THANK YOU FOR FOLLOWING NORZI

.
.

.

.

.

.

SPONSORED ADVERTISEMENT

.

TIPS MENYUSU BAYI ATAU MENGEPAM SUSU SEMASA DI DALAM PERJALANAN PENERBANGAN

Norzi Beautilicious House kini berkongsi beberapa tips penyusuan bagi semua ibu yang di dalam perjalanan menaiki penerbangan. Bolehkah para ibu mengepam atau menyusukan bayi dalam penerbangan? Jawapannya tentu sahaja Ya, dengan syarat anda memenuhi kriteria yang menyukong aktiviti menyusu atau mengepam. 

Kerusi di dalam penerbangan. Rancang proses penyusuan sebelum memulakan perjalanan.


Perancangan rapi sebelum memulakan perjalanan dengan kapal terbang adalah penting. (pic source) 


Perkara utama yang perlu diutamakan oleh ibu-ibu adalah dengan merancang. ya.. ibu-ibu perlu merancang terlebih dahulu.. Pakaian, peralatan, persekitaran dan lain-lain perlu diberikan perhatian sebelum memulakan perjalanan. Pertama sekali para ibu tentulah perlu memakai pakaian yang mampu menyokong proses  mengepam atau menyusukan bayi dalam penerbangan atau jika menaiki kereta, bas atau keretapi juga.. sama sahaja konsepnya, pakaian anda perlulah yang memudahkan proses menyusu. Bahagian tengah baju yang berbutang memudahkan capaian di bahagian payudara, selain alat tambahan seperti cover untuk nursing juga adalah digalakkan di bawah bersama untuk menutupi bahagian dada bagi menjamin keselesaan anda dan bayi anda sepanjang perjalanan.

Sekiranya anda ingin atau perlu mengepam susu di dalam penerbangan, maka sekali lagi di ingatkan memakai pakai pakaian yang menyokong proses mengepam ( breast feed / breast pump friendly) kerana ini adalah perkara asas sebelum langkah seterusnya di lakukan. . - Sila rujuk koleksi baju menyusu / nursing / breastfeed friendly collections  di sini   sekiranya anda berminat mendapatkan koleksi baju menyusu. Memakai pakaian yang mesra penyusuan dijamin akan memudahkan aktiviti menjayakan proses menyusu. Para ibu yang berminat mendapatkan hiders atau cover nursing juga boleh lihat semua koleksi di sini . Cover ini bertujuan bagi melindungi dada daripada pandangan umum semasa  menyusukan anak atau mengepam susu.




Tips penting -selain memikirkan pakaian sepanjang perjalanan di dalam penerbangan, anda juga perlu memikirkan beberapa perkara lain yang menyokong keselesaan untuk menyusu atau mengepam susu sepanjang perjalanan. Tips seterusnya yang perlu di ambil berat oleh para ibu, digalakkan menempah tempat duduk di tepi tingkap kerana ini  akan memberikan anda lebih sedikit ruang dan privasi.


Memahani susun atur kerusi dan memilih kerusi atau membeli kerusi ikut keperluan privasi anda adalah antara yang terbaik.  (pic source)


Selain itu, jika masih tidak selesa, pilihan lain yang boleh di buat adalah untuk menyusukan atau mengepam dalam tandas kapal terbang, walaubagaimana pun , situasi ini kurang higenic, ianya sangat bergantung kepada penilaian para ibu, keperluan dan keadaan semasa. Norzi , sebagai seorang ibu yang pernah menyusukan bayi, secara peribadi  lebih sukakan privasi tambahan,  pilihan  yang cenderung ke arah sangat keselesaan dan kebersihan adalah sesuatu yang diutamakan dalam semua perkara. Walaubagaimanapun, pilihan-pilihan ini bukanlah selalu ada di setiap masa. Oleh itu, persediaan awal perlu di lakukan oleh ibu-ibu yang sedang menyusukan bayi supaya perjalanan anda  menjadi perjalanan yang aman, tenang , tersusun rapi , sentiasa dalam keadaan bersedia dan akhir sekali ianya akan menyenangkan anda.



Tips seterusnya adalah jangan lupa untuk membasuh tangan anda atau menggunakan sanitizer tangan sebelum mengepam atau mengendalikan peralatan mengepam susu anda. Ini disebabkan anda berada di dalam kapal terbang dan sebelum sekitar lapangan terbang, anda sebenarnya terdedah kepada lebih banyak kuman kerana manusia yang ramai silih berganti menggunakan kapal terbang dan lapangan terbang yang sama, maka kebersihan tangan sangat-sangat penting sebelum anda memulakan proses menyusukan bayi anda atau mengepam susu anda.


sebelum memulakan proses menyusu , sila basuh tangan
Basuh tangan sebelum anda memulakan proses menyusu (sumber gambar)

Jika anda mengepam anda mungkin perlu menunggu sehingga selepas kapten penerbangan telah membenarkan penggunaan peranti elektronik selepas berlepas. Jika anda menyusukan anak atau  yang melancong dengan bayi di atas riba anda, anda wajar mempertimbangkan untuk memberi bayi anda makan semasa berlepas atau mendarat untuk membantu melegakan tekanan dalam telinga bayi anda. 

Nota: Berdasarkan pembacaan , suka dikongsikan bersama para ibu bahawa air di dalam kapal terbang mempunyai kebarangkalian yang tinggi mengandungi bakteria koliform, oleh itu para ibu tidak digalakkan   untuk membersihkan peralatan mengepam  atau botol dengan air di dalam penerbangan kecuali menggunakan air botol bagi tujuan membersihkan peralatan mengepam anda .

Selamat melancong!
Norzi ~

No comments:

Post a Comment

SHARE IT