THANK YOU FOR FOLLOWING NORZI

.
.

.

.

.

.

SPONSORED ADVERTISEMENT

.

2 JENIS MAKANAN PERLU DIELAKKAN KETIKAN PENYUSUAN SUSU IBU


Ibu-ibu hebat yang sentiasa positif , committed dan berusaha untuk menyusukan anak-anak tersayang perlu sentiasa mengambil makanan seimbang bagi menjamin menghasilkan susu bagi si kecil anda. Diet seimbang yang mengandungi makanan kegemaran anda adalah pilihan terbaik tetapi beberapa jenis makanan perlu di elakkan atau di jauhi kerana di khuatiri boleh meninggalkan kesan negatif kepada sikecil anda. 2 jenis makanan utama yang perlu dijauhi oleh ibu-ibu yang sedang menyusukan bayi adalah  : 

a) kopi 

Elakkan pengambilan kafien ketika dalam tempoh penyusuan bayi anda


Kopi perlu dijauhi oleh para ibu menyusu. Ini kerana apabila anda meminum kopi / soda/ teh, sedikit kandungan kafien akan memasuki susu ibu. Oleh sebab bayi tidak boleh membuang kafien secepat orang dewasa, maka kandungan kafien yang terkandung di dalam badan bayi boleh menyebabkannya menjadi cerewet, meragam, sentiasa marah dan sukar untuk tidur. Ini boleh menyebabkan ibu dan bayi mengalami masalah , keletihan dan kembung perut untuk si bayi jika berterusan menangis.

Sebagai penyelesaian, para ibu perlu lebih sensitif dan elakkan mengambil kafien di dalam diet seharian. Walaupun anda penat, seorang bayi yang cerewet dan tidak boleh tidur akan menambah burukkan lagi suasana. Sekiranya ibu masih ingin meminum kopi dan seumpamanya, maka di galakkan mengambil selepas proses penyusuan. 

Ketika bayi masih kecil dan dalam tempoh menyusu badan,  pengambilan makanan  oleh si ibu perlu diberikan perhatian untuk memastikan tiada alahan pada si bayi 


b) Buah-buahan sitrus

Beberapa sebatian yang dijumpai di dalam buah-buahan dan jus sitrus mungkin akan mengganggu GI tract yang boleh menyebabkan si comel anda menjadi lebih cerewet , muntah dan ruam lampin bagi sesetengah bayi. Sekiranya anda ingin mengurangkan pengambilan sitrus untuk si manja, boleh digantikan dengan mengambil makanan yang mempunyai vitamin C, termasuklah buah betik dan manggis


Untuk dapatkan set lengkap menyusu , boleh rujuk sini.


Selamat menjaga kesihatan .
Salam ceria
Norzi~



No comments:

Post a Comment

SHARE IT