.

THANK YOU FOR FOLLOWING NORZI

.
.

.

.

.

.

SPONSORED ADVERTISEMENT

PERKONGSIAN ILMU : FIQH WANITA

Tips of the day
Assalamualaikum tahukah anda bahawa ..

5 tips bagaimana untuk khusyuk di dalam solat.

1) At-tafahhum – Memahamkan semua bacaan di dalam solat dan menghayati maknanya.

2) At-Ta’zim – Merasakan kebesaran Allah seolah olah berada dihadapnNya.

3) Al- Haybah – Menghadirkan rasa gerun terhadap kekuasaan Allah dengan demikian rasa hebat terhadap Allah akan dapat dihasilkan.

4) Ar-Rajak – Mengharapkan Rahmat Allah dengan sepenuh harapan bahawa ibadat yang kita lakukan akan diterima.

5) Al-Hayak – Merasa malu kepada Allah kerana kecuaian dalam mengotakan janji kita terhadapNya dan kekurangan kita dalam melakukan ibadat terhadapNya.

Sumer : K-Fiqh


_________________________________________________________________________

11 Tip Ajar Anak Rajin Solat

Mendidik kanak-kanak  melakukan ibadat solat hukumnya adalah wajib. 

 "Perintahkanlah anak-anak kamu mengerjakan sembahyang sewaktu mereka itu berumur tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkannya sewaktu mereka itu berumur sepuluh tahun. (Hadis riwayat Abu Daud)

1.Biasakan anak mendengar laungan azan

Sejak usia bayi lagi biasakan anak mendengar laungan azan yang berkumandang di masjid berhampiran rumah atau dari televisyen. Berhenti bercakap atau melakukan aktiviti lain sebaliknya beri tumpuan kepada suara azan. Secara tidak langsung anda menunjukkan contoh kepada si kecil bahawa mereka mesti menghormati laungan azan.

2.Ajar anak doa selepas azan

Anak kecil sangat cepat mengingati apa yang diajar setiap hari. Mereka berupaya untuk menghafal doa yang anda bacakan setiap hari. 

Oleh itu rajinlah membaca doa selepas azan setiap kali selesai mendengar laungan azan. Anda pasti terkejut apabila satu hari kelak anak boleh lancar membaca doa tersebut yang hanya didengari daripada anda setiap hari.

3.Didik solat sejak bayi

Siapa kata bayi tidak boleh diajak solat bersama. Anda boleh mula mengajak si comel bersolat bersama keluarga. Bawa sekali anak dalam solat dengan cara mendukungnya.

Ia boleh dilakukan sama ada oleh ibu atau ayah. Rutin ini akan mendedahkan anak tentang waktu bersolat dan dia pasti akan bersedia untuk solat bersama. Jika dia sudah semakin besar, letakkan anak di sebelah anda ketika bersolat. Percayalah, anak tidak akan mengganggu anda sebaliknya akan mengikut pergerakan anda bersolat.

4.Ajar anak mengambil wuduk

Jika si kecil suka mengikut anda mengambil wuduk, biarkan sahaja. Jangan marahkannya sebaliknya anggap ia sebagai satu proses pembelajaran anak. Bahkan lebih berkesan sekiranya anda boleh menampal cara-cara mengambil wuduk secara bergambar di pintu bilik air supaya ia memudahkan anak mengikutnya.

5.Dengarkan anak bacaan dalam solat

Biasakan anak mendengar bacaaan dalam solat anda dengan membacanya kuat sedikit ketika bersolat. Anda juga boleh membacanya ketika di luar waktu solat. Jika selalu mendengarnya tidak mustahil anak anda cepat menghafalnya.

6.Solat berjemaah

Amalan solat berjemaah dengan keluarga diakui petua berkesan mengukuhkan ikatan kekeluargaan. Oleh itu ajak anak solat bersama  jika boleh pada setiap waktu solat. Kebiasaan ini akan menjadi benteng tarbiah terkuat dalam diri anak akan keutamaan mengerjakan solat berjemaah terutama bagi anak lelaki.

7.Ajar anak berwirid

Biasakan anak anda mendengar bacaan wirid, tasbih dan tahmid selepas bersolat. Awalnya dia mungkin tidak memberikan sebarang respon tetapi lama kelamaan anak akan seronok berwirid sama.

8.Berdoa untuk anak

Berdoalah untuk kebaikan anak anda. Sebut namanya dan mohonlah doa supaya dia menjadi anak yang baik, anak yang soleh/solehah, rajin belajar, rajin menolong ibu dan ayah. Tentu sahaja mereka akan berasa gembira kerana ayah menyebut namanya dalam doa tersebut.

9.Berikan anak pujian

Kanak-kanak memang suka dipuji. Oleh itu jangan lupa memuji kelakuan baik mereka yang rajin bersolat dan dapat mengerjakan solat dengan betul tanpa bermain. Ia dapat menyuntik semangat mereka utk terus bersolat dengan tertib.

10.Tegur kesilapan solat anak

Sekiranya anak melakukan kesilapan ketika bersolat, tegur kesilapan tersebut selepas selesai berdoa. Teguran biarlah secara berhemah iaitu meminta anak jangan mengulangi kesilapan tersebut sambil diiringi dengan sedikit pujian.

11.Amalkan doa surah Ibrahim ayat 40

Amalkan doa dari surah Ibrahim ayat 40 setiap kali selepas solat dan sebelum tidur.  Minta daripada Allah agar menjadikan diri kita dan anak-anak kita sbg hamba yg sentiasa mengerjakan solat.

Maksud ayat 40 surah Ibrahim:  Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

Solat itu tiang agama. Ia amalan pertama yang akan dihisab semasa hari akhirat nanti. Oleh itu utamakan mengajar anak bersolat terlebih dahulu sebelum pembelajaran yg lain.


_____________________________________________________________________


BAHAGIAN TUBUH MANUSIA YANG MENJADI TEMPAT KESUKAAN IBLIS 

1] LUBANG MULUT MANUSIA
IBLIS akan berusaha masuk ke lubang mulut manusia saat sedang menguap. Oleh itu TUTUPLAH MULUT KETIKA MENGUAP

Abu Said r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Apabila seseorang dari kamu menguap, tutuplah mulut kamu, kerana syaitan akan masuk kedalam mulut yang tidak ditutup" (HR Muslim)


2] DI BAWAH KUKU MANUSIA
Kita dianjurkan untuk MEMOTONG KUKU, kerana jin dan syaitan mengikat manusia melalui kuku-kuku yang panjang. Sebagaimana disebutkan dari Abu Hurairah ra,

Rasulullah SAW bersabda, “Potonglah (pendekkan) kuku-kukumu. Sesungguhnya syaitan mengikat (melalui) kuku-kuku yang panjang.” (HR Ahmad)


3] LUBANG HIDUNG MANUSIA
Ketika manusia tidur, syaitan ikut menginap di dalam lubang hidung manusia. Oleh sebab itulah apabila bangun tidur, kita dianjurkan untuk MEMASUKKAN AIR KE DALAM LUBANG HIDUNG DAN MENGHEMBUS KELUAR, SEBANYAK TIGA KALI.

Rasulullah SAW bersabda, “Apabila salah seorang di antara engkau bangun tidur, hendaklah memasukkan air ke dalam lubang hidungnya (istintsar) dan menghembus keluar sebanyak tiga kali, kerana syaitan itu menginap di lubang hidungnya.” (HR Muslim)


4] LUBANG TELINGA MANUSIA
Sebagaimana diceritakan dari Abdullah bahawa ada seorang lelaki yang selalu tidur sampai pagi, tanpa mengerjakan solat malam (qiamullail).

Lalu beliau SAW bersabda, “Syaitan telah KENCING di telinganya”. (HR Muslim)




Perkongsian oleh Fiqh Wanita. Semoga bermanfaat .
Panduan dalam islam . tips islam , wanita solehah , ustazah pesanan , dunia akhirat dan keyanikan




______________________________________________________________________



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
TANYALAH USTAZAH TV9 (Ustazah Asmak Husin)


HAID,NIFAS,ISTIHADHAH



  • Haid ialah darah wanita yg mengalir secara semulajadi dari dalam rahim.
  • Istihadhah adalah darah penyakit.
  • Darah wiladah berlaku ketika dalam proses kelahiran.
  • Darah nifas ialah darah yg mengiringi wanita ketika bersalin,biasanya 40hari hingga 60hari dan jika sebelum 40hari sudah kering maka wajib mandi wajib dan boleh solat.
  • Islam sangat mementingkan kebersihan diri kerana tanda bersyukur dan utk sempurnakan nikmat Allah.


HARI PERTAMA HAID KELUAR DARAH COKLAT-COKLAT DAN HARI 2-3 TAK ADA COKLAT,HARI KE4 BARU KELUAR DARAH HAID DGN BANYAK,APAKAH HARI 2-3 ITU DIKIRA MASIH DALAM HAID WALAUPUN TAK ADA DARAH?

Menurut Mazhab Syafie..Dari hari pertama,ke2-3 itu dikira dalam haid walaupun hari ke2-3 itu tak ada darah sehinggalah hari ke15.
Para ulamak berpendapat haid paling sedikit ialah 24jam.
Kita kena kenal kitaran haid kita.
Kita kena kenal sifat darah haid(ada org coklat dulu,ada org tak ada coklat²)
Ada org kitaran haidnya hingga 15hari 15malam.


BILA KITA TERSEDAR PUKUL 2PAGI SUDAH TAK ADA DARAH HAID,APAKAH KITA PERLU MANDI WAJIB TENGAH MALAM ITU JUGA?
Kalau habis haid tengah malam,kita boleh mandi pukul 5.
Kalau kita mandi pukul 2 pagi takut akan menjadi kemudaratan pada badan.
Kalau kita tersedar pukul 2pagi dah tak ada darah haid,kita boleh bersihkan kemaluan dgn kapas.


APAKAH HUKUM BERSAMA DGN SUAMI TAPI BELUM MANDI WAJIB?
Sepatutnya mandi wajib dulu.
Kerana bersama dgn suami adalah berpahala.
Kalau haid bersih tengah malam dan boleh bersama dgn suami tapi bersihkan kemaluan terlebih dulu.


SEELOKNYA MANDI WAJIB TERLEBIH DULU.
Yg tidak dibenarkan ketika haid ialah bertemu antara zakar dan kemaluan.
Selebihnya masih boleh dilakukan(cth masih boleh berpeluk cium ketika haid).


SAYA BARU KEGUGURAN SEMALAM DAN BILA SAYA BOLEH SOLAT?
Ini dinamakan darah istihadhah.
Jika janin itu belum cukup sifat,maka 120hari ke bawah dikira haid.
Jika janin sudah cukup sifat,maka darahnya dikira darah nifas iaitu 40-60hari.


SEKIRANYA BERSETUBUH DIMALAM HARI,DIPAGI HARI KELUAR HAID DAN SELEPAS 7HARI,NAK MANDI WAJIB,BAGAIMANA NIATNYA,NAK NIAT MANDI WAJIB ATAU NAK NIAT MANDI JUNUB?
Boleh niat mandi hadas besar.
Tak sebut mandi sebab haid atau mandi sebab junub,tetap sah mandi wajib itu.
Yg paling penting ketika kita mandi,kita tahu kita sedang mandi wajib.
Niat itu apabila sudah terdetik dihati(kita nak mandi wajib),itu sudah dikira niat.


SAYA BERUMUR 46TAHUN,MENGALAMI BENGKAK DALAM RAHIM DAN MENGHADAPI HAID TIDAK TERATUR,BAGAIMANA NAK TAHU ITU DARAH HAID ATAU BUKAN?
Dalam kes ini...Jika keluar berselang seli,kita boleh mengikut Mazhab Syafie..Iaitu dikira hari pertama hingga ke15 itu adalah darah haid.
DAPATKAN RAWATAN DGN SEGERA.

KALAU SAYA SEDANG HAID,BOLEHKAH SAYA BACA AYAT² LAZIM?
Org dalam haid tidak boleh baca Al-Quran,membawa dan pegang Al-Quran.
Boleh baca ayat² lazim seperti 3qul dan diniatkan zikir.


DARAH NIFAS BIASANYA 40HARI DAN PALING LAMA 60HARI.
JIKA DARAH SUDAH BERHENTI SEBELUM 40HARI MAKA WAJIB MANDI DAN BOLEH TERUSKAN SOLAT SERTA PUASA.
NIFAS TIDAK PERLU QADA SOLAT.
KETIKA KELUAR DARAH ISTIHADHAH TETAP WAJIB SOLAT.

BETULKAH KENA SOLAT KETIKA SEDANG MENUNGGU KELAHIRAN?
Menurut Mazhab Syafie selagi belum berlaku kelahiran,wajib solat.
Dan jika darah keluar ketika kandungan belum cukup masa bersalin(7bulan)wajib solat.
Jika sudah bermula proses kelahiran,iaitu sudah keluar air ketuban berserta darah maka sudah tidak wajib solat.


APA HUKUM MELEWAT~LEWATKAN MANDI WAJIB?
Hukumnya adalah makruh.
Menjadi haram jika melewat-lewatkan mandi sehingga tertinggal waktu solat.


APAKAH PERLU MANDI WAJIB KETIKA DOKTOR MEMASUKKAN TANGAN DALAM RAHIM KETIKA NAK BERLAKU KELAHIRAN?
Tidak perlu mandi wajib.


DARAH HAID YG TIDAK TERATUR JUGA ADA KAITAN DGN GANGGUAN SYAITAN.

UTK MENGELAKKAN DARI GANGGUAN SYAITAN PADA RAHIM AMALKAN:

a) Alfatihah
b)3 Qul
3)Surah Al-Mukminun ayat 115-118.



___________________________________________________________________


JENIS-JENIS ISTIHADHAH


  • darah yg keluar kurang drp sehari semalam (had masa paling singkat haid)
  • darah yg keluar selepas 15 hari (had masa paling lama haid)
  • darah yg keluar sebelum usia mencukupi 9 tahun atau sesudah 62 tahun (umur putus haid menurut mazhab syafie)
  • darah yg keluar menyusul melebihi had masa paling lama nifas iaitu 60 hari menurut mazhab syafie 
  • darah yg keluar melebihi bilangan hari kebiasaan haid dan nifas bg seseorang wanita

___________________________________________________________________




MENZIARAHI ORANG SAKIT

Kelebihannya

عن ثوبان قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : *" عائد المريض في مخرفة الجنة حتى يرجع ."*

*Ertinya*:- Daripada Tsauban, berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: 
" _Orang yang menziarahi orang sakit (sentiasa) berada dalam kebun (sedang mengutip buah) syurga sehinggalah ia pulang._" 
 Hadits *SHAHIH*, _Riwayat Muslim 2568._

🔹 *Doa ketika menziarahi orang sakit*

🔸 *Doa 1*:
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi WaSallam bersabda (maksudnya): “ _Tiada seorang muslim yang menziarahi orang sakit yang belum sampai ajalnya, kemudian membaca doa ini tujuh kali nescaya disembuhkan penyakitnya itu:

*" أَسْأَلُ اللهَ الْعَظِيمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ أَنْ يَشْفِيَكَ. "*


*Erinya*: " _Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Arasy yang agung, supaya menyembuhkan engkau”. (tujuh Kali)._"
📘 Hadits *SHAHIH*. _drpd Ibnu 'Abbas, riwayat At-Turmudzi no. 2083 dan Abu Daud no. 3106._

🔸 *Doa 2*:
*" أَذْهِبْ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ، اشْفِ وَأَنْتَ الشَّافِي، لا شِفَاءَ إِلا شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لا يُغَادِرُ سَقَمًا "*

*Ertinya*: “ _Ya Allah! Hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia, sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada kesembuhan melainkan kesembuhan dari-Mu jua, sesuatu kesembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit_”. 
📒 Hadits *SHAHIH*, drpd 'Aisyah. _Riwayat al-Bukhari no. 5675.._

🔸 *Doa 3*:
*" لاَ بَأْسَ، طَهُورٌ إِنْ شَاءَ الله "*

*Ertinya*: “ _Tidak mengapa, semoga penyakit ini membersihkan dosamu, inSyaa’Allah_”. 
📗 Hadits *SHAHIH*, drpd Ibnu 'Abbas, _riwayat al-Bukhari no. 3616._

Ustaz Ismail AlBakabi

_________________________________________________________________________



Hukum Perempuan Memakai Seluar Panjang

Oleh : Syeikh Aminuddin bin Hj. Abd. Rahim (Jabatan Mufti Kedah)

(1) Menurut Syeikh 'Atiyyah Shaqr (Mantan Pengerusi Lujnah Fatwa Al-Azhar Al-Syarif) :

"Sebenarnya, pada dasarnya seluar panjang itu lebih kemas menutup aurat lelaki dan perempuan, dan tidak ada aib cela pada seluar panjang yang dipakai mereka sekarang ini, cuma bagi perempuan pula, ia mampu menonjolkan/memperlihatkan anggota badan serta punggungnya dengan rupa yang menggiurkan, walaupun tidak berwarna-warni. Tetapi jika di luar seluarnya itu ada kain lain yang menutupi anggota-anggota badan yang menimbulkan fitnah, serta menghalangi bentuk rupanya (daripada dilihat dan diketahui orang lain), maka sudah tentu hukumnya tidak mengapa." (Mausuah Al-Usrah m/s 99)

= = = = =

(2) Menurut Profesor Dr. Wahbah al-Zuhaili (Pengarang Kitab Al-Fiqhul Islami Wa Adillatuh) dalam bukunya Fatawa Mua'sirah muka surat 191, ketika ditanya tentang hukum gadis atau perempuan memakai seluar panjang, Ia menjawab: Hukumnya haram kerana ia sempit (ketat) yang boleh menampakkan bentuk badan yang boleh menimbulkan fitnah. Begitu juga kerana ia menyerupai lelaki, dan Allah Subhanahu Wa Ta'ala melaknat perempuan-perempuan yang menyerupai lelaki. Akan tetapi jika ia memakai pakaian diluarnya (baju atau jubah), dengan syarat pakaian luar itu longgar serta menutupi seluar, dan (pakaian luar itu) labuh sehingga ke paras bawah lutut, maka hukumnya harus.

Soalan :
Adakah wanita harus memakai seluar panjang?

Jawapan (Dr. Wahbah al-Zuhaili):
"Haram bagi wanita memakai seluar panjang kerana ia ketat dan menampakkan susuk tubuhnya. Dan juga kerana ia menyerupai lelaki, dan Allah Subhanahu Wa Ta'ala melaknat wanita-wanita yang menyerupai lelaki. Tetapi jika wanita itu memakai baju (luar seperti jubah) yang menutupi di atas seluar itu sehingga (menutupi) sampai ke bawah dari paras lutut, maka diharuskan kerana illat pengharaman itu sudah tiada ketika itu."(Fatawa Mu'ashirah m/s 191)

= = = = = 

(3) Menurut Syeikh Ismail Usman Zain al-Yamani al-Makki (Ulama Besar Mazhab al-Syafii di Tanah Suci Mekah al-Mukarramah), perempuan yang memakai seluar panjang (namun) di atasnya (yakni diluarnya) ada pakaian (baju atau jubah) yang labuh (dan menutupi seluarnya) hingga sampai ke lutut, kemudian seluar tersebut mampu dilihat oleh orang lain hanya dari paras lutut hingga ke kaki sahaja, maka hukumnya tidak haram (yakni harus), dengan syarat seluar (yang kelihatan di bawah lutut) itu tidak jarang atau ketat sehingga menampakkan kecantikan tubuhnya kerana ia termasuk dalam hadis perempuan yang berpakaian tetapi telanjang. Alasannya kerana seluar bukanlah pakaian yang hanya khusus bagi lelaki. Cuma yang haram bagi perempuan ialah membuka auratnya atau sebahagian auratnya dihadapan lelaki ajnabi.

Hukum wanita memakai Seluar Panjang

Soalan :
Apakah pendapat tuan terhadap wanita yang memakai seluar panjang dan juga memakai baju yang labuh di atasnya (menutupi seluarnya) sehingga (menutupi) sampai ke paras lutut, dan seluar panjang tadi hanya boleh dilihat (oleh orang lain di) bahagian bawahnya saja, adakah ia termasuk dalam ertikata haram seorang wanita memakai pakaian lelaki atau sebaliknya?

Jawapan (Syeikh Ismail Usman Zain al-Yamani al-Makki ):
"Pakaian seperti ini tidak haram ke atas wanita untuk memakainya selagi pakaian itu tidak jarang ataupun ketat yang boleh menampakkan susuk tubuhnya yang cantik, kerana yang demikian (jika ketat maka) termasuk dalam  hadis "berpakaian tetapi bertelanjang" kerana ia (seluar itu) bukan dikhususkan kepada lelaki sahaja, tetapi haram ia membuka auratnya atau separuh daripada auratnya di depan lelaki ajnabi." (Qurratu 'Ain m/s 233)

= = = = = 

Tambahan Penulis:
Daripada penjelasan para ulama di atas, maka perempuan yang memakai seluar ketat sedangkan bajunya pula singkat (tidak labuh hingga ke bawah lutut untuk menutupi seluarnya), hukumnya adalah haram kerana menampakkan punggungnya.

Kitab : Syarat-syarat Pakaian Muslimah Ketika Keluar Rumah (Syeikh Aminuddin bin Hj. Abd. Rahim)

==============

SUMBER: iluvsunnah.blogspot.my


_________________________________________________________________________


Siapa yg beruntung? Tulisan Ustaz Ebit Lew

Seorang kawan saya baru kahwin jumpa seorang alim. Ustaz tanya macam mana perkahwinan kamu? 

Alhamdulillah ustaz. 
Isteri saya seorang yang taat. Baik sangat. Isteri idaman. Semua dia buat di rumah. 
Makan minum, pakaian, rumah semuanya terurus. Semuanya cantik. Dijaga saya baik-baik. Saya tak sempat buat apa-apa. 
Dia rajin sangat.. untung tak saya ustaz?

Jawab ustaz tadi. Isteri kamu yang untung. 
Dia bakal ahli syurga tinggi. Dia hebat. Dia tunaikan semua hak kamu. Dari cerita kamu. 

Kamu rugi sebab kamu tak dapat khidmat kepada isteri kamu. Sepatutnya berlumba khidmat. Berlumba siapkan sahur. Berlumba bangun awal tahajud. Berlumba buat baik. 

Perkahwinan ialah berlumba memberi. Bersama-sama buat semua perkara. Saling bertolak ansur. Berlumba beri nasihat. Berlumba kata saya salah. Berlumba kata i love u. Berlumba gembirakan pasangan kerana ALLAH. 

Jika asyik orang berkhidmat pada kita. Periksalah mungkin kita semakin jauh dari kebaikan dan hati yang bersih. 
Jika kita sibuk bekhidmat itulah jalan Nabi saw dan sahabat. Orang suka khidmat dapat kasih sayang ALLAH.... 

-Ustz.Ebit Lew


No comments:

Post a Comment

SHARE IT