THANK YOU FOR FOLLOWING NORZI

.
.

.

.

.

.

SPONSORED ADVERTISEMENT

.

LANGKAH-LANGKAH MENDAPATKAN SEMUA EMAIL YANG HILANG DI INBOX



Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

Pernah kehilangan email? Ingin tahu macamana nak  dapatkan semula email yang telah hilang di inbox?. Sedangkan baru beberapa minit lalu anda membaca email tersebut. Faktor tidak sengaja boleh menyebabkan pemilik telefon tertekan butang 'delete' maka email tersebut tidak lagi berada di dalam Inbox.

Norzi berkongsi dengan anda cara-cara untuk anda trace email yang telah hilang di inbox. Ini khas untuk akaun email gmail ya. Sekiranya anda telah memadam (delete) email anda secara kekal dengan klik 'Delete forever' di dalam spam atau email di dalam Trash, maka anda memang tidak akan dapat semula email tersebut. Walaubagaimanapun, sekiranya email anda di dalam Inbox dialihkan ke Trash dengan anda hanya klik butang delete dan dalam masa 30hari , email anda masih boleh dijejaki :)

Berikut adalah langkah-langkahnya / cara-cara:
1- Sign in ke akaun Gmail anda
2- Pergi ke Search Bar di bahagian atas email anda , masukkan kata kunci Label:Trash . Rujuk Screenshot 1.

Screenshot 1 : Search Bar




3- Klik Search atau icon [Magnifier] seperti di dalam Screenshot 1.
4- Tandakan [check box] di email yang di kehendaki . Rujuk Screenshot 2.


                     Screenshot 2 : Check Box untuk email yang ingin di bawa ke INBOX


5- Selepas itu, terus cari dropdown menu dan klik button Move to Inbox.
6. Sila ke Inbox anda untuk memastikan email tersebut telah ke Inbox.
Semoga tip ini dapat membantu anda mendapatkan semua email penting anda! 

Salam Ceria;
~Norzi


Boleh like jika info ini membantu :)  Terima kasih



No comments:

Post a Comment

SHARE IT