THANK YOU FOR FOLLOWING NORZI

.
.

.

.

.

.

SPONSORED ADVERTISEMENT

.

TIPS BERPAKAIAN UNTUK ORANG KURUS

Tips memilih pakaian untuk orang kurus

Menjadi seorang yang kurus adalah menjadi idaman kebanyakan wanita. Kurus yang sihat dan dengan potongan badan yang cantik sering menjadi subjek utama. Walaubagaimanapun, terdapat segelintir yang sejak kecil lagi memiliki badan yang kurus. Jika terlalu kurus bukanlah sesuatu yang di inigini kerana badan yang terlalu kurus akan memberi kesan cengkung dan dikhuatiri boleh memperlihatkan seolah-olah tidak sihat. 

Berdasarkan penulisan oleh Nor Afzan Mohd Yusof , Perunding imej, Peter Lum, berkata elemen gaya perlu diberikan perhatian wanita kurus ialah bagi membuatkan tubuh kelihatan lebih berisi.

Katanya, aspek paling perlu dititikberatkan adalah aspek warna dan motif. Sekiranya gandingan dua elemen ini tepat, individu kurus akan kelihatan lebih berisi. Sekiranya pemilihan elemen itu tidak betul, maka individu bukan saja kelihatan kurus, sebaliknya mungkin lebih `kering'.

"Pakaian warna hitam tidak digalakkan kerana ia `menyerap' segala cahaya menyebabkan tubuh kelihatan lebih kurus. Malah, mereka digalakkan mengenakan pakaian berwarna cerah atau terang kerana ia tidak menyerap cahaya," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.



Jubah Denim


Kata Lum, beberapa perkara diwarisi secara genetik seperti kurus tinggi atau rendah, sememangnya tidak boleh diubah, tetapi padanan tepat boleh memberikan perubahan menakjubkan.

"Dengan tip berguna, anda akan mempunyai kurang masalah dalam memilih pakaian terbaik untuk dipadankan dengan jenis badan. Perlu diingat, tiada siapa sempurna, termasuklah peragawati atau model.

"Bagaimanapun, dengan menggunakan beberapa helah kecil, anda boleh berasa lebih selesa dan yakin untuk bergaya. Usah takut mencuba dan bermain dengan tekstur, warna dan reka bentuk dalam mencari sesuatu yang benar-benar berkenan di hati," katanya.


Norzi secara peribadi berpendapat dalam aspek pemilihan pakaian, orang kurus sesuai memilih baju yang longgar dan tebal. Contohnya , baju yang diperbuat daripada kain denim , cotton tebal, jeans dan chiffon lining adalah sangat sesuai. 
Selamat memilih pakaian yang sesuai.




No comments:

Post a Comment

SHARE IT