.

THANK YOU FOR FOLLOWING NORZI

.
.

.

.

.

.

SPONSORED ADVERTISEMENT

TIPS MENYELESAIKAN HUTANG PTPTN



Assalamualaikum dan salam sejahtera, selepas mendengar berita dan membaca Artikel semalam yang bertajuk Peminjam ingkar PTPTN disenarai CCRIS,  maka hari ini Norzi terpanggil menulis tentang tips bagaimana untuk menyelesaikan hutang piutang PTPTN yang telah digunakan semasa /sepanjang pengajian. Adakah anda seorang peminjam PTPTN? Jika ya, elokla sekiranya kita berusaha untuk menguruskan bayaran semula kepada pihak PTPTN.

Sekiranya kita tidak mampu buat bayaran kerana baru lepas habis belajar, anda wajib mengemukakan surat rayuan secara bertulis kepada pihak PTPTN supaya mendapat penangguhan rasmi tentang bayaran anda dengan menyatakan faktor-faktor tidak mampu bayar dan nyatakan anda memerlukan sedikit masa lagi untuk memulakan contohnya berikan masa 3 bulan..atau sehingga 6 bulan ... untuk memulakan bayaran pertama. Kalau anda gagal mengemukakan surat rayuan di khuatiri nama anda disenarai hitamkan seperti yang di petik di artikel di bawah.



Sebelum terlambat, jom tengok tips terbaik untuk mengelakkan anda terjebak dari disenarai CCRIS;

1) Buat bayaran tetap (transfer online) selepas mendapat gaji bulanan, tetapi kalau rasa anda kurang disiplin;
2) Buat potongan gaji dengan mengarahkan pihak HR untuk memotong direct dari gaji bulanan anda jika anda bekerja makan gaji; kalau rasa tak boleh juga jom baca lagi di bawah.


Kalau dua point di atas tidak dapat anda penuhi, dan anda bersemangat tinggi dan menanam rasa ingin menyelesaikan hutang dengan segera ; buatlah kerja sampingan lain , iaitu mendapatkan pendapatan kedua. Mungkin dengan cara ini sahaja anda akan berasa lega dan bebas membuat bayaran berlebihan dari yang wajib di bayar tanpa mengusik pendapatan pertama anda. Ada bermacam cara untuk mendapatkan pendapatan kedua yang halal, antara yang banyak-banyak tu seperti partime di mana-mana Restoran makana segera, guru tuisyen, guru music, kelas mengaji, dan macam-macam lagi mengikut kepakaran dan kemampuan masing-masing, dan yang Norzi nak highlight anda juga boleh menjadi Agen Dropship.  Mengapa menjadi agen dropship? Kerana dengan keadaan kurang modal , anda masih boleh berniaga. Mungkin dengan pendapatan ini , sedikit sebanyak boleh membantu anda keluar dari belenggu hutang PTPTN. Pun begitu, masih tertakluk kepada tahap internet yang anda ada. 


Macam yang Norzi maklumkan, banyak  partime lain yang anda boleh lakukan. Bergantung kepada individual skill, tahap kerajinan dan komitmen yang boleh anda berikan. Norzi sendiri selepas graduate Norzi pernah menjana pendapatan kedua dengan menjadi seorang guru sambilan selama 2 tahun untuk subjek Matematik Abacus Mental Arithmetic. Ianya pengalaman yang cukup bermakna dan sangat - sangat menarik, mengajar murid dengan dua tahap, menggunakan jari dan sempoa. Bagaimana anda mencongak semua nombor 1-99 tambah dan tolak hanya menggunakan 10 jari yang anda ada? Itu lah rahsia abacus, Sangat brilliant dan indahnya kira-kira , alhamdulillah semoga murid-murid yang pernah Norzi bimbing dahulu mendapat pelajaran bermakna hendaknya. Walaubagaimanapun  Norzi terpaksa mengundur diri dari bidang ini apabila mendapat cahaya mata pertama. Ini kerana kerjaya sambilan ini menuntut Sabtu dan Ahad untuk ke sekolah dan mengajar,  yang mana masa-masa itu adalah waktu untuk keluarga..bila dah ada baby masa tu, jadi konsentrasi pada anak pula. Sehinggalah bebrpa tahun dahulu Norzi  didorongkan ke perniagaan maya ini, Alhamdulillah ianya sangat fleksible.. Cukup sekadar Norzi kongsikan di sini dan kepada anda di luar sana, anda boleh memilih mana-mana cabang yang anda inginkan selagi ianya halal, Insha Allah akan meringankan beban anda.

Sekiranya anda berminat menjadi Agen Dropship Norzi Beautilicious House, sila email norzibeautilicioushouse@gmail.com  . 

Sekiranya anda bercadang membuka perniagaan onlline, klik sini.

Jangan lupa baca artikel di bawah!

Salam sayang;
~Norzi~







Peminjam ingkar PTPTN disenarai CCRIS

(BERNAMA)

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan melaksanakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dengan kerjasama Bank Negara bagi menyenaraikan peminjam ingkar, bermula bulan ini.

Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata CCRIS merupakan sistem pangkalan data Bank Negara yang menyimpan maklumat kredit peminjam yang telah dilaporkan oleh institusi kewangan.

Menerusi pendekatan ini peminjam PTPTN yang ingkar menerima kesan seperti peminjam institusi kewangan lain, terutama membabitkan kelulusan permohonan pinjaman, kad kredit, sewa beli dan sebagainya, kata Idris.

Beliau ditemui pemberita pada majlis mesra bersama pelanggan dan sambutan Aidilfitri PTPTN, di Kuala Lumpur hari ini.

"Institusi kewangan atau bank akan menilai dan menganalisis setiap pinjaman, baki pinjaman, rekod bayaran balik serta bilangan bulan tertunggak yang terlibat. Ini akan mempengaruhi kelulusan permohonan atau jumlah pinjaman," katanya.

Idris berkata pelaksanaan CCRIS tidak bertujuan membebankan peminjam PTPTN sebaliknya mahu menggalakkan budaya pembayaran balik sebagai kemudahan pembiayaan pendidikan kepada generasi seterusnya.  

Pada masa yang sama, beliau berkata PTPTN merangka beberapa penyelesaian bagi membantu peminjam yang disenarai dalam CCRIS termasuk membayar keseluruhan tunggakan serta membuat komitmen bayaran secara ansuran melalui potongan gaji atau Arahan Tetap bank.

"Selain itu peminjam juga mempunyai pilihan dengan membuat penjadualan atau penstrukturan semula pinjaman mereka yang tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh PTPTN," katanya.

Sehingga 30 Jun lepas PTPTN telah meluluskan pembiayaan pendidikan kepada 2.2 juta pelajar dengan amaun keseluruhan berjumlah RM49.9 bilion.

Dalam perkembangan lain, Idris berkata Kementerian Pendidikan sedang berbincang dengan Kementerian Pengajian Tinggi Mesir agar penangguhan peperiksaan membabitkan pelajar Malaysia dilanjutkan untuk satu tempoh yang lama.

Ini kerana katanya krisis di Mesir dilihat akan mengambil masa untuk pulih.

Bernama



Tips interview- beberapa tips yang boleh di lakukan dan dielakkan semasa interview. 
Selamat maju jaya

1 comment:

  1. assalamualaikum sis,

    macam mana jadi agen dropship tu ? boleh emel saya tak kat n.fazri@gmail.com

    tq

    ReplyDelete

SHARE IT