tetapi apabila diperhati di sekeliling mereka mungkin barulah mereka sedar bahawa di dalam rumah terdapat pelbagai peralatan dan bahan-bahan kegunaan harian yang mungkin boleh membahayakan ahli keluarga. Bahan-bahan seperti serbuk pencuci, sabun, racun serangga dan sebagainya antara bahan yang boleh mendatangkan padah kepada ahli keluarga terutamanya kanak-kanak. Pada dasarnya bahan-bahan ini tidak akan memudaratkan jika digunakan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Banyak kejadian keracunan bahan tersebut terutamanya yang membabitkan kanak-kanak berpunca daripada penyimpanan di tempat yang tidak sesuai ataupun akibat kecuaian ibu-bapa. Keracunan mungkin juga berpunca daripada sikap sambil lewa ahli rumah yang menganggap bahan-bahan tersebut tidak merbahaya tanpa mengetahui apakah bahan aktif yang terkandung di dalamnya.

Satu kajian mengenai kes keracunan yang telah dilaporkan di hospital mendapati satu pertiga kes keracunan berpunca daripada terminum ataupun termakan bahan sediaan yang terdapat di rumah. Lebih membimbangkan lagi 90% kes keracunan ini melibatkan kanak-kanak berumur di antara satu hingga sebelas tahun. Daripada jumlah ini lebih kurang 80% daripadanya adalah kanak-kanak yang berumur kurang dari enam tahun. Kajian ini juga telah menunjukkan bahawa sebahagian besar kejadian keracunan di rumah berlaku di tiga tempat utama iaitu dapur 50%, bilik air 20% dan bilik tidur 10%.

Kejadian keracunan seolah-olah sengaja dibenarkan berlaku, sedangkan sebahagian besar kes ini boleh dielakkan jika langkah-langkah pengawasan yang sepatutnya diambilkira. Orang ramai perlu sedar bahawa keracunan yang berlaku di rumah bukanlah semata-mata kemalangan. Oleh sebab itu orang ramai perlu diberi kesedaran mengenai bahaya bahan kimia yang sering dikaitkan dengan kes keracunan yang berlaku di rumah dan cara-cara mengendalikan kejadian keracunan bahan tersebut agar mangsa dapat diselamatkan dengan segera.

Bahan-bahan sediaan kimia yang dikenal pasti boleh menyebabkan keracunan yang teruk terbahagi kepada beberapa jenis yang utama iaitu : 

  • Sabun dan bahan pencuci
  • Racun tikus (Rodentisid)
  • Hydrocarbon seperti minyak tanah
  • Cat, varnis, pencair cat
  • Alat kosmetik
  • Racun makhluk perosak (insektisid)
  • Ubat gegat (naftalin)
  • Alat-alat lukisan
Sabun dan Bahan PencuciSabun dan bahan pencuci merupakan antara bahan kimia di rumah yang paling bahaya berbanding dengan bahan-bahan lain. Ini disebabkan bahan ini boleh dikatakan terdapat di setiap rumah dan biasanya kita tidak berapa mengambil peduli tentang cara penyimpanannya secara selamat. Di sampaing itu tidak ramai yang mengetahui tentang kandungan dan bahaya bahan aktif yang terdapat di dalamnya. Kajian yang dilakukan terhadap 140,000 kes keracunan di Amerika Syarikat mendapati 10% daripadanya disebabkan oleh sabun dan bahan pencuci. Ramai di kalangan mangsa menemui maut akibat tertelan bahan beracun tersebut.

Sabun merupakan bentuk garam kepada asid lemak bebas. Kebiasaannya bahan ini mempunyai ketoksikan yang rendah dan tidak mendatangkan kemudaratan sekiranya digunakan pada kulit. Di rumah sabun boleh didapati dalam bentuk pepejal atau cecair.

Bahan pencuci pula merupakan bahan yang digunakan untuk mencuci bekas atau permukaan dan tidak digunakan pada tubuh. Sediaan yang didapati biasanya dalam bentuk serbuk, cecair dan semburan. Bahan pencuci mengandungi egen aktif permukaan (surfaktan) yang membolehkan air bersentuh dengan bahan yang dicuci dan bahan tambahan seperti pelembut yang berupaya mengurangkan zat-zat logam yang mengganggu proses pencucian.

Terdapat beberapa jenis serbuk pencuci terdiri surfaktan negatif sintetik untuk menggantikan sabun-sabun biasa.
Surfaktan negatif dan tidak berion merupakan komponen utama terdapat dalam kebanyakan sabun pencuci buku, cecair pencuci pinggan mangkuk dan sesetengah pencuci pakaian. Sesetengah bahan pula mengandungi garam beralkali seperti natrium karbonat atau fosfat dan silika iaitu bahan kimia yang meningkatkan keupayaan mencuci. Fosfat telah dikenal pasti boleh menyebabkan pencemaran air dan pertumbuhan alga. Walaupun penggunaan fosfat dalam kebanyakan sabun pencuci telah diharamkan, tetapi sesetengah jenama masih lagi dicampurkan dengan bahan tersebut. Walau bagaimanapun indeks ketoksikan fosfat lebih rendah berbanding bahan-bahan pemukal lain. Sekiranya termakan bahan pencuci berfosfat akan mengakibatkan mangsa mengalami keradangan pada mukosa mulut dan muntah-muntah.

Pencuci sintetik merupakan sabun yang dihasilkan dari bahan petroleum bagi memenuhi permintaan yang tinggi terhadap sabun asli. Di antara bahan pencuci yang di hasilkan ialah pencuci benzil sulfonat berantai bercabang (Benzyl Alkyl Sulfonate - BAS). Baru-baru ini pengunaan BAS telah pun diharamkan di Malaysia.

Pencuci sintetik boleh menjejaskan kesihatan manusia melalui interaksinya dengan sel sehingga menyebabkan kematian sel. Selain dari itu pencuci sintetik berupaya mengeluarkan lapisan lelemak pada kulit. Lapisan lelemak ini berfungsi menghalang bahan-bahan toksik dari memasuki tubuh. Ini akan menyebabkan molekul pencuci sintetik bertindak pada lapisan dalaman kulit untuk membunuh lebih banyak sel. Ada laporan menyatakan bahawa organ dalaman seperti hati dan organ pembiakan juga menghadapi ancaman kerosakan yang serius akibat tindakbalas molekul pencuci sintetik ini. Pencuci sintetik juga sukar dilupuskan yang mana ini akan menyebabkan pengumpualn dan seterusnya mencemar alam sekitar. Kehadiran bahan pencuci sintetik pada kepekatan yang kecil juga boleh membunuh hidupan akuatik. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan perubahan atau mutasi sel yang mana sel-sel mutan ini berkemungkinan berkembang dengan cepat untuk membentuk kanser.

Pencuci sintetik mengandungi bahan-bahan seperti flurescent untuk memutihkan pakaian, fosfat sebagai agen menanggalkan kotoran, silika untuk meningkatkan keupayaan mencuci dan garam beralkali seperti natrium karbonat, natrium silikat dan natrium metasilikat.

Kebanyakan bahan pencuci terdapat di pasaran tidak melabelkan kandungannya. Ini menyukarkan pengguna membezakan antara pencuci asli dan pencuci sintetik.

  • Sediakan bahan pencuci yang hendak dikenal pasti, air, bekas lutsinar dan cuka (asid asitik).
  • Campurkan sedikit bahan pencuci ke dalam bekas lutsinar mengandungi air. Biarkan sehingga campuran tersebut larut seketika.
  • Campurkan sedikit cuka ke dalam bekas tersebut.
  • Hasil yang akan didapati adalah seperti berikut:
  • jika sabun asli - tiada buih dan air menjadi keruh.
  • jika sabun pencuci sintetik - ada buih dan air kelihatan jernih.
  • jika campuran pencuci sintetik dan sabun asli - berbuih dan air menjadi keruh.
 Terdapat satu cara mudah untuk mengenal pasti pencuci asli iaitu seperti langkah-langkah di atas 

Di antara bahan pencuci di rumah yang mempunyai risiko keracunan teruk ialah bahan peluntur, bahan pencuci, cermin kereta, pembunuh kuman, pencuci kerak cerek air dan pencuci pinggan mangkuk automatik.

Bahan peluntur dikenali sebagai egen menghakis dan mengandungi bahan aktif natrium hipoklorit pada kepekatan 5%. Bahan ini tidak menunjukkan sifat terlalu beralkali dan mangsa yang terminum bahan ini kebiasaannya hanya perlu meminum segelas susu. Namun begitu keradangan mulut dan esofagus mungkin berlaku jika termakan dengan kuantiti yang banyak. Peluntur dalam bentuk serbuk mempunyai komposisi lebih pekat oleh itu keradangan yang lebih teruk akan berlaku jika termakan. Percampuran bahan peluntur dengan bahan-bahan pencuci lain boleh mengakibatkan kesan yang lebih teruk. Bahan peluntur yang dicampurkan dengan bahan pencuci tandas yang berasid kuat akan menghasilkan klorin manakala campuran bahan peluntur dengan ammonia akan menghasilkan gas kloramin. Kedua-dua gas ini amat toksik pada selaput mukosa terutamanya pada saluran pernafasan.

Bahan pencuci cermin kereta mengandungi metil alkohol (metanol) pada kepekatan tinggi. Bahan ini berupaya membersih dan menghalang pembekuan. Metanol dimetabolismakan kepada metabolit toksik yang boleh mengakibatkan kerosakan sistemik serius. Mata boleh menjadi buta dengan hanya meminum lima hingga sepuluh mililiter bahan ini.

Pembunuh kuman biasanya mengandungi bahan kimia fenol manakala pencuci longkang dan ketuhar adalah bahan berbes yang terdiri dari ammonia pada kepekatan melebihi 10% dan hidrogen peroksida atau natrium peroksida. Pencuci tandas biasanya mengandungi bahan aktif berasid yang menghakis.

Pencuci kerak cerek air dan pencuci pinggan mangkuk automatik pula mengandungi bahan kimia yang sama dan boleh mengakibatkan kesan radang kepada mangsa. Pencuci mesin basuh juga boleh menyebabkan keracunan. Kebanyakan pencuci mesin basuh diketahui mengandungi garam beralkali seperti natrium karbonat, natrium silikat dan natrium metasilikat yang boleh mengakibatkan keradangan yang teruk jika terkena mata.

Rawatan 

Mangsa yang tertelan sabun akan mengalami rasa mual dan mungkin muntah-muntah selepas beberapa minit. Biasanya kesan ini boleh berlanjutan sehingga 24 jam. Mulut, esofagus dan perut mangsa akan menunjukkan keadaan seperti terbakar. Mangsa perlu diberi minum susu atau sekurang-kurangnya air biasa dengan banyaknya bagi mencairkan isi perut. Jika banyak sabun cecair yang ditelan (di antara 30-50gm) boleh mengakibatkan keradangan pada mukosa mulut, muntah-muntah dan cirit-birit.

Jika terkena mata akan menyebabkan mata menjadi merah dan rasa pedih. Mata perlu dicelupkan ke dalam air dan kelip-kelipkan mata selama beberapa ketika atau sekurang-kurangnya alirkan air kepada mata selama 10-15 minit sebelum diberi rawatan perubatan. 

  • Gunakan bekas yang tidak boleh dibuka oleh kanak-kanak.
  • Simpan bahan dalam bekas asal.
  • Jangan sekali-kali gunakan bekas bahan-bahan kimia ini sebagai bekas makanan kerana ini akan mengelirukan kanak-kanak.
  • Simpan makanan, bahan kimia dan ubat-ubatan di tempat berasingan.
  • Pastikan almari atau bekas simpanan mempunyai penutup dan berkunci.
  • Beli pencuci dan bahan lain dalam kuantiti kecil yang mencukupi untuk sesuatu tugas. Seboleh mungkin dapatkan barang yang paling tidak merbahaya.
  • Simpan semua bahan kimia, pencuci dan ubat-ubatan di tempat yang tidak boleh dicapai dan dilihat oleh kanak-kanak.

Langkah-langkah mencegah keracunan bahan sediaan kimia di rumah 


Bantuan awal kepada mangsa keracunan bahan kimia di rumah adalah penting untuk menyelamatkan mangsa.

  • Jika mangsa muntah-muntah dalam jangkamasa yang panjang, sakit perut yang teruk dan tidak berupaya menelan apa-apa, bawa mangsa segera berjumpa doktor.
  • Tentukan bila masa mangsa tertelan bahan tersebut.
  • Sekiranya kulit atau mata mangsa terkena bahan tersebut, cuci dengan air dan sabun selama 10-15 minit.
  • Jika mangsa berupaya menelan, beri minum air atau susu supaya kepekatan kandungan bahan di dalam perut dapat dikurangkan. Kanak-kanak disyorkan meminum kurang daripada 60ml (1 cawan) dan orang dewasa pula kurang daripada 150ml (2.5 cawan).
Beberapa panduan bagi membantu mangsa keracunan bahan kimia 

Bahan-bahan kimia yang dinyatakan sememangnya telah menjadi satu keperluan di rumah. Jadi tidak dapat tidak, kita terpaksa menyimpannya di rumah, walaupun kita mengetahui bahaya yang bakal timbul. Oleh itu kaedah pengunaan dan penyimpanan yang baik perlu dititik beratkan oleh ibu bapa bagi memastikan bahan-bahan tersebut tidak terdedah dan menarik minat kanak-kanak untuk mencuba. Cegahlah ahli keluarga terutama kanak-kanak daripada mengalami keracunan di rumah sendiri. Jadikan rumah sebagai tempat paling selamat untuk seluruh ahli keluarga. 
                                                                            Sumber

Berdasarkan artikel ini, menuntut ibu bapa penjaga agar lebih berhati-hati dalam mengurus dan mengendalikan penyimpanan dengan sempurna semua bahan pencuci yang terdapat di rumah bagi mengelakkan sebarang kemudaratan dan perkara yang tidak di ingini lebih-lebih lagi sekiranya mempunyai anak atau bayi yang sering mencapai. Selain daripada itu, ada baiknya juga sekiranya kita mula mencari produk yang lebih bersifat mesra alam untuk kebaikan seisi rumah.



Shaklee yang terkenal dengan produk vitamin sebenarnya mempunyai pelbagai rangkaian produk termasuklah produk-produk penjagaan rumah. Ianya lengkap dari kesihatan diri sehinggalah kepada produk pencuci, kulit, kecantikan, rambut dan banyak lagi. Kali ini Norzi Beautilicious House akan menyingkap tentang kebaikan Basic H2™ Organic Super Cleaning Concentrate telah diperkenalkan oleh Shaklee bagi Kaedah Mencuci Secara Semula Jadi Tanpa Racun.








Get Clean Basic H2 Organis Super Cleaning Concentrate . Safe for you, your home and your planet. 







Basic H2™ Organic Super Cleaning Concentrate Kaedah Mencuci Secara Semula Jadi Tanpa Racun. Setiap botol Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate dengan kepekatan berganda ini sungguh selamat digunakan dan dilengkapi kuasa pembersihan yang tinggi untuk menanggalkan kotoran dan minyak dalam sekelip mata. Basic H² berkesan untuk membersihkan tumpahan susu, mengelap tingkap, menyental kotoran pada gril, dan 1001 kegunaan lagi. Cubalah sendiri dan lihat betapa kagumnya anda!


Hanya Satu Pencuci Untuk Ribuan Kerja Rumah
Ultra-pekat: 16 auns boleh dicairkan menjadi 48 gelen pencuci berkuasa tinggi.
Pencuci serba guna: menanggalkan kotoran, gris dan minyak daripada sebarang permukaan yang boleh dicuci, di dalam dan di luar rumah. Mencuci kotoran berminyak dan gris yang paling degil, tanpa meninggalkan kesan comot.
Dua kali lebih pekat berbanding rumusan Basic H² asal – hanya gunakan separuh sahaja.
Tidak perlu dibilas, tidak meninggalkan sebarang sisa sabun atau kesan palitan.

Gunakan Pada Sebarang Permukaan Yang Boleh Dicuci – Di Dalam atau Di Luar Rumah
Dinding, tingkap dan cermin
Kaunter dapur, jubin dan lantai
Peralatan
Dapur
Hiasan kayu
Periuk belanga
Perabot (Jangan gunakan dalam akuarium atau tangki air pengelap cermin kereta)



Cara Penggunaan Untuk Hasil Terbaik


Dapur, peralatan, perabot, hiasan kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
1⁄4 sudu teh + 16 oz. air dalam Penyembur Get Clean

Periuk belanga
1⁄2 sudu teh + 1 gelen air suam

Tingkap dan cermin
1-2 titis + 16 oz. air dalam Penyembur Get Clean

Lantai
1 sudu besar + 1 gelen air

Kain benang biri-biri, nilon, fabrik berkualiti tinggi
1⁄2 sudu teh dalam satu besen air suam


Tahukah Anda?

Kebanyakan pencuci serba guna mengandungi toksin yang boleh disedut atau diserap melalui kulit.Pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon.Pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan toksin saraf dan boleh merengsakan hidung.Morpholine, sejenis toksin berbahaya, boleh mengakibatkan kerosakan hati atau buah pinggang. Pencuci kaca mengandungi ammonia, sejenis racun yang boleh merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.  Basic H2 Tidak Mengandungi Bahan-Bahan Ini Mahupun Bahan Berbahaya Yang Lain




Keunikan Shaklee

Selamat
Tidak toksik
Tiada gas beracun
Tiada bahan kimia berbahaya
Tanpa pewangi
Lembut pada tangan anda
pH seimbang
Tanpa klorin

Berkesan
Amat berkesan menanggalkan minyak. Ultra-pekat: 16 oz. Boleh dicairkan menjadi 48 gelen.

Mesra Alam
Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
Mudah biorosot
Tanpa fosfat
Bungkusan yang boleh dikitar semula
Tanpa bahan pewarna
Selamat untuk sistem septik dan pembetungan




Daripada maklumat dan pengetahuan ini , kita sebagai pengguna bebas memilih yang terbaik. Maklumat hanya disebarkan untuk pengetahuan umum dan langkah berjaga-jaga.  Anda bebas membuat pilihan mengikut keperluan anda dan ahli keluarga anda.



Walaubagaimanapun, sekiranya berminat mendapatkan Basic H2™ Organic Super Cleaning Concentratebelian boleh di buat secara online dengan menekan button 'BUY NOW' anda boleh meneruskan pembelian secara online dan penggunaan kredit kad / Visa kad / Debit Kad (Visa) . Untuk melihat Cara-cara pembelian online, sila klik sini. 


Atau anda juga boleh whatsapp/sms 019 3177872 untuk pembelian. 





Kod Produk:00015 (473ml)

Price : RM46
Postage : 
RM10 Peninsular Malaysia 
RM20 for Sabah Sarawak






Pertanyaan untuk menjadi ahli atau konsultasi berkaitan Shaklee , 

hubungi 019 3177872
atau 
email ; norzibeautilicioushouse@gmail.com








Rangkaian Produk Shaklee :

Senarai Lengkap Produk Shaklee



CARA SEMAK NOMBOR AKAUN CELCOM




unifi Mobile umlimited data,calls &SMS for RM59/month
*10GB LTE Hotspot monthly (sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), 
pelanggan diberikan 999GB LTE
Online Registration, click  https://unifi.my/okb/mobile99new.php?id=G10008
(Daftar Online, sim kad akan di poskan kepada pelanggan)
Maintain your existing number or get a new number
Promo valid until 14th April 2020





unifi mobile unlimited data,calls and sms





Sekiranya ingin mendapatkan nombor akaun Celcom, berikut merupakan beberapa cara untuk semak nombor akaun Celcom .Sila pilih  mana-mana satu dari cara-cara berikut :



1) Melalui Online Customer Service (OCS)

Bagi mendapatkan No akaun Celcom melalui Online Customer Service (OCS), anda perlu log on ke Celcom Online Customer Servis 

2) Melalui SMS

Hantarkan  BOD   ke 22200
Kos yang dikenakan :
Hantar sms - RM0.15 /SMS
Terima sms - Percuma

3) USSD/Direct Dial

Dial *111#
Pilih -   My Bill
Pilih -  Check Bill
Kos semakan adalah percuma





TIPS : CARA KAWAL / CONTROL VOLUME (UP / DOWN) MENGGUNAKAN PAPAN KUNCI (KEYBOARD)

Tercari-cari cara untuk kawal volume (volume up/ down) di laptop anda? Oleh sebab tidak semua laptop mempunyai external / volume control, adakalanya , anda tercari-cari icon untuk besar atau kecilkan volume (volume control) mengikut kemahuan anda dan perlu menggunakan mouse.



Macamana untuk besar dan kecilkan volume dengan pantas tanpa menggunakan mouse tetapi hanya menggunakan keyboard? Cara / kaedah / tips nya seperti berikut : 


1. Cari button / kekunci [Fn] di keyboard. Biasanya kekunci ini berada di bahagian bawah (kiri) keyboard, selari dengan kekunci [F1-F2]  bahagian atas keyboard. 


Di keyboard yang Norzi yang Norzi gunakan : (Acer) 


[Fn]+[F8] Volume on

[Fn]+[F8] Volume off (mute)


Semoga membantu.

Calam Ceria
Norzi~




SHARE IT