.

THANK YOU FOR FOLLOWING NORZI

.
.

.

.

.

.

SPONSORED ADVERTISEMENT

PETUA MUDAH MENGHALAU LALAT DI DAPUR



*Petua Mudah Menghalau Lalat Di Dapur*

Macamana ya cara untuk menghalau lalat?
Lalat kotor tau , sebab kaki dia menghinggap sana sini. Jom tengok petua / tips ni supaya lalat tak datang...

*JIKA TIDAK MEMPUNYAI DAUN BAWANG, BOLEH JUGA MENGGUNAKAN DAUN SUP SEBAGAI GANTI.*

Kebanyakan kaum ibu pastinya rimas dan terganggu jika dapur didatangi lalat. Walaupun cuma seekor dua yang berterbangan, rasa rimas tu ibarat ada banyak lalat di sana sini. Nak guna penyembur kimia, takut terkena bahan masak pula. Cuba petua dibawah ini. Ia bebas bahan kimia dan hanya menggunakan bahan masakan yang ada di dapur kita. Antara yang anda perlukan ialah:



*BAHAN-BAHAN:*
4 pokok daun bawang yang masih berakar
Bekas tinggi ( seperti botol air mineral yang dipotong muncungnya)
Sedikit air



*CARA-CARA:*
1. Isi bekas dengan sedikit air. Jumlah air adalah anggaran menutupi bahagian akar pokok daun bawang.
2. Masukkan daun bawang dan pastikan bahagian akarnya terkena air. Ia bagi memastikan daun bawang kekal segar.
3. Letakkan botol berisi daun bawang di atas meja dan biarkan selama 2 hari. Aroma dari daun bawang akan menghindari lalat dari mendekati ruang memasak anda.


Selamat mencuba!


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


No comments:

Post a Comment

SHARE IT