THANK YOU FOR FOLLOWING NORZI

.
.

.

.

.

.

SPONSORED ADVERTISEMENT

.

KHASIAT DAN KEBAIKAN MANJAKANI



Manjakani adalah jamu  tradisional yang sangat sinonim dengan kaum wanita. Manjakani sangat terkenal dengan khasiat dan kebaikannya, yang sangat bermanafaat untuk kaum hawa. Untuk tujuan memulihkan kesihatan dalaman, kaum wanita digalakkan mengamalkan pengambilan manjakani. Ini telah terbukti berkesan kerana pengambilan manjakani adalah dari turun temurun generasi dahulu. Para ibu yang di dalam proses berpantang digalakkan mengambil manjakani bagi memulihkan kesihatan dalaman.







manjakani asli



Di petik dari artikel Mingguan Wanita 1 Mac 2004 Kajian menunjukkan bahawa manjakani adalah kaya dengan tannin, asid tanik, antioksidan, vitamin (terutama vitamin A dan C), kalsium, besi, serat, protein dan karbohidrat. Selain itu ia juga mengandungi unsur-unsur seperti astringen, anti-microbial dan anti-radang. Kandungan taninnya yang tinggi menyebabkan manjakani digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional, terutama untuk penggunaan selepas bersalin bagi mengetatkan rahim dan otot vagina yang mungkin kendur ataupun longgar akibat proses bersalin. Kajian membuktikan bahawa unsur astringen dalam manjakani dapat membantu mengencangkan otot dinding vagina dan mengembalikan keanjalan.






                 buah manjakani



Berikut adalah antara kegunaan manjakani dalam perubatan:- 

1) Awet Muda : Antioksidan dalam manjakani boleh melambatkan proses penuaan sel. 

2) Pencegahan Kencing Manis : Asid galik boleh mencegah kencing manis dan lelah. 

3) Pencegahan barah payudara dan rahim : Antioksidan dalam manjakani boleh mencegah barah buah dada dan barah rahim. 


4)Pencegahan bau yang tidak diingini : Oleh kerana manjakani bersifat astringen, ia boleh membasmi bakteria dan kuman yang mengakibatkan bau yang tidak selesa pada faraj. 


5) Merawat otot-otot di dalam faraj : Tannin yang terdapat di dalam manjakani mempunyai sifat menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan menyebabkan faraj menjadi sempit semula.


6) Mengawal lendir dan lelehan faraj : Astringen juga mampu menyerap segala lendir dan lelehan pada faraj yang boleh menyebabkan bau yang tidak selesa. 


7) Membersihkan lelehan haid dan nifas : Astringen juga mampu menyerap lebihan darah haid dan nifas. 


8) Mengecutkan semula tisu-tisu : Astringen juga mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutamanya selepas bersalin. 


9) Menegangkan dan mencantikkan kulit : Astringen dalam manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat. 


10) Mata yang sihat : Astringen terbukti dapat memberikan penglihatan yang jelas kerana ia mengecutkan tisu-tisu pada mata. 

11) Rawatan payudara : Oleh kerana manjakani mempunyai sifat-sifat menegangkan kembali otot-otot, maka amalan meminum minuman bermanjakani dapat memperbaiki payu dara yang telah hilang kekenyalannya. 
12) Gigi dan tulang : Kalsium dalam manjakani boleh membantu menguatkan gigi dan tulang. 

13) Mulut : Astringen dalam manjakani mengekalkan kebersihan mulut.

14) Kulit kering dan berminyak : Astringen juga dapat mengawal kulit kering dan berminyak.

15) Perawatan kronik ulser : Amalan meminum minuman manjakani juga boleh merawat kronik ulser.

16) Pelbagai khasiat makanan : Disebabkan manjakani mempunyai serat makanan ia dapat melawaskan pembuangan air besar. Vitamin dan zat galian serta karbohidrat dan protein boleh memupuk kesihatan.

SUMBER Mingguan Wanita 1 Mac 2004
____________________________________
Cara pengambilan manjakani asli:
1) Basuh bersih dan rebus manjakani selama 30 minit dengan air putih (air masak) , tutup periuk rapat . Air boleh diminum dengan madu atau begitu sahaja. Ianya memang agak pahit tetapi begitu berkesan untuk mengencangkan rahim dan menegangkan payudara lain-lain anggota badan wanita, atau

2)boleh di sangai tanpa minyak dan di kisar halus untuk dimakan sebagai jamu yang dibancuh dengan air suam.

Amalkan setiap setiap hari dan perbanyakkan minum air. Jamu ini sangat baik kerana ianya asli . Tidak boleh di ambil oleh ibu mengandung dan menyusu.


UNTUK TUJUAN  CUCIAN SEMASA DALAM PANTANG


cara-cara

1) boleh ambil air rebusan beberapa cawan ( kuantiti mengikut keperluan anda) dan digunakan semasa mencuci alat sulit.
-------------------------------------------------------------

kini anda boleh dapatkan buah manjakani di  Norzi Beautilicious House dalam kuantiti  minumum seperti di bawah:



30 biji =RM25

Postage 
RM6 for Peninsular Malaysia
RM9 for Sabah Sarawak














8 comments:

  1. pahit tapi berkhasiat dan bagus untuk wanita kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya fara..sngt baik utk kesihatan dalaman wanita ;)

      Delete
  2. kalau bagi yg menyusu..bila boleh ambil manjakani ni??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh try dear, cuma kena monitor anak cirit tak , takut panas jamu jamu ni ... kena banyk minum air masak. kalau nak try ambik sikit dulu , kalau baby tak tahan better to stop otherwise boleh ambik dlm kuantiti sikit.

      Delete
  3. salam dear,
    ukt keputihan mcm mn nak guna ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. highly recommended to consume dan cuci alat sulit dengan air rebusan manjakani zeti.

      Delete
  4. Salam nak tye.. air rebusan utk.minum tu klau kite campur dgn milo bole x.. utk krgkn rse pahit tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam noha , boleh dicampur dengan milo.Biasanya di tambah dengan madu ..

      Delete

SHARE IT