THANK YOU FOR FOLLOWING NORZI

.
.

.

.

.

.

SPONSORED ADVERTISEMENT

.

TIPS : MEMILIKI PERNIAGAAN ONLINE

Tips utama yang perlu diberikan perhatian sebelum anda memulakan perniagaan secara online :

1) Kenalpasti jenis perniagaan yang ingin diceburi
Sebelum membuat keputusan untuk membina sebuah perniagaan maya, anda perlu mengenalpasti apakah produk atau servis /perkhidmatan yang ingin anda ketengahkan. Apakah keperluan awam yang cuba anda selesaikan. 

Fikirkan idea perniagaan online yang terbaik


Apakah kekuatan produk anda dalam segmen yang cuba anda bawakan. Contohnya dalam sebuah penempatan di Taman Perumahan A, terdapat sebuah kedai makanan yang menjual nasi campur. Satu lagi kedai dalam segmen yang sama menjual Makanan Masakan Panas seperti Tom yam dan lain-lain. Kini tiba pula giliran anda untuk memeriahkan dunia perniagaan makanan , tetapi makanan apakah yang telah dikenalpasti? Anda cari kelainan dengan memberikan makanan barat (western food). Ianya segment makanan tetapi apa yang ditawarkan ternyata berbeza. Maka adalah terbaik untuk anda mencari kelainan supaya perniagaan anda itu menjadi lebih unik dan dapat dibezakan.

2) Kenalpasti pembekal
Seterusnya, anda perlu mengenalpasti siapakah pembekal anda yang boleh membekalkan perkhidmatan yang anda ingin tawarkan. Contohnya jika anda bercadang membuka butik online tudung. Pastikan anda mendapatkan pembekal tudung yang reliable dan mampu memberikan bekalan mencukupi dan berkualiti. Dengan mempunyai pembekal yang kukuh, ianya memudahkan perjalanan perniagaan maya anda. Begitu juga sekiranya anda adalah agen dropship, pastikan pembekal anda iaitu dropshipper itu mempunyai reputasi yang bagus dari segi penghantaran , kualiti , system dan semua perkara berkaitan supaya tidak menjejaskan kedai maya anda.

3) Modal
Seterusnya sediakan persiapan perbelanjaan / kewangan untuk modal yang diperlukan untuk perniagaan anda. Sejumlah wang diperlukan supaya anda mempunyai stok jualan dengan memborong produk sasaran anda. Sekiranya anda tidak mempunyai wang yang cukup , anda masih berpeluang menjual secara online dengan menjadi agen dropship. Agen dropship hanya perlu mempunyai strategi perniagaan secara online tetapi tidak perlu mempunyai wang untuk belian barang, tidak perlu menyimpan stok dan seumpamanya. Sebaliknya anda perlu mendapatkan pembekal yang bersedia untuk menjadi pembekal anda. Ini kerana tidak semua peniaga ingin menjadi pembekal kepada agen. Walaubagaimanapun, kepada pengunjung-pengunjung Norzi Beautilicious House sekiranya anda berminat menjadi agen dropship Norzi Beautilicious House, sila email kan ke norzibeautilicioushouse@gmail.com untuk pendaftaran, pendaftaran masih dibuka.

4) Kenalpasti medium
Seterusnya , kenal pasti medium yang anda ingin gunakan untuk perniagaan anda. Kalau kita sebut sahaja online atau internet, anda bebas memilih mana-mana medium seperti blog, Facebook, Mudah, Ebay dan banyak lagi. Ianya memudahkan anda membuat pemasaran. Pastikan anda tahu mengakses internet, email, internet banking bagi memudahkan perniagaan online ini kerana selain dari ciri-ciri percaya,menepati masa, amanah dan jujur, anda juga perlu aktif dan sentiasa pantas dan perlu membuat semakan secara online (cross check) dan cara yang lebih pantas dan menjimatkan adalah dengan mengakses internet, semuanya di hujung jari anda. Dengan tersedianya perkara seperti di bawah, anda kini di garisan permulaan perniagaan online. Anda jugalah individu yang boleh memacu kejayaan perniagaan anda.


Walaupun anda dapati terlalu banyak peniaga online seperti cendawan tumbuh, yang mungkin mempunyai persamaan dari segi produk dan servis yang anda tawarkan, anda tidak perlu bimbang kerana kelainan dari segi perkhidmatan secara keseluruhan dan juga kualiti terbaik yang anda berikan mampu mengatasi semua kerisauan anda. Berikan perkhidmatan terbaik dalam perniagaan anda supaya anda lebih mudah di ingati kerana perkara-perkara positif bukan perkara sebaliknya. Kejayaan anda terletak di tangan anda, selain berdoa dan tawakkal, banyakkan usaha memajukan perniagaan online anda.


Selamat maju jaya kepada anda!
 Norzi~

10 comments:

  1. tq utk share..info menarik..:)

    ReplyDelete
  2. Ini baru hari pertama saya nak test market, and tup tup keluar entry ni. Thanks dear. Anyway boleh lawat sini ^_^

    http://dazzlingkawaiishop.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks for reading reading dear. and good luck for ur business :)

      Delete
  3. Panduan yang sangat berguna... saya memang minat nak mula berniaga tapi tidak kecukupan masa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih membaca karisma, boleh buat persediaan dari sekarang dan mulakan biabenar-benar bersedia

      Delete
  4. Terima kasih kerana berkongsi ilmu dan terima kasih kerana membuka peluang perniagaan kepada org2 yg tidak mempunyai modal... hanya ALLAH yg dpt membalasnya.. Norzie adalah pembekal yg paling mudah didekati dan peramah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kembali dear...semoga ilmu yang dikongsikan ini benar-benar bermanfaat utk semua rakan2 semua :)

      Delete

SHARE IT