.

THANK YOU FOR FOLLOWING NORZI

.
.

.

.

.

.

SPONSORED ADVERTISEMENT

FIQH WANITA



Fiqh wanita ini di petik dari perkongsian Telegram Fiqh Wanita. Semoga dengan perkongsian ini akan dapat menjadikan Norzi Beautilicious House sebagai medan penyebaran ilmu. Semoga ianya bermanfaat dunia dan akhirat. InsyaALlah , Amin.


“APA HUKUM TIDAK PANDAI BACA AL-QURAN ?”


Jawapan Ustaz Azhar Idrus:
“Baca Al-Quran ni, dalam 114 surah, 1 surah wajib pandaii.
Tak pandaii berdosa, iaitu Al-Fatihah. Yg lain fardhu kifayah. Sunat kita pandaii surah2 yg lain.Kerana, hina sangat orang yg tidak pandaii membaca Quran. Walaupun tidak berdosa tapi makhluk yg hina.”
- Ustaz Azhar Idrus

Kita mungkln tak baca sebab masih merangkak-rangkak, TAPI sampai bila?
Sebelum tu, baca hadis ini duIu.Dari Abdullah bin Mas`udt berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda :

"Barang siapa yg membaca satu huruf dari Al-Quran maka baginya satu kebaikan. Dan satu kebaikan akan dilipat gandakan dengan sepuluh kali ganda.

Sayaa tidak mengatakan ‘Alif lam mim’ itu satu huruf, tetapi ‘Alif’ itu satu huruf, ‘Lam’ itu satu huruf dan ‘Mim’ itu satu huruf."

(HR At Tirmidzi).



SIAPA YANG BERUNTUNG? TULISAN USTAZ EBIT LEW
Seorang kawan saya baru kahwin jumpa seorang alim. Ustaz tanya macam mana perkahwinan kamu? 

Alhamdulillah ustaz. 
Isteri saya seorang yang taat. Baik sangat. Isteri idaman. Semua dia buat di rumah. 
Makan minum, pakaian, rumah semuanya terurus. Semuanya cantik. Dijaga saya baik-baik. Saya tak sempat buat apa-apa. Dia rajin sangat.. untung tak saya ustaz?

Jawab ustaz tadi. Isteri kamu yang untung. Dia bakal ahli syurga tinggi. Dia hebat. Dia tunaikan semua hak kamu. Dari cerita kamu. 

Kamu rugi sebab kamu tak dapat khidmat kepada isteri kamu. Sepatutnya berlumba khidmat. Berlumba siapkan sahur. Berlumba bangun awal tahajud. Berlumba buat baik. 

Perkahwinan ialah berlumba memberi. Bersama-sama buat semua perkara. Saling bertolak ansur. Berlumba beri nasihat. Berlumba kata saya salah. Berlumba kata i love u. Berlumba gembirakan pasangan kerana ALLAH. 

Jika asyik orang berkhidmat pada kita. Periksalah mungkin kita semakin jauh dari kebaikan dan hati yang bersih. 
Jika kita sibuk bekhidmat itulah jalan Nabi saw dan sahabat. Orang suka khidmat dapat kasih sayang ALLAH.... 

-Ustz.Ebit Lew-




AURAT BAGI SEORANG LELAKI

Aurat (Bahasa Arab: عورة‎) merupakan istilah Islam yang melambangkan sesuatu bahagian dari anggota badan, samada lelaki ataupun perempuan, yang haram dibuka atau dipamerkan. Dalam erti kata lain sesuatu anggota badan yang wajib ditutup dan disembunyikan dan haram orang bukan mahram melihatnya. Menutup aurat adalah wajib ke atas setiap Muslim, tidak kira lelaki atau perempuan. Kewajipan menutup aurat ini berdasarkan kepada dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadis.

Dalil Alquran
Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). (Surah Al-A’raaf : Ayat 26)

Aurat Lelaki : Aurat bukannya pusat dan lutut tetapi antara pusat hingga lutut.

Pakaiana tidak menyerupai perempuan
Menutup aurat antara pusat ke lutut

Gambarajah Aurat Bagi seorang Lelaki




 ETIKA PAKAIAN WANITA





HUKUM LELAKI MEMAKAI INAI

Soalan:
Apakah hukumnya bagi lelaki memakai inai? Kita lihat ketika majlis perkahwinan, selalunya pengantin lelaki akan diinaikan jarinya.

 

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Inai adalah perhiasan bagi wanita bukannya untuk lelaki. Dalam sebuah hadith, diriwayatkan daripada ‘Aisyah R.Anha:

أَوْمَتِ امْرَأَةٌ مِنْ وَرَاءِ سِتْرٍ بِيَدِهَا كِتَابٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَقَبَضَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يَدَهُ فَقَالَ: ‏ مَا أَدْرِي أَيَدُ رَجُلٍ أَمْ يَدُ امْرَأَةٍ‏.‏ قَالَتْ بَلِ امْرَأَةٌ ‏.‏ قَالَ: لَوْ كُنْتِ امْرَأَةً لَغَيَّرْتِ أَظْفَارَكِ.‏ يَعْنِي بِالْحِنَّاءِ.

Maksudnya: Seorang wanita memberikan isyarat dari belakang tabir bagi menunjukkan pada tangannya ada surat untuk diberikan kepada Rasulullah SAW. Maka Nabi SAW menggenggam menutup tangannya lalu berkata: “Aku tidak tahu adakah ini tangan lelaki ataupun tangan perempuan?”. Jawab perempuan tersebut: “Perempuan”. Lalu Baginda berkata: “Jikalau kamu ini perempuan, nescaya akan lakukan perubahan pada kuku-kuku kamu (iaitu dengan inai)”.

Riwayat Abu Daud (4166), al-Nasa’ie di dalam al-Kubra (9311) & Ahmad di dalam Musnadnya (26258). Al-Albaani menilainya Hasan.

 

Di dalam ‘Aun al-Ma’bud disebutkan bahawa hadith di atas menunjukkan kepada tersangat digalakkan bagi wanita untuk mengenakan inai.[1] Al-Sanadi mula menyebutkan bahawa yang disebutkan dengan (لَوْ كُنْتِ امْرَأَةً) itu membawa makna: “Sekiranya kamu meraikan syiar bagi wanita, nescaya kamu akan mengenakan inai pada tanganmu”.

Setelah mengetahui bahawa inai itu adalah perhiasan bagi wanita, maka dalam sebuah hadith yang lain terdapat larangan bagi menyerupai wanita. Sabda Nabi SAW daripada Ibn ‘Abbas R.Anhuma:

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الْمُتَشَبِّهِينَ مِنَ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ، وَالْمُتَشَبِّهَاتِ مِنَ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ‏

Maksudnya: Rasulullah SAW telah melaknat golongan lelaki yang menyerupai wanita dan golongan wanita yang menyerupai lelaki.

Riwayat Al-Bukhari (5885)

 

Al-Imam Ibn Battal Rahimahullah menyebutkan bahawa al-Tabari Rahimahullah mengatakan bahawa pada hadith di atas terdapat fiqhnya iaitu tidak boleh bagi lelaki menyerupai wanita pada sudut pakaian, perhiasan yang dikhususkan buat wanita.[2]

Dalam sebuah hadith yang lain, Rasulullah SAW pernah membuang daerah lelaki mukhannas yang mengenakan inai pada kedua tangan dan kakinya. Daripada Abu Hurairah RA:

أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم أُتِيَ بِمُخَنَّثٍ قَدْ خَضَبَ يَدَيْهِ وَرِجْلَيْهِ بِالْحِنَّاءِ فَقَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم:  مَا بَالُ هَذَا‏.‏ فَقِيلَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ يَتَشَبَّهُ بِالنِّسَاءِ.‏ فَأُمِرَ بِهِ فَنُفِيَ إِلَى النَّقِيعِ فَقَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَلاَ نَقْتُلُهُ فَقَالَ:‏ إِنِّي نُهِيتُ عَنْ قَتْلِ الْمُصَلِّينَ.

Maksudnya: Sesungguhnya Nabi SAW telah didatangkan kepada Baginda seorang mukhannas[3] yang mana telah menginai kedua tangan dan kakinya. Maka berkata Nabi SAW: “Apa halnya dengan lelaki ini?”. Maka dikatakan: “Ya Rasulullah, lelaki ini menyerupai wanita”. Lalu Rasulullah SAW mengarahkan agar lelaki tersebut di buang daerah ke al-Naqii’. Maka mereka berkata: “Ya Rasulullah, mengapa kita tidak membunuhnya?”. Maka jawab Baginda: “Sesungguhnya aku dilarang untuk membunuh orang yang solat”.

Riwayat Abu Daud (4928). Al-Arnout mengatakan sanadnya dhoif (lemah).

 

Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah menyebutkan di dalam al-Majmu’:

أَمَّا خِضَابُ الْيَدَيْنِ وَالرِّجْلَيْنِ بِالْحِنَّاءِ فَمُسْتَحَبٌّ لِلْمُتَزَوِّجَةِ مِنْ النِّسَاءِ: لِلْأَحَادِيثِ الْمَشْهُورَةِ فِيهِ وَهُوَ حَرَامٌ عَلَى الرِّجَالِ إلَّا لِحَاجَةِ التَّدَاوِي

Maksudnya: Adapun mewarnakan kedua tangan dan kaki dengan inai, maka digalakkan bagi yang berkahwin dikalangan perempuan berdasarkan hadith-hadith masyhur padanya dan haram ke atas lelaki.













No comments:

Post a Comment

SHARE IT