THANK YOU FOR FOLLOWING NORZI

.
.

.

.

.

.

SPONSORED ADVERTISEMENT

.

TIP KULIT HALUS , BERSIH, TEGANG, AWET MUDA dan BERSERI DARI DALAM

Assalam..salam sejahtera to all NBH's readers... malam ni taknak lepaskan peluang share pasal kebaikan telur putih yang menjadi agen kecantikan kulit wajah secara tradisional... penggunaan telur putih yang konsisten, mampu meninggalkan kesan kulit wajah yang halus, cerah, bersih , berseri dan kelihatan sangat sihat. Itu sangat penting kerana kulit wajah yang sihat boleh meninggalkan pelbagai persepsi positive terhadap seseorang  individu ... jadi apa kata selain mempunyai set pembersih wajah, kita amalkan cara tradisionl ni juga kerana kos nya sangat murah tetapi hasilnya sangat memberansangkan. Masa zaman Norzi belajar dahulu, Norzi memang suka memakai telur putih pada wajah kerana pada masa itu banyak masa terluan...bujang kan, so  banyak masa telah diperuntukkan untuk diri sendiri dan sessi membelai kulit kerap dilakukan .. tapi sekrang masa agak terhad dan perlu dibahagikan sebaiknya tambahan pulak tiada pembantu rumah tetapi kehendak pulak tinggi, rumah nak sentiasa kemas dan cantik , jadi  tiada istilah banyak masa terluang pada masa ini sebab ada sahaja nak buat dan tak habis-habis :) .. 

ok ,berbalik pada penggunaan telur putih. Langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah dengan mengasingkan telur tadi tapi jgn lupa cuci dahulu ya.. (lihat gambar di bawah) pengasingan dilakukan supaya telur putih tidak bercampur dengan telur kuning... kemudian, perkara kedua , anda perlu cuci wajah anda agar bersih dan kering dan bila dah kering, pastikan rambut di ikat kemas supaya tak terkena pada putih telur yang diletakkan pada kulit wajah nanti. 





mengasingkan pustih telur (pic credit to mr google)



Dulu norzi gunakan berus water color je, beli yang besar sikit untuk sapukan putih telur pada wajah anda seperti di bawah... kadang2 ada juga norzi pakai jari je bila berus hilang dari pandangan mata ..hihi takpe pakai jari ke, berus ke, hasilnya tetap sama kerana khasiat telur putih tak berubah kalau guna jari atau berus :) ..cuma kalau guna berus lebih cepat sbb ada tool.. bila dah sapu, anda tunggu sekejap , .. putih telur akan mula mengering... masa tu anda rasa kulit wajah anda kering dan tegang sangat... dan yang penting, tolong jangan senyum pada masa ini kerana masa tu kulit anda sedang menegang, dan kalau anda senyum masa ini dikhuatiri lebih banyak kedutan pula timbul... tunggu seketika...masa menunggu bolehla pejam sekejap ke... jangan tertidur dah la ye ;)



sapu putih telur pada wajah (pic credited to mr google)

Setelah lebih kurang 5-10 minit , anda boleh la cuci dengan air suam atau air biasa... boleh gunakan cleanser juga kalau takut bau hanyir pada wajah.. lepas itu boleh la dikeringkan . anda boleh rasakan kesegaran, cerah , bersih dan berserinya kulit anda selepas proses eksperimental  ini.Tunggu la esok bila anda ke pejabat, tengok ada tak yang menegur kulit wajah anda kelihatan berseri.. kalau ada, benarlah telur putih ni berkhasiat dan ajaib kan.. pengalaman norzi, bila buat aja proses ni, ramai akan tegur kulit nampak berseri.. anda cubalah...tapi jika anda ada alahan terhadap telur putih, elok sekiranya tidak mencuba. Akhir kata selamat mencuba .. salam sayang~NoRZI



rasai kelainan kulit wajah selepas penggunaan kulit telur (pic credited to mr google)


No comments:

Post a Comment

SHARE IT