THANK YOU FOR FOLLOWING NORZI

.
.

.

.

.

.

SPONSORED ADVERTISEMENT

.

PROJEK TOPENG LEMBU - SENILUKIS PELAJAR TAHUN 3

Assalamualaikum...lama dah tak update kat sini dan blog Norzi yang lagi satu tu .... sibuk sangat2.. banyak benda nak story , tapi tak sempat.. kadang tu leh terlelap depan lappy ni ha.. tandanya sangat2 la kepenatan... Norzi tak da maid, jadi segala benda kena buat sendiri..hihi.ppenat memang penat,,memandangkan privacy yang di cari ,kira okla... Sebelum merapu jauh,.  just nak share aktiviti Norzi ngan anak.. last week, untuk matapelajaran seni lukisnya, Tahun 3, kena buat la topeng binatang . Apalagi.. brainstorm la sikit2 bersama-sama.. semua binatang disenaraikan... kucing, beruang , arnab, kuda dan lembu pun ada juga hehehe... dalam banyak2 tu, anak Norzi pilih lembu... aduhai.. susah jugak ek nak menopeng lembu yang kiut lagi comel hihihi... yela. kalau boleh nak tengok yg kiut-kiut aje..pakai topeng yang comel ...dan semestinya lain dari yang lain..harapan memang la  nak hasilkan topeng yang kiut, tapi memandangkan tangan pun tak berapa lembut ,hasilnya pun biasa-biasa aje la.. hehe . As always , musim2 raya ni, buat last minute la ..sebab sibuk datang open house ,kalau tak pun, kita bertandang rumah orang. ..Akibatnya banyak la benda2 yang sepatutnya duduk di tangga first priority jatuh ke tangga bawah , masa semua dah tak ikut ..ok takpe, lupakan sebentar hal raya kami tu hihi..

Sambung balik, lepas defined dah LEMBU as subject matter, Norzi pun apa lagi tolong la ajar anak cara2nya...tentu la kita kena buat sebesar muka orang...kalau kecil sangat kang tak jadi topeng la kan.. Projek ni memerlukan sehelai kertas bersaiz A4 yang keras sikit atau kalau ikut arahan cikgu, CIkgu suruh guna manila card. Tapi mama dia dah engkar dengan justifikasi tertentu (heheeh)..jadi mama beli kertas khas yang lebih sesuai untuk tujuan tersebut. Gunakan sebarang pensel utk melakar dan seterusnya mewarna!  Tak susah mana.. tapi sangat-sangat fun dan exciting la kat anak Norzi tu..  owh ya,jangan lupa hole puncher atau penebuk lubang dengan getah untuk dijadikan penyangkut topeng tu kat bahagian telinga. Jom tengok proses tu.. layan gambar... :)



First thing first... mestila kena ada kertas dan pensel hehehe 



dan lakar la sikit2 tak seberapa pun sebab lakar tak penting sangat, yang penting mewarna tu :)  kerja mewarna anak Norzi buat sepenuhnya atas tunjuk ajar Norzi :)



Selepas mewarna, Norzi juga ajar touch up... bukan makeup sahaje ada final touch up, bulu mata lentik , tentu -tentu gigirl la yang akan pakai kan.. hehe suka nya anak Norzi dengan topeng dia ni.. Inilah proses art fun dan penuh explorasi.




Tengok... dah siap dan tengah ukur  bahagian utk buat hole tu...





tada... mata agak offset sikit..tapi for 30mins work ..  it is ok, sebab tak banyak masa ada .. dan esoknya dah nak school...jadi perlu disiapkan segera sebab dah lewat malam.. sukanya anak Norzi dapat  mewarna.. macam Norzi dah maklumkan dulu.. mewarna tu memang kegemaran dia.. dan semakin lama hasil mewarnanya semakin bertambah baik..

NORZI ART & CRAFT  HOUSE
Kepada yang berminat untuk memberikan anak-anak anda pendedahan dan pengalaman eksplorasi seni creative , meningkatkan pengetahuan , pemahaman asas art and craft atau di kenali sebagai 'fundamental concept' dan 'hands-on' bagi setiap subject matter art and craft anjuran NORZI ART & CRAFT  HOUSE ,  ibu bapa boleh membuat temujanji dengan menghubungi  Norzi di talian 019.3177.872 untuk kelas art and craft  bagi beberapa sesi berikut :

a)sesi malam-weekdays
b)sesi hujung minggu (pagi / petang) weekends
c)sesi musim cuti sekolah

Lokasi Puchong








No comments:

Post a Comment

SHARE IT