THANK YOU FOR FOLLOWING NORZI

.
.

.

.

.

.

SPONSORED ADVERTISEMENT

.

SAKIT PINGGANG KETIKA MENGANDUNG

Semasa mengandung, semakin hari perut semakin membesar. Adalah satu kebiasaan beberapa masalah yang dirasai ketika mengandung. Antara sakit ketara yang di rasai adalah sakit pinggang. Sakit pinggang memang amat sukar diatasi lebih - lebih jika seseorang itu pernah terjatuh, terseliuh dan seumpamanya sebelum mengandung. Pada masa mengandung ini , ibu-ibu mudah merasa sakit pinggang, lebih lebih lagi apabila perlu berjalan atau berdiri dengan lama.


Punca-punca sakit pinggang
Antara punca utama sakit pinggang ketika mengandung adalah disebabkan tindakan hormon yang melembutkan ligamen-ligamen , iaitu berkas gantian yang menghubungkan bahagian-bahagian badan seperti tulang dengan tulang dan sebagainya ada yang tegang kerana gaya atau posisi tubuh yang tidak baik. Bahu yang tegang atau belakang dan otot-otot abdomen yang lemah berkemungkinan juga menyebabkan sakit belakang.


keadaan pelvic salah satu punca sakit pinggang ketika mengandung (sumber)



Langkah-langkah pencegahan
a) Untuk mencegah sakit pinggang , otot-otot anda perlu melakukan dengan gerakan tulang punggung secara perlahan-lahan , renggangkan kaki dan bengkokkan lutut, ketatkan punggung dan halakan tulang punggung ke atas kemudian ke bawah dengan gerakan yang perlahan. 

b) Kaedah pencegahan yang seterusnya adalah dengan tidur di atas tilam yang teguh, jangan lupa pusingkan tubuh anda ke sisi sebelum bangun.

c) Elakkan daripada memakai kasut bertumit tinggi kerana kasut yang sedemikian akan mengubah kedudukan pelvis atau tulang punggung , mempengaruhi kedudukan tubuh dan menyebabkan ketegangan.

d) Sekiranya anda berasa sakit di bawah tulang-tulang bahu, cuba pakai coli yang besar atau buka cangkuknya . Pusingkan bahu anda secara perlahan untuk mengurangkan ketegangnan dan mengendurkan otot-otot di belakang. Jika sakit jauh ke bawah, terutama pada satu sisi, maka jagalah postur atau bentuk tubuh anda. Jika sakit di pelvis atau tulang punggung, cuba gunakan bengkung (gerdle) penyokong kehamilan jika terasa sangat sakit atau apabila anda terpaksa berdiri lama. menggerak-gerakkan pelvis atau tulang punggung boleh juga membantu sakit pinggang anda.




  Sentiasa bersenam bagi mengelakkan sakit pinggang (Sumber)

Cara menghilangkan Sakit semasa Mengandung

Antara kaedah yang boleh digunakan  untuk menghilangkan sakit pinggang semasa mengandung adalah dengan melakukan beberapa perkara seperti di bawah ;
a) Cuba berdiri dengan lurus 
b) Elakkan berdiri terlalu lama dalam satu kedudukan. Beralih-alih mengikut keselesaan . 
c) Jika cara kerja anda memerlukan anda untuk berdiri dalam satu tempoh yang lama, sentiasa berubah dari satu tempat untuk melegakan kesakitan pinggang anda. Cari peluang untuk duduk seketika kerana kaki anda perlu menampung berat badan anda dan perut yang membesar dan cuba untuk berjalan-jalan pada waktu makan tengahari .





No comments:

Post a Comment

SHARE IT