THANK YOU FOR FOLLOWING NORZI

.
.

.

.

.

.

SPONSORED ADVERTISEMENT

.

TIP MENURUNKAN BERAT BADAN

Saban hari , semakin ramai sedar akan pentingnya menurunkan berat badan. Badan yang berlebihan berat boleh mendatangkan pelbagai kesukaran dan kemudaratan. Contohnya , melambatkan pergerakan, cepat berasa mengah dan berasa tidak fit untuk melalukan pelbagai perkara.  Sekiranya anda mencari penyelesaisan untuk mengurangkan berat badan, lakukanlah dengan mengambilkira semua tip, petua, cara yang benar-benar berkesan dan yang paling penting ianya adalah cara yang sihat. Sekiranya terlalu cepat tetapi tidak sihat juga akan mendatangkan masalah di kemudian hari. Oleh itu, ada baiknya memilih kaedah mengurangkan berat badan dengan cara atau kaedah seperti berikut :

Mengawal pengambilan makanan setiap hari

Membanyakkan minum air masak
Memperbanyakkan pengambilan sayur hijau dan buah-buahan 
Mengurangkan pengambilan nasi setiap hari
Bersukan atau mengikuti mana-mana kelas zumba/ fitness centre / gym dengan konsisten
Berpuasalah dengan niat melakukan amal ibadah kerana Allah iaitu  berniat melakukan puasa-puasa sunat.  Selain mendapat pahala berpuasa sunat, kita juga dapat mengawal dari mengambil banyak makanan.


Pengambilan buah-buahan dalam diet seharian          
                                                                      sumber gambar 



Selain dari tip-tip di atas, terdapat satu tip yang boleh anda lakukan setiap kali anda dipelawa makan. Ianya mempunyai unsur humor .  Cara untuk turunkan berat badan adalah dengan 'pusingkan kepada ke kiri dan ke kanan . Ulang senaman ini setiap kali kamu di pelawa makan. Lucu tetapi sangat praktikal!





Setiap usaha dalam mendapatkan berat badan yang ideal menuntut masa dan usaha. Oleh itu, jangan mudah berputus asa . Bagi ibu-ibu yang sedang hamil atau mengandung,anda pula sangat  memerlukan mengambil makanan seimbang kerana keperluan untuk membekalkan makanan kepada bayi anda juga. Badan yang naik sepanjang proses kehamilan biasanya akan pulih semasa proses penyusuan dan juga semasa berpantang selama 44 hari. Pengambilan makanan yang  tersusun diiikuti dengan pengambilan jamu mampu mengembalikan bentuk badan asal seseorang. 

Sentiasalah memberikan perhatian terhadap berat badan anda. Semoga berjaya dalam usaha mengawal berat badan - dan memperoleh berat badan yang paling ideal . 

Salam ceria,
Norzi ~




            

No comments:

Post a Comment

SHARE IT