.

THANK YOU FOR FOLLOWING NORZI

.
.

.

.

SPONSORED ADVERTISEMENT

SENARAI BARANG UNTUK PERCUTIAN DI PANTAI / PULAU


Assalamualaikum dan salam sejahtera, cuti sekolah datang lagi...alhamdulillah.. Selain mempunyai senarai kenduri kendara yang panjang untuk dihadiri sepanjang hujung minggu, mesti mama-mama sekalian mencari tempat-tempat menarik untuk menghabiskan masa bersama anak-anak kan... 


Menu mudah untuk bawa melancong



Klik video untuk Lihat resepi mudah untuk di bawa ke percutian yang sukar mendapat makanan halal / makanan murah 





Kalau anda dah merancang untuk sebarang aktiviti laut, Norzi bawakan tip ini terutamanya untuk para ibu bapa bersiap sedia lebih awal...tentu ramai parents yang mencari-cari tempat nak bawa anak jalan-jalan kan. Untuk yang nak ke pantai atau pulau, Norzi nak kongsikan senarai barangan yang perlu di bawa bersama untuk percutian anda. Kalau seorang diri pergi tentu takda masalah, tetapi dengan scenario bercuti bersama anak-anak kecil, pasti menuntut ibu bapa membuat persiapan rapi dan awal.. jadi pasti kan ianya dirancang dengan baik untuk mengelakkan keadaan yang tidak diingini dan kelam kabut.







Biasanya kalau bercuti di pantai atau di laut, ketika sampai destinasi yang di tuju..biasanya harga barangan yang selalu kita jumpa akan menjadi berkali kali ganda lebih mahal dari tempat kita. Bukan di pantai atau laut sahaja, tempat peranginan lain seperti Genting Highlands pun macam tu juga..semuanya menjadi lebih mahal. Jadi untuk itu, jom tengok list ..

diri sendiri / en suami/ anak-anak boleh guna senarai ni

1. Kasut getah
khas untuk aktiviti air, pakai terus dari rumah pun ok. Pakai crocs shoes highly  recommended !

2. Makanan ringan
(biskut/ milo atau nestum 3in1 / jajan /coklat bar) ni kalau kes pulau yang di tuju  begitu kecil  dan tiada yang berniaga di situ , contohnya di  pulau persendirian seperti di  Pulau Sibu. Pulau lain yang senang dapat makanan pun ok , cuma kalau di bawa lebih senang hati mana la tau malam-malam anak merengek nak makan :) , jadi boleh alas perut sementara tunggu siang :)

3. Toiletries
Boleh bawa berus gigi, sabun,ubat gigi, bersaiz mini kesukaan anda...Biasanya kalau bercuti di hotel 3 , 4, 5 bintang boleh dapat sabun. Tapi dengan anak yang ramai , bawa la satu untuk persediaan kes kecemasan , atau kalau2 ada yang nak main buih sabun di bath tub.

4. Tudung (ibu/anak)
Sekurang-kurangnya 3 helai untuk setiap ibu dan anak,  1 helai utk aktiviti malam, 1 helai untuk balik , 1 helai untuk aktiviti air (digalakkan untuk recycle :) lepas pakai , sidai dan keringkan , esok nya kalau nak main air pakai semula :) . Tip: biasanya pakaian yang dipakai di laut akan mudah mereput selepas itu kerana air masin. Jadi jimatkan pakaian untuk di bawa ke laut ..



Klik video untuk melihat resepi mudah ayam panggang yang sedap dan pasti jadi seperti di restoran



5. T-shirt /shirt
Sekurang 3 helai untuk setiap ahli keluarga , 1 helai aktiviti air, 1 helai aktiviti malam dan 1 helai utk balik.. so kalau boleh minimize bawa barang ,  minimize lagi... supaya beg kecil senang nak bawa :)  Apa-apa pun semua bergantung kepada jumlah hari anda berada di kawasan peranginan :)

6. Track bottom atau muslimah swimming suit 

7. Sunblock
Pastikan cari yang 130 untuk yg nak berada di bawah matahari di kawasan pantai untuk mengelakkan sun burn!

11. Air mineral 
kalau ada kedai kat situ ok je tak bawa..ada anak kecil? tolong bawa semua yang patut utk baby comel anda :)

12. Beg kalis air
kalau nak pergi aktiviti snorkeling.. ha elok bawa .lagi lagi yang nak bawa camera atau mobile phone sepanjang perjalanan di laut . 

13. Ubat-ubatan
Elok sediakan untuk anda dan anak-anak dikhuatiri jatuh sakit ke..muntah-muntah ke.. demam ke... boleh la kita makan ubat sementara nak ke klinik.. itu pun kalau klinik ada.. kalau jauh susah juga sebab tempat orang kita tak biasa..

14. Stoking
Ni khas nak pakai jalan-jalan or sport activities atau untuk dipakai masa tido... baru selesa nak tido :)

16. Charger telefon
Penting untuk di bawa!

17. Roti 
Kalau nak bg ikan mkn masa snorkeling :)

18. Waterproof Camera 
Ni tak compulsory, hanya kalau memang ada, boleh la bawa sekali :)

19. Ray band

20. Topi

21. Plastik utk baju basah

22. Telekong/ sejadah kecil

23. Pad
Kalau bendera merah, kita jamu mata la ya, tak dapat main air!
24. Sikat/bedak 
Semua keperluan seumpamanya



Tambahan senarai untuk yang ada baby atau toddler
1.Pampers pakai buang
2.Susu tepung
3.Botol susu
4.Pencuci dan berus botol susu
5.Makanan bijirin bayi
6.Thermos air panas (yg kecil pun ok)
7.Bantal baby




Semoga senarai bercuti dengan sedikit tip bercuti ke pantai ini bermanfaat!  Jadi sempena cuti sekolah ini, Norzi ucapkan selamat bercuti untuk semua!



Salam ceria,


“Jazaakumullah Khairan Katsiran Wa Jazaakumullah Ahsanal Jaza"

 (جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء)

“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.



~Norzi~

SEMAK KEPUTUSAN DI SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH

Assalamualaikum..... Sekarang ni , semuanya online. Bersyukur sangat dengan penemuan teknologi, kalau tak disalahgunakan In sha Allah terpelihara dari perkara tak baik.

Sejak  berkuatkuasa Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah, Keputusan persekolahan anak-anak semuanya online. Bagus kan. Jadi kepada semua mommies dan daddies , kalau nak semak keputusan anak-anak anda, bolehla semak ikut langkah berikut
Langkah-langkah :

1. Pergi ke page Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah . 


Klik pautan ini

 Page yang berjaya akan papar seperti berikut

 Paparan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah


2. Jangan lupa masukkan semua maklumat yang diperlukan ya :

a) Masukkan No. KP/ Sijil Lahir anak anda
b) Pilih Sekolah
c) Pilih Tahun ( dropdown menu akan papar tahun yang diingini)
d) Klik semak laporan
e) Keputusan akan dipapar.

Dapatla kita copy semua keputusan anak2 yang merangkumi 
Ujian 1, Ujian Pertengahan Tahun dan Ujian Akhir Tahun. Sangat sesuai dengan keperluan semasa. Kalau dulu-dulu report card kita cepat lunyai, tak long lasting dan hanya dapat dilihat pada masa-masa tertentu, maklumla teknologi lama.... Bila dah dimayakan , rasa sangat mudah sebab semua maklumat boleh dipapar maka mudah untuk ibu bapa pantau dan merancang strategi bila boleh menilai dan membuat perbandingan semua pencapaian terdahulu.

Sampai sini dahulu,semoga bermanfaat dan selamat menyemak keputusan anak-anak!

Salam ceria,

CHECK BALANCE for CELCOM

Salam, hari ni Norzi nak share pada mereka yang guna Celcom ,juga untuk rujukan Norzi sendiri pada masa akan datang.. kalau anda ingin semak baki, langkah seperti di bawah








Celcom XPax Prepaid
-type   *124# - Balance Check
-type   *111# - Balance Check plus Recharging









Celcom Postpaid

- *118# - Dial
    Select  Number 1 for CHECK BILL -
Select DONE
If successful u will receive message : U bill is succesfully delivered.


Salam ceria
-norzi-






NAMA-NAMA INDAH DALAM ISLAM BAYI PEREMPUAN (HURUF B)



Himpunan nama nama indah bayi perempuan dalam Islam ini untuk rujukan para ibu bapa yang memerlukan. Semoga dengan pemilihan dan pemberian nama-nama indah beserta panggilan panggilan nama baik setiap hari dapat membentuk peribadi anak yang mulia dan sentiasa mentaati Allah S.W.T  "Sesungguhnya sekalian kamu akan dipanggil di akhirat kelak dengan nama kamu sendiri dan dengan nama bapa kamu. Oleh itu, hendaklah memberi nama kami dan anak-anak kamu dengan nama-nama yang indah"
(Maksud hadis riwayat Abu Daud)


______________________________________________

Nama Bayi Perempuan Bermula dengan huruf A

Nama Bayi Perempuan Bermula dengan huruf B
Nama Bayi Perempuan Bermula dengan huruf C
Nama Bayi Perempuan Bermula dengan huruf D

Nama  Maksud
Badiah Indah
Badihah Cepat memahami
Badilah Mulia, pengganti
Badirah Bulan purnama
Badriah Cantik seperti bulan purnama
Badrina Bulan kami 
Bahia Manis
Bahiah Gemilang, berseri
Bahijah Bahagia, gembira
Bahirah Cantik, berseri, elok, indah
Bahithah Pencari,cekal
Bahiyah Cemerlang, indah
Bahja Kebahagiaan
Bahjah Keindahan, keriangan, kesenangan
Bahjan Rupawan, Cemerlang
Bahriah kilauan
Baiduri Permata
Baiyinah Bukti
Bakhitah Orang yang beruntung
Bakizah Suci, wangi
Bakriyah Berani, perawan
Balighah Bijak
Ballanah Titisan embun
Bananah Ujung jari-jemari
Baqiyah Panjang umur
Baridah Lapang dada
Barizah Yang bijak, menonjol
Barniyah Cerdik, suci
Basilah Berani
Basimah tersenyum
Bastah Yang lapang
Basyirah Penyampai berita gembira
Batrisya Cerdik, pintar
Bayati Nisbah
Bayyinah Bukti, dalil
Bazilah Yang pintar
Bazla Yang bijak
Bilqis Permaisuri Sheba
Bisyarah Berita gembira
Buraidah Dingin
Burairah Berbakti, berbuat baik
Burhanah Alasan yang baik
Busra Kesegaran
Bussaina Cantik menarik
Busyra Berita baik, kabar gembira







“Jazaakumullah Khairan Katsiran  Wa Jazaakumullah Ahsanal Jaza "

 (جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء) 

“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.



~ Norzi


NAMA-NAMA INDAH DALAM ISLAM BAYI PEREMPUAN (HURUF A)

Himpunan nama nama indah  bayi perempuan dalam Islam ini  untuk rujukan para ibu bapa yang memerlukan. Semoga dengan pemilihan dan pemberian nama-nama indah beserta panggilan panggilan nama baik setiap hari dapat membentuk peribadi anak yang mulia dan sentiasa mentaati Allah S.W.T


"Sesungguhnya sekalian kamu akan dipanggil di akhirat kelak dengan nama kamu sendiri dan dengan nama bapa kamu. Oleh itu, hendaklah memberi nama kami dan anak-anak kamu dengan nama-nama yang indah"
(Maksud hadis riwayat Abu Daud)






Nama Bayi Perempuan Bermula dengan huruf A
Nama  Maksud
Aabidah Tekun beribadah
Aafiyah Sehat, selamat
Aamal Harapan-harapan
Aaminah Dapat dipercaya, aman
Aathifah Belas kasih, perasaan
Aathirah Harum
Abadah Rajin beribadah
Abadi Yang Kekal
Abda Nampak
Abidah Yang Patuh
Abharina Lautan kami
Abqarah  kecerdikan
Abirah Wangi, harum
Abiyah Elok, mulia, lepas dr kehinaan
Absarina Penglihatan kami
Abyana Nyata, jelas
Abyati Sebaik-baik sajak
Abyatina Sebaik-baik sajak kami
Adabiah Kesopanan, beradab
Adawiyah Obat, penawar
Adeeba Cultured, civilised
Adelia Keadilan kita
Adibah Berpengetahuan, beradab
Adidah Sepadan
Adilah Adil seksama
Adlah Keadilan
Adlina Keadilan kita
Adni Salah satu nama syurga
Adriana Nisbah
Afwan  Kemaafan
Adwa Cahaya
Afaf Kesucian, kemurnian, kesopanan, punya Harga diri
Afeefa kejujuran
Afia Tenaga, kekuatan
Afiah Kesejahteraan
Afifa dipercayai
Afifah Berbudi bahasa, punya harga diri, bermartabat tinggi
Afina (Orang) yang memaafkan
Afiqah Sangat pemurah, sangat berpengetahuan
Aflah Beruntung
Afnan Pepohonan Yang berbuah, Kecantikan/seri
Afra Malam 13 Purnama
Afrah Hiburan, kesenangan
Afraima Fertile
Afrina Putih kemerah-merahan
Afruz Menyukakan, menyenangkan
Afwan Kemaafan
Afza Membesar
Ahidah Janji
Ahlaam Mimpi
Ahlaiah Impian
Ahlam mimpi-mimpi
Aida Keberuntungan, imbalan, hadiah
Aiman Berkat, Yang bertuah, kanan
Aimuni Keberkatan
Aimy Keberkatan
Ain Mata
Aina Mempunyai mata yang cantik
Ainan Mata air
Ainani Dua buah mata air
Aini Spring; flower; source; choice
Ainiyah Pohon rimbun yang bersemi
Ainul Hayat Mata kehidupan
Ainul Mardhiah Nama bidadari yg tercantik disyurga untuk para syuhada
Ainun Mata
Airis Sejenis bunga - iris
Aisy Kemakmuran Hidup
Aisyah Hidup bahagia
Aiyani Nisbah
Akidah Kuat, teguh
Akifah Wanita yang beri'tikaf di masjid
Akma Pimpinan, Yang sempurna
Alani Ketinggian
Alanna Kami melunakkan
Alawiah Ketinggian
Aliah Yang tinggi
Alifah Ramah tamah dalam bersahabat
Alifat Teman pelipur, mesra
Alilah Yang memakai wewangian
Alimah Yang berpengetahuan
Aliya Tinggi, yang paling mulia
Aliyah Tinggi, yang paling mulia
Alma Pandai, terpelajar
Almas Berlian
Almira Putri
Alwani Warna-warni
Alya Ketinggian
Amal Cita-cita, harapan
Amalia Cita-cita
Amalina Lanjut usia
Amami Julanganku, Golonganku
Amani Cita-cita, ketenanganku, keinginan, Kesejahteraanku
Amanina Cita-cita kami, harapan kami
Ameera princess
Amila Hopeful
Amili Yang melakukan (perkara yang betul)
Aminah Boleh dipercayai
Amira princess
Amirah Puteri, ratu
Amjad Mulia, soleh, lebih mulia
Amnah Ketenangan
Amnani Ketenangan
Amni Ketenangan, Keamananku
Amniyah Cita-cita, hasrat
Anan Awan, cakrawala
Anaqah Cantik dan menarik
Anati Lemah lembutku
Aneesa Yang mesra, penglipur
Ani Masak ranum, kesopanan
Aniqah Cantik, lemah gemalai
Anis Yang mesra, teman setia, ramah tamah dalam pergaulan
Anisah Yang mesra, pelipur
Annur Cahaya
Anwah Lembut, hati-hati
Aqidah Kepercayaan, keimanan
Aqilah Cerdas, pandai
Arafah Padang Arafah
Arani Aku mimpi melihat diriku
Arbahah Nisbah
Arbanah Yang fasih
Ardini Isteri yang menyayangi
Arfa Yang tinggi, mulia
Arfah Gembira
Ariana Full of life
Aribah Cerdik, terpelajar
Arifah Yang mengetahui
Arikah Pelaminan
Arimi Yang besar
Arinah Cergas, giat
Ariqoh Baik budi, mulia asalnya
Arissa Azam, kuat
Asiah Nama isteri Firaun, obat
Asiilah Lemas dan Halus
Asilah Yang asli, yang mulia
Asimah Yang memelihara
Asirah Tawanan Perang
Asiyah Penawar hati
Asla Bergerak lunak
Aslah Yang lebih baik
Asma Ketinggian, putri Abu Bakar Ash Shiddiq ra
Asmahan Nama tokoh wanita
Asyura 10 Muharram
Athilah Murni, mulia
Athirah Yang utama, yang mulia
Athiyyah Pemberian
Atifah Bersimpati, penyayang
Atikah Pemurah, berani, bersih, yang murni
Atiqah Yang mulia, yang dipilih
Atiya Pemberian
Atuf Penyayang
Audadi Kesayanganku
Aufa Yang setia, lebih tepat
Auji Ketinggianku, puncakku
Aunah Pertolonganku
Auni Lemah lembutku, ketenangan, Ketetapanku
Awadah Baik, lembut
Awatif Perasaan, kesayanganku
Awfiyah Berani, kuat
Awliya Kekasih
Azalia Kekal Abadi
Azhar Bunga-bunga, Yang berseri, yang gemilang, lebih cerah
Aziemah Azam, kewajiban
Azimah Agung, mulia
Azita Nama putri Iran
Azizah Sayang, berharga, kekuatan, dihormati, mulia
Azra Dara, perawan used for Maryam/Mary
Azyan Perhiasan
Azza Perhiasan
Azzalea Kekal Abadi





Salam ceria,
Norzi.



SHARE IT