.

THANK YOU FOR FOLLOWING NORZI

.
.

.

.

.

.

SPONSORED ADVERTISEMENT

BUAT TOPENG MUKA HAIWAN : RAMA-RAMA

Assalamualaikum, mood update hasil kerja seni anak Norzi... alhamdulillah hasil kerja banyak, semangat update tinggi dan sentiasa mencari ruang untuk update. Macamana nak buat topeng?


Tujuan buat topeng ini kerana ini adalah salah satu matapelajaran tahun 2 iaitu Dunia Seni Visual KSSR Tahun 2: menghasilkan topeng haiwan . Tema haiwan kali ini adalah haiwan dalam kategori yang jinak iaitu rama-rama. Macamana nak buat topeng haiwan ni? Senang aje... ada 3 aktiviti  sahaja..melukis, menggunting dan mewarna. 

Dahulu (throwback) Norzi pernah ajar Fatimah untuk buat topeng muka lembu di sini. Kali ini Razin perlu buat topeng haiwan juga, tapi rama - rama. Budak lelaki tak suka entiti yang melambangkan lembut , jadi dia asik bercakap nakkan topeng rama-rama tapi nampak ganas dan macam ala-ala transformers. Cemana tu.. pening juga dengar kehendak yang dia reka ni..

Lepas ni mungkin akan ada lagi untuk topeng tema  haiwan jinak lain macam arnab , atau topeng muka haiwan liar seperti harimau, singa, beruang dan macam-macam lagi dan semestinya fun sangat menghasilkan kerja seni ni.. kami suka..

Jom layan langkah-langkah atau tutorial ringkas untuk buat topeng kertas ni. Diulangi aktiviti yang dilakukan adalah 3 aktiviti utama : melukis, menggunting, mewarna. Ianya sangat mudah..

Langkah pertama , lukiskan bentuk , Oleh kerana rama-rama berbentuk symmetrical, jadi lipatkan dua kertas , dan lukis di sebelah bahagian sahaja. Kemudian teruskan menggunting hingga selesai. Norzi ajar dan dedahkan cara ni pada Razin. Kita mula gunting sedikit dan minta dia teruskan menggunting sendiri. Kalau ada sedikit ketidaksempurnaan , perlu di maafkan kerana mereka masih kecil dan mereka tidak nampak apa yang kita nampak . Di sinilah proses pembelajaran bermula. 


macam mana nak buat topeng haiwan
Siap gunting!


topeng haiwan sekolah tahun 2 kssr
Topeng yang telah siap di gunting. Terus bentukkan mata dan kemasan lain

Norzi selalu pesan dengan anak-anak , melukis hanya perlu ambil beberapa minit sahaja, dan mewarna mengambil lebih banyak masa dan usaha yang lebih diperlukan untuk menyelesaikan satu-satu kerja seni sekolah. Jadi jangan ambil terlalu banyak masa untuk melukis, cukup sekadar lukisan ringkas dan halus (sketch).


topeng transformers in da making
proses mewarna kini bermula


Boleh gunakan sebarang jenis warna. Pensil warna lebih 

mudah digunakan selain lebih kemas. Razin gunakan pensil warna STAEDTLER kecil tu je. Yang pendek ni cepat habis dan cepat juga hilang. Setahun berkali-kali beli pensil warna.
Mewarna topeng 

Proses mewarna menuntut konsentrasi dan komitmen.



Kerja mewarna hampir selesai
Boleh juga gunakan  kurecolor marker jika ada. Boleh juga gunakan artline untuk kemasan akhir. Tips lain , sila pilih kombinasi warna yang sesuai dan mengikut tema yang anda inginkan. 


Topeng rama -rama yang garang dah siap . Razin suka sangat dengan hasil kerjanya





topeng rama rama yang mudah untuk pelajar tahun 2
tada.. dah siap topeng rama-rama garang

Inilah hasil topeng nya. Selain Razin suka , Khalisah pun sangat hasil kerja ini... mama lagi la suka :) .  
Semoga bermanfaat untuk rujukan.


Salam ceria 
Norzi~




NORZI ART & CRAFT  HOUSE
Kepada yang berminat untuk memberikan anak-anak anda pendedahan dan pengalaman eksplorasi seni creative , meningkatkan pengetahuan , pemahaman asas art and craft atau di kenali sebagai 'fundamental concept' dan 'hands-on' bagi setiap subject matter art and craft anjuran NORZI ART & CRAFT  HOUSE ,  ibu bapa boleh membuat temujanji dengan menghubungi  Norzi di talian 019.3177.872 untuk kelas art and craft  bagi beberapa sesi berikut :

a)sesi malam-weekdays
b)sesi hujung minggu (pagi / petang) weekends
c)sesi musim cuti sekolah

Lokasi Puchong

Rujuk hasil kerja seni lain (art fun and learning process)

Art and craft  /  Seni 2   :Topeng Lembu
Art and craft / Seni 3 :Tempat letak pensel dari bahan terbuang
Art and craft  /  Seni 4   : Alas meja menggunakan teknik capan
Art and craft  /  Seni 5   :  Lukisan Dasar Laut Teknik Capan
Art and craft  /  Seni 6 : Lukisan dan warna seni laut dalam
Art and craft  /  Seni 7 :Seni wayang kulit Anna Muslim


Dan banyak lagi...
seni kreatif kanak kanak seni kreatifseni kanak-kanakkanak-kanak kreatifkembara seni kanak kanak  kelas art and craft musim cuti sekolah 

topeng muka topeng muka binatangtopeng muka haiwan gambar topeng muka haiwan contoh topeng muka haiwan lukisan topeng muka haiwanCara Membuat Topeng Kertas Sendiri tutorial lukis dan buat sendiri topeng kertas untuk budak sekolah rendah pendidikan seni visual Cara buat topeng binatang ala muka transformer topeng muka haiwan, topeng muka arnab,topeng muka harimau, topeng muka semut, 

No comments:

Post a Comment

SHARE IT