.

THANK YOU FOR FOLLOWING NORZI

.
.

.

.

.

.

SPONSORED ADVERTISEMENT

WHATSAPP VS SMS, SEBAB WHATSAPP POPULAR


Assalamualaikum...salam sejahtera...hari ni Norzi rasa terpanggil nak tulis tentang WhatsApp dan mengapa WhatsApp ini popular pada masa ini. Dalam zaman komunikasi yang semakin  maju, penggunaan sms  atau khidmat pesanan ringkas yang berbayar tidak lagi sepopular dahulu. Pengguna pada masa kini semakin banyak pilihan, dan kalau kita di beri pilihan, tentulah kita inginkan yang menguntungkan untuk jangka masa panjang atau dengan kata lain kita tentula pilih perkhidmatan tanpa kos.Pengguna pada masa sekarang sudah  bijak memilih, berfikir dan membuat keputusan terbaik dalam memilih servis yang ditawarkan. Sama sahaja dengan konsep menggunakan application WhatsApp ini... applikasi ini ditawarkan kepada anda tanpa kos , ia bererti percuma. Hantar message secara percuma, gambar percuma ... tetapi, adalah syaratnya sebelum anda boleh enjoy menggunakan application ini... Pertama sekali... applikasi ini  hanya boleh digunakan sekiranya anda adalah pengguna telefon pintar atau smart phone dan boleh digunakan pada mana-mana platform seperti Android, iOS, Blackberry atau windows. 

Pengguna telefon pintar bolehla memuat turun atau download applikasi ini. Ianya percuma  untuk di muat turun. Contohnya jika pengguna android, anda boleh download dan search dengan kata kunci 'free download whatsapp for android'. Bila dah download , anda  boleh berwhatsapp dengan rakan yang memnggunakan whatsapp juga.

Tahukah anda, dengan teknologi komunikasi pada masa kini, kemunculan WhatsApp telah sedikit sebanyak memberi kesan dalam industri sms kerana WhatsApp adalah perkhidmatan text secara percuma, hantar gambar pun percuma, group chat dan live update semua percuma... Selain itu WhatsApp juga adalah universal kerana text boleh dihantar walaupun dari Android ke Blackberry, Android ke Apple atau sebaliknya. Berbanding BBM ianya hanya terhad kepada pengguna Blackberry ke Blackberry dan kita tahu tak semua rakan kita menggunakan Blackberry maka ianya tidak begitu mesra pengguna dari aspek platform komunikasi ini.


source :google

Dengan pengenalan harga smart phone yang murah di pasaran pada masa ini, kini anda sebagai pengguna mempunyai lebih pilihan memiliki smart phone dan dengan kadar harga yang mampu milik. Kalau anda nak tahu, Norzi pengguna WhatsApp tegar, hehe dan memang rasa bertuah dapat menggunakan applikasi ini kerana banyak membantu berkomunikasi dan menjimatkan kos. Dengan melanggan pelan internet bulanan dengan kadar RM58 untuk 3GB , Norzi bebas menggunakan applikasi ini, selain bebas mengakses internet pada bila-bila masa , dan mengikut masa dan keperluan Norzi . Tapi, kalau ada yang rasa tak perlu ambil pakej internet ini sebab sentiasa connected to WIFI , pun boleh enjoy menggunakan WhatsApp ni kerana anda akan sentiasa dapat dihubung secara percuma juga asalkan telah connected to wifi dan pada masa yang sama menggunakan telefon pintar atau setaraf yang memenuhi ciri-ciri spesifikasi minimum yang di tetapkan oleh applikasi ini.

Dengan penggunaan yang berleluasa ni... adakah anda menyebut WhatsApp dengan betul? jom tengok ejaan dan sebutan yang betul untuk WhatsApp atau  pronunciation yang tepat untuk WhatsApp. Kalau kita tengok dalam bentuk penulisan atau sebutan ada yang tulis wassap .... watsup .... WhatsApp...
agak-agaknnya mana yang betul? ok mari norzi share sini dan harap-harap lepas ni kita sebut dan tulis dengan betul.. :)


UPDATED: Norzi telah menerima komen dari Anonymous berkaitn sebutan sebenar whatsApp . Apa yang Norzi sampaikan ini tak betul maka secara serta merta mesti di betulkan . Terima kasih kepada anonymous kerana menegur dengan ikhlas dan beserta link yang norzi akan share kan kat sini.

Sebutan yang sebenarnya adalah whatsAPP  atau wassup. Rujuk info dari page WhatsApp.

Jadi lepas ni kita sebut betul-betul whatsAPP =what 's up








sebutan yang betul adalah WHATS  +  APP  (APP adalah singkatan untuk APPLICATION  )
ianya merupakan WhatsApp Messenger



Menurut Wikipedia:
'Whatsapp Messenger is a proprietary, cross-platform instant messaging application for smarphones. In addition to text messaging, users can send each other images, video and media messages. The client software is available for Android, Blackberry, iOS, Series 40, Symbian and Windows Phone.'


Jadi, kalau nak beralih dari telefon biasa ke telefon pintar secara peribadi Norzi rasakan perlu sekiranya kita sebagai pengguna benar-benar rasa ada keperluan dan kita akan 'fully utilise' gadget dan applikasi tersebut.. Tapi sekiranya takda keperluan, kita pakai telefon biasa pun ok, asalkan dapat dihubungi dan menghubungi orang lain ketika kecemasan dan seumpamanya..
Sampai di sini dulu sedikit coretan untuk hari ini... semoga bermanfaat dan , sampai jumpa lagi dan salam ukhwah :) 


2 comments:

SHARE IT