THANK YOU FOR FOLLOWING NORZI

.
.

.

.

.

.

SPONSORED ADVERTISEMENT

.

RESEPI SAMBAL TOMATO

Koleksi My Resepi  - Resepi Sambal Tomato 




Resepi mudah sambal tomato 

Bahan-bahan
2 biji tomato segar
Sebiji limau nipis
Cili padi 5 biji (kalau nak lagi pedas tambah banyak-banyak cili padi)
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Belacan 5cm
Sebiji bawang

Cara penyediaan sambal tomato 
1. Panaskan minyak, goreng 2 biji tomato segar selama 1-2 minit (api jangan terlalu kuat).

2. Garam, gula, bawang merah, belacan, cili padi ditumbuk hingga halus dan kemudian masukkan tomato yang telah digoreng tadi dan tumbuk bersama. 

3. Setelah selesai ditumbuk, masukkan ke dalam mangkuk. 

4. Perahkan sebiji limau nipis ke atas sambal tomato tadi.

Jika suka, anda boleh juga potong dadu tomato tersebut dan campurkan dalam bahan lain yang telah ditumbuk tadi. Sambal tomato biar cair sedikit. Baru ada umhhh..



Resepi mudah untuk makan malam dan juga makan tenghari .
Terima kasih kepada yang sudi berkongsi resepi . Rujukan utama walau di mana sahaja. Semoga usaha mendigital / merakamkan resepi ini  bermanfaat kepada yang lain. Terima kasih kelada yang berkongsi resepi di medan resepi Telegram...

No comments:

Post a Comment

SHARE IT