THANK YOU FOR FOLLOWING NORZI

.
.

.

.

.

.

SPONSORED ADVERTISEMENT

.

PANDUAN PENDAFTARAN PERNIAGAAN BARU DENGAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)


Perniagaan meliputi tiap-tiap bentuk tred, perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profession atau aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud-maksud mendapat keuntungan, tetapi tidak meliputi apa-apa jawatan atau penggajian atau apa-apa pengusahaan amal atau apa-apa kerja yang dinyatakan dalam jadual di bawah peruntukan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (APP 1956). Perniagaan yang boleh didaftarkan di bawah APP 1956 hanya perniagaan beroperasi di Malaysia Barat iaitu meliputi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan dan  bentuk perniagaan adalah seperti 
berikut:  

1. Perniagaan Milik Tunggal - perniagaan dimiliki sepenuhnya oleh seorang pemilik. 

2. Perniagaan Perkongsian - perniagaan dimiliki oleh sekurang-kurangnya dua (2) orang dan tidak melebihi daripada dua puluh (20) rakan 
kongsi.  



Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Alamat :Plaza Alam Sentral 2 , Jalan Majlis, 40000 Shah Alam Tel No : 03-55116500


Prosedur Pendaftaran  

1. Pendaftaran boleh didaftarkan menggunakan nama sendiri atau nama ‘Tred’.  

a) Nama sendiri menggunakan nama seperti di dalam kad pengenalan 
tidak perlu memohon kelulusan nama perniagaan. 
Contoh: Ruslan bin Mohamed, Siow Ah Thai, Ramasamy a/l 
Mutusamy. 

b) Nama Tred ialah nama perniagaan yang dicadangkan dan perlu 
mendapat kelulusan daripada Pendaftar Perniagaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terlebih dahulu.  
Contoh: Kedai Dobi Mewah, Lucky Star Catering, ABS Unggul 
Enterprise. 

2. Lengkapkan Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A) dengan 
mengisi maklumat seperti berikut : 

a) Nama perniagaan  
b) Tarikh permulaan perniagaan  
c) Alamat utama perniagaan  
d) Alamat cawangan perniagaan (jika ada) 
e) Maklumat pemilik dan rakan kongsi 
f) Jenis perniagaan yang akan dijalankan  
g) Kemukakan salinan perjanjian perkongsian (jika ada) 
3. Pemilik dan rakan kongsi hendaklah menandatangani di ruangan maklumat pemilik dan di ruangan pengesahan oleh pemilik tunggal/rakan kongsi.  

4. Orang Yang Bertanggungjawab (OYB) iaitu pemilik atau rakan kongsi 
perlu mengemukakan permohonan di kaunter SSM atau secara online melalui perkhidmatan e-Lodgement di laman web SSM di www.ssm.com.my. 

5. Dokumen yang perlu dilampirkan: 

a) Salinan kad pengenalan pemilik/rakan kongsi; 
b) Surat Kebenaran atau Surat Sokongan bagi jenis perniagaan  Taska   (Jabatan Kebajikan Masyarakat), Tadika, Pusat Tuisyen, Sekolah/Kolej Pendidikan (Kementerian/Jabatan Pendidikan); 
c)Surat kebenaran atau sokongan daripada agensi berkaitan sekiranya  diperlukan oleh Pendaftar Perniagaan.  

Syarat   
1. Pemilik mestilah Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap.  
2. Pemilik mestilah berumur 18 tahun ke atas. 
3. Perniagaan telah dijalankan dan didaftarkan tidak lewat dari 30 hari dari tarikh permulaan perniagaan. 4. Jenis perniagaan yang didaftarkan tidak menyalahi undang-undang, 
tidak bersesuaian dengan keselamatan persekutuan, ketenteraman awam atau prinsip moral. 


Fi Pendaftaran  (Yuran)

1. Perniagaan pemilikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti  di 
kad pengenalan – RM30.00  
2. Perniagaan pemilikan tunggal atau perniagaan perkongsian 
menggunakan nama tred - RM60.00  
3. Pendaftaran cawangan – RM5.00 setiap cawangan.  
4. Cetakan Maklumat Perniagaan – RM10.00 

Panduan Am  
1. Pendaftaran baru perniagaan boleh dibuat bagi jangkamasa satu (1) tahun dan tidak melebihi lima (5) tahun pada setiap pendaftaran. 


2. Perakuan Pendaftaran Perniagaanboleh diperolehi dalam masa satu (1) jam dari waktu pembayaran dibuat.

3. Seseorang yang menjalankan perniagaan tanpa mendaftarkan perniagaan adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta Pendaftaran perniagaan 1956 dan jika disabit kesalahan dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya. 


4. Pemilik perniagaan bertanggungjawab untuk mendapat lesen, permit atau surat kebenaran sewajarnya  daripada pihak berkuasa yang berkaitan bagi jenis/aktiviti perniagaan yang dijalankan walaupun pendaftaran perniagaan tersebut telah didaftarkan di SSM. 






MAKLUMAT INI DI PETIK DARI WEBSITE SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

UNTUK URUSAN SETERUSNYA , SILA LAYARI http://www.ssm.com.my/

No comments:

Post a Comment

SHARE IT