THANK YOU FOR FOLLOWING NORZI

.
.

.

.

.

.

SPONSORED ADVERTISEMENT

.

Ketika Ambil wuduk, niatkan la dalam hati....

Assalamualaikum dan salam sejahtera... ketika berwuduk, apa yang anda niatkan..? ya ,setiap anggota tu kita niatkan kerana Allah.. Norzi terbaca post dari Adi JKK di Facebook dan merasakan nak sangat berkongsi dengan rakan semua agar kita dapat menfaat daripadanya kerana kita mengambil wuduk 5 kali sehari jadi ada baiknya kalau kita mengamalkan berniatkan perkara baik ini..terima kasih kepada saudara Adi JKK kerana mengizinkan catatan ini untuk dikongsi bersama.




Ketika Ambil Wuduk niatkanlah dalam hati

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu de...
ngan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. ketika menyapu leher dengan air (antara membasuh telinga dan kaki),
"Ya Allah, hindarilah dan jauhilah leherku dari terkena percikan api neraka."
 
8.Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".

Silalah SHARE untuk kebaikan bersama. :)

No comments:

Post a Comment

SHARE IT