.

THANK YOU FOR FOLLOWING NORZI

.
.

.

.

.

.

SPONSORED ADVERTISEMENT

KHASIAT DAN KEBAIKAN LEMON


Beberapa tips terbaik hanya dengan sebiji lemon. Amalkan pengambilan buah lemon atau jusnya untuk manfaat seperti berikut.


Lemon atau limau kuning baik untuk mengelakkan selsema, demam, lelah, batuk dan kahak. Untuk anti diabetes dan rawatan diabetes pula, elok di makan sebiji sehari dengan kulitnya sekali. Boleh dimakan sebagai ulam atau minum jus lemon sebiji sehari.


Selain itu, banyak lagi khasiatnya! Sangat bagus diamalkan dengan setengah biji lemon dicampur dengan sesudu madu bersama air suam. Kepada pengidap selsema , batuk kahak, sakit tekak dan sebagainya. Sekali gus, ianya boleh menurunkan tekanan darah dan meningkatkan kadar HDL (kolestrol baik) .








Mampu menghasilkan kulit cantik bersinar. Titiskan beberapa titik jus lemon dalam air panas dipercayai dapat membersihkan sistem penghadaman dan hati. Amalkan dan jadikan minuman harian! 


Mujarab untuk nafas berbau. Kepada perokok, peminum alkohol atau setelah makan makanan laut, cubalah berkumur dengan air suam yang diperahkan lemon. Paling baik kunyah sekali hirisan lemonnya.




Mahukan kulit cantik ? Ambil sebelah lemon dari sebiji , usapkan setengah potongan lemon pada wajah selama lima hingga 10 minit. Selepas itu , bilas wajah menggunakan air sejuk untuk mendapatkan hasil yang baik, lakukan perawatan ini setiap hari kerana kandungan lemon kaya dengan vitamin C, sangat baik untuk cerahkan wajah.


[Petua ini sangat menarik kerana ianya adalah tips untuk mendapatkan kulit yang cantik hanya dengan sebiji lemon. Kita boleh lakukan pada kulit muka, kulit tangan dan kaki atau seluruh tubuh. ]


Baik untuk melembapkan kulit yang kering dan kusam bersisik. Campurkan perahan sebiji lemon dengan dua sudu makan minyak zaitun, sapukan pada wajah dan tubuh. Diamkan campuran berkenaan pada kulit selama lima hingga 10 minit. Kemudiannya, bilaslah dengan air hangat. Kulit akan kembali segar. 


Boleh juga rendamkan jari dan kuku selama lima minit dalam satu bekas air hangat yang dicampur setengah buah perahan lemon. Gosokkan juga pada kuku dengan hirisan lemon dan rendam semula tangan dalam air sejuk. Lemon menjadikan kuku lebih kuat dan lebih putih!


Potongkan sebiji lemon dengan dua bahagian . Gosokkan sebagai skrub pada siku dan ketiak yang kehitaman.[Tips khas bagi yang mengalami masalah siku dan ketiak yang tidak cerah]


Kandungan citric asid dalam lemon membantu membunuh bakteria. Penggunaan secara teratur boleh mencerahkan warna kulit di tempat tersebut bahkan lemon juga mengandungi zat pemutih yang baik. Elok dicuba seminggu atau dua minggu sekali.




Kebaikan meminum air lemon setiap hari secara konsisten mampu mempercepatkan proses mengurangkan berat badan. 





Susah / sukar mendapatkan buah lemon? Anda boleh dapatkan buah lemon ini dengan belian secara online di Norzi Beautilicious House.


Sekiranya berminat untuk mendapatkan buah lemon ,anda boleh membuat pesanan dan belian secara online,sila email norzibeautilicioushouse@gmail.com














No comments:

Post a Comment

SHARE IT