THANK YOU FOR FOLLOWING NORZI

.
.

.

.

.

.

SPONSORED ADVERTISEMENT

.

TUTORIAL CARA PASANG IKLAN NUFFNANG DI BLOG

[Ini adalah tutorial ringkas cara-cara pasang iklan Nuffnang di blog.] Assalamualaikum, salam sejahtera untuk semua pelanggan, pembaca dan pengunjung , terima kasih kerana sudi singgah, singgah dan singgah lagi untuk kesekian kalinya di blog Norzi Beautilicious House. Hari ini Norzi ingin kongsikan cara-cara memasang iklan Nuffnang di blog.

Sekiranya anda mempunyai blog, maka anda boleh menggunakan blog untuk pelbagai aktiviti menulis blog, memasang iklan dan lain-lain mengikut kesesuaian. Blog anda mungkin berpotensi untuk pergi lebih jauh, tanpa anda sedari.Jika tidak hari ini, esok lusa siapa tahu. Bak peribahasa, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.. kerana ini akan sangat-sangat berbalik kepada rezeki dari yang Satu.


Sebelum kita teruskan lagi, suka Norzi kongsikan tentang Nuffnang. Barangkali rakan-rakan telah maklum bahawa Nuffnang adalah salah satu rangkaian pengiklanan blogger yang terbesar dari Asia - Pasifik dan Australia. Nuffnang telah dilancarkan pada tahun 2006 dan telah bekerja dengan lebih satu juta blogger di seluruh dunia . Sebab itu rakan-rakan boleh melihat kebanyakan blogger memasang iklan Nuffnang sebagai pilihan mereka sebagai salah satu cabang untuk menjana wang daripada blog . Maksud Norzi adalah, anda tidak perlu buat apa-apa, ianya satu proses sewa tapak di blog anda untuk peluang menjana pendapatan secara maya dan sekiranya anda telah berpuas hati dengan jumlah yang ada, anda boleh segera cash out kan jumlah pendapatan anda dan cek atas nama yang anda daftarkan akan tiba lebih kurang satu bulan dari tarikh cash out.

Baiklah cukuplah sedikit pengenalan untuk kali ini. Norzi ingin teruskan degan tutorial memasang iklan Nuffnang.


Langkah 1:
Pastikan anda mempunyai blog.


Langkah 2:

Teruskan ke url : www.nuffnang.com.my

Terus ke webpage Nuffnang untuk pendaftaram



Langkah 3:
Sign up seperti biasa

Sign up jika  belum pernah berdaftar, Log in jika telah pernah berdaftar dengan Nuffnang




Langkah 4: 
Jika ingin teruskan dengan Sign up, Register seperti page di bawah.

Masukkan semua maklumat berkaitan









Langkah 5:
Bila dah selesai pendaftaran, login , daftarkan nama blog untuk dapatkan code pasang tapak iklan.
Masukkan nama blog , tekan next hingga selesai.






Langkah 6:
Selesaikan Surver , Ad Types dan Placement. Placement adalah kedudukan tapak iklan.





Langkah 7:
Di bahagian placement , pilih lokasi untuk sidebar, bahagian atas , bawah..

Yang paling penting anda perlu copykan code yang telah diberikan. Setiap satu placement , anda perlu copy code yang berbeza kerana ianya datang dengan pelbagai size mengikut placement. 





Langkah 8 : 
Langkah terakhir  adalah memasukkan kod yang diambil dari bahagian placement tadi ke dalam blog anda. Pergi ke Layout, select HTML masukkan code dan pasang di lokasi yang telah anda tetapkan seperti  di langkah 7. Jangan lupa tekan 'save' ya..dan boleh 'view blog'. Iklan akan mula bermain di blog anda.



Iklan Nuffnang
Sebelum Norzi akhiri , Norzi  ingin sharekan statistik pencapaian blog Norzi Beautilicious House daripada CPUV (Cost per Unique visit)

Alhamdulillah ada beberapa iklan bertapak di blog Norzi sekarang. Semoga lebih banyak iklan bertapak dan jangan lupa klik klik klik kerana biasanya iklan di blog selalu memberikan barang percuma  hanya dengan membuat pendaftaran secara online. Kepada yang belum pasang, boleh sahaja terus pasang iklan Nuffnang ya. 




Iklan CPUV di Norzi Beautilicious House



Sampai sini dahulu,
Semoga ini membantu.
Salam ceria dari Norzi.







No comments:

Post a Comment

SHARE IT