.

THANK YOU FOR FOLLOWING NORZI

.
.

.

.

.

.

SPONSORED ADVERTISEMENT

3 Langkah asas untuk Kulit Wajah yang sempurna

1. Mencuci 
Pilih pencuci muka yang sesuai dengan kulit wajah anda samada jenis kering, lembab atau berminyak. Terdapat banyak produk yang menjual set wajah, anda boleh mendapatkannya di kedai-kedai farmasi , Watson, Guardian atau kedai makeup seperti  dan seumpamanya yang berdekatan dengan anda. Norzi pernah cuba brand Clarins dan Clinique, tetapi tidak sesuai dengan kulit Norzi kerana secara peribadi,Norzi berpendapat mungkin produk-produk tersebut tidak direka untuk kulit orang Asia.. jadi Norzi cuba produk-produk keluaran Malaysia, alhamdulillah sesuai :) big smile for it..


Dengan mencuci wajah setiap hari, ianya membantu  membuang kotoran dan bakteria pada kulit wajah , termasuklah sisa-sisa kosmetik, habuk-habuk kerana kulit tangan dan muka terdedah kepada habuk di sekitar kita..

2. Toner
Penggunaan toner pada wajah selepas mencuci  mampu membantu membuang segala sisa-sisa bakteria dan semua baki kosmetik terutamanya yang terperangkap di dalam rongga pori-pori. Seeloknya paki toner , cara penggunaannya, selepas mencuci wajah, keringkan dan ambil facial cotton untuk dijadikan perantara  meratakan toner pada seluruh permukaan wajah.... Selain dari membersih, toner juga berfungsi mengecilkan rongga pori2  wajah , membuang semua habuk dan kosmetik yang tertinggal di dalam rongga pori, menegang dan memberi seri yang lebih pada kulit wajah.


facial cotton 
pic:credit to google 


3) Moisturiser (Pelembap)

Selepas menggunakan toner , sapukan moisturiser pada permukaan kulit muka. Moisturer adalah benda yang 'must have item'  yang perlu sentiasa bersama Norzi.  Penggunaan moisturiser mampu mengelakkan kulit kusam dan kering. Kadangkala menyukarkan untuk senyum sekiranya muka terlalu kering dan boleh menghilangkan seri muka. Dengan  memakai moisturiser secara konsisten  mampu melembutkan kulit wajah dan melambatkan proses penuanaan.



SEMUA ENTRI RESEPI DAN BERKAITAN MAKANAN DI

No comments:

Post a Comment

SHARE IT