.

THANK YOU FOR FOLLOWING NORZI

.
.

.

.

.

.

SPONSORED ADVERTISEMENT

WESTERN UNION : CARA TERIMA WANG

Cara bagaimana untuk menerima wang dari saudara-mara, rakan-rakan atau pelanggan dari negara luar untuk urusan transaksi selain bank -bank yang biasa digunakan seperti Maybank dan juga CIMB. Contohnya ,  kalau pelanggan ada akaun Maybank, online payment atau online banking boleh dilakukan sebaliknya sekiranya pelanggan tidak memiliki akaun Maybank atau CIMB, biasanya mereka memilih WESTERN UNION atau Money Gram atau beberapa perkhidmatan perpindahan wang lain sebagai alternatif untuk memindahkan wang bagi tujuan-tujuan tertentu.

Jika sebelum ini anda pernah berurusan di Maybank dan CIMB untuk mengambil perpindahan wang dari pelanggan di negara jiran seperti Singapura , Brunei ,tetapi pada masa ini perkhidmatan Western Union tidak lagi beroperasi di CIMB atau Maybank. Di harap anda tidak keliru kerana, pada masa ini, hanya  Money Gram yang beroperasi di CIMB dan Maybank. Walaubagaimanapun, beberapa bank lain mempunyai perkhidmatan Western Union  ini , selain  anda boleh ke RHB Bank, AMbank, Bank Rakyat atau ke Cawangan Western Union seperti di IOI Mall , Jalan Tungku Abdul Rahman, KL Sentral, Beberapa Pejabat Pos di Bawah Tesco dan Giant dan banyak lagi.


Pastikan anda maklumkan yang anda akan membuat urusan penerimaan kerana tidak semua Western Union yang mempunyai lambang atau logo Western Union tu boleh membuat urusan pengambilan wang, sebahagiannya hanya menyediakan urusan mengirim  wang sahaja pada hari-hari tertentu. Jadi sila membuat semakan di kaunter pertanyaan. 








Macamana nak terima duit atau membuat pengeluaran dari western union? Ok Norzi kongsi langkah-langkahya'

Caranya adalah:

1)Kenalpasti tempat yang mempunyai perkhidamatan Western Union.
2) Dapatkan maklumat penting untuk  penerimaan wang
Maklumat tersebut adalah:
a)NAMA PENGIRIM
b)ALAMAT PENGIRIM
c)JUMLAH YANG DI MASUKKAN
d)NO MTUC iaitu no rujukan yang di perlukan untuk sebarang transaksi di Western Union (sila minta no ini dari pengirim wang).

2) Ambil borang di kaunter dan isi borang bahagian  maklumat detail penerima dan juga pengirim
3) Selepas siap isi borang, berikan di kaunter beserta IC (pasti kan bawa IC ya atau sebarang pengenalan diri , bagi foreigner bawa passport)
4) Siap, anda tunggu untuk pengeluaran wang secara cash.


Untuk semakan lokasi  Western Union di seluruh Malaysia , sila klik sini http://www.westernunion.com.my/en/

Moga ini membantu

Terima kasih
~Norzi~






41 comments:

  1. Tq for this info. Sangat 2 membantu

    ReplyDelete
  2. sis, nk tanya kalau alamat penerima yg pengirim tu tulis kat resit lain dgn alamat penerima dlm ic blh terima ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak apa, tapi alamat yang awak tulis di dalam borang mestilah sama dengan di dalam sistem (dari pengirim).

      Delete
  3. Saya nk tanya..western union dekat maybank ada tk..dan bagaimana kita nk beri no akaun kita kat rkn di uk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiada di maybak sekarang.. boleh pergi ke Bank Rakyat , ada sebahagian Bank Rakyat ada Western Union , no akaun tak perlu beri ,tapi lepas wang telah di berikan kepada kita (menggunakan maklumat peribadi : NAMA ALAMAT NO TEL dengan tepat,pastikan pengirim berikan no MTUC untuk mengeluarkan wang. tq

      Delete
    2. Western union dekat cimb ada x?@ pjbt pos

      Delete
    3. Sekarang tiada di CIMB atau Pej Pos tapi salah satu bank yang ada Western Union ialah Bank Rakyat

      Delete
  4. saya ada pelanggan dari luar negara, saya tktau nak percaya atau tak. Bank of England email saya tentang Transaksi semua. then dia transfer saya RM5100 dan bank surh saya transfer RM 1000 ke mover . saya tktau nak percaya atau tidak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sis kes saya mcm sis juga..custmer transfer duit melalui bank of England kt email, n dia minta saya post kan duit cas kebanyakkan RM1000 melalui (WU) mcm sis settle kn kes sis tu??

      Delete
  5. selagi takda MTUC number dan takda berurusan ,jangan percayaya.. tak da sebab kita nak transfer kat dia kecuali ada buat pembelian

    ReplyDelete
  6. salam, nak tanya, no akaun yang perlu kita beri kepada pengirim nak bg no akaun yang mana ye since cimb dan mbb xde buat perkhidmatan western union ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam sis, berikan nama, alamat , no tel dan IC untuk kiriman. Penerima perlu dapatkan MTUC number dari pengirim setelah transaksi ke atas nama penerima di buat. Patikan spelling pada nama tidak ada kesilapan, mesti sama macam dlm ic.

      Delete
  7. Sis.. kita x perlu daftar apa2 dgn WU kan?
    Kalau nak terima duit...just isi form detail seperti di atas a,b,c berserta MTUC?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak perlu sis... kita hanya kena ada maklumat dari pengirim .. MTUC kena ada. senang kira suruh pengirim wassap slip kiriman. semua maklumat dlm tu sis

      Delete
  8. Sis mcm mana nak cek btol atau x duit tu dh msuk melalui westrern union?sblom kita pergi clear

    ReplyDelete
  9. Salam sis, nk tanya jg.klu di ruangan tujuan transaksi kita tulis pembelian online, kita kena bawa resit apa2 tak masa nk receve duit tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam sis, tak perlu baha resit , tapi perlu bawa ic.

      Delete
  10. Salam sir sya Nak tnye sy nk terima wang dari uk tapi sya kena bayar yuran RM300 sebelum ambil duit dri pejabat pos betul ke sir kena bayar RM300

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam sis, tiada bayaran dikenakan untuk terima wang. Harap ini membantu. Terima kasih

      Delete
  11. Replies
    1. wsalam sis semoga ini membantu , banyak sangat scam skrang ni... ramai email tentang mereka di suruh masukkan wang telebih dahulu sebelum menerima wang western union. Harap rakan rakan tidak tertipu dengan scam macam ni. Sekiranya anda memang ada urusan dengan orang yang berurusan dengan anda, In sha Allah tiada siapa yang perlu bankin dahulu. Jika anda penjual , anda akan menerima wang yang di kirin tanpa perlu bayaran. Hanya pergi ke western union, isi borong dengan betul dan lengkap dan berikan IC anda - urusan selesai.

      Delete
    2. wsalam sis semoga ini membantu , banyak sangat scam skrang ni... ramai email tentang mereka di suruh masukkan wang telebih dahulu sebelum menerima wang western union. Harap rakan rakan tidak tertipu dengan scam macam ni. Sekiranya anda memang ada urusan dengan orang yang berurusan dengan anda, In sha Allah tiada siapa yang perlu bankin dahulu. Jika anda penjual , anda akan menerima wang yang di kirin tanpa perlu bayaran. Hanya pergi ke western union, isi borong dengan betul dan lengkap dan berikan IC anda - urusan selesai.

      Delete
  12. Sis.. Kita kena buat bayaran ka untuk ambil duit tu kalau kita xda online banking ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak sis, ikut pengalaman , tak pernah kena bayar. Norzi biasanya ambik kiriman wang di Western Union yang ada di Bank Rakyat. Sis boleh juga ke bank rakyat utk ambil yang telah di kirim

      Delete
  13. Kiranya kalau dia sruh kita buat bayaran rm1000 untk dptkan duit tu... Kira dia bohong la tu ? Kan sis ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf sis, Sis nak ambik duit apa ya..maaf.. tak faham situasi sis.

      Delete
  14. Sis.. Kita kena buat bayaran ka untuk ambil duit tu kalau kita xda online banking ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duit kalau telah di kirim , boleh terus ambik , dptkan MTUC number.

      Delete
  15. Assalamualaikum sis, saya nk terima wang rkn sy berada amerika syarikat, dia belajar disana,, but dia suruh byr 2k utk actif kan yg sy trima duit dia di sna melalui western union, betul ke? hrp sgt sis membantu sy , InsyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam sis, saya pernah terima wang kiriman dari Singapore, Brunei, Australia tapi tak pernah kena bayar apa apa bayaran.

      Untuk mendapat pengesahan , mohon cik clarify dengan pihak western union, semak di sini https://www.westernunion.com/my/en/contact-information.html

      Delete
  16. Salam sis. Perlu ke kite bagi ic no.pada pengirim wang dari oversea ke malaysia? Selamat ke dedahkan ic no kite? Dorg request ic no. Pulak skrg ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam sis, biasanya kami bagi nama , alamat , no telefon sahaja. yang penting ejaan nama mestilah seperti di dalam IC , ejaan tepat. kalau tertinggal satu huruf kira reject n tak boleh keluar kan duit.

      Delete
    2. Btl lah, sy pun sama cust mintak no ic sy utk transfer duit pada sy. Boleh caya ke? Cust dari Brunei...x pe ke kita bg no ic kt dia

      Delete
  17. tq.. sangat sangat membantu :)

    ReplyDelete
  18. Salam nak tanya sebenarnya macam mana kita nak guna moneygram money transfer ni? Saya x pernah gunakan ia... nk bank online penerima hanya bagi nama penuh dan alamat sahaja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam sis, biasanya guna western union or moneygram kpd penerima yang berada di luar negara. Kalau mereka ada akaun Maybank or CIMB or mana mana bank lain , boleh je transfer online tapi bagi kes yang tiada akaun bank dan berada di luar negara kita guna kaedah ini... cepat mudah dan selamat . Nama penuh , alamat , no tel diperlukan

      Delete
  19. Salam nak tanya sebenarnya macam mana kita nak guna moneygram money transfer ni? Saya x pernah gunakan ia... nk bank online penerima hanya bagi nama penuh dan alamat sahaja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kita nak sampaikan wang kepada penerima di negara lain contohnya ... boleh gunakan moneygram/ western union . Nama alamat kena tepat . dan anda kena sharekan no MTUC number kepada penerima .

      Delete
  20. salam, nak tanya..jika dari western union(australia) masuk ke akaun maybank kita..brp lama masa kita dpt amik duit tu (direct to bank). saya check akaun belum ada duit masuk. nombor MTUC tu ada diberikan(wasap)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam , kami belum pernah terima direct to bank , biasanya collect di western union juga. Jika cik berjaya transaction mohon sharekan di sini... kalau western - western , lepas dapat MTUC number boleh terus je keluarkan...

      Delete

SHARE IT