.

THANK YOU FOR FOLLOWING NORZI

.
.

.

.

.

.

SPONSORED ADVERTISEMENT

Kongsi Pengalaman: Cuti-cuti Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar semua... sedar tak sedar tahun 2012 bakal menjelma... rasa sekejap sahaja masa berlalu... Norzi dengan ini rasa amat berbesar hati ingin berkongsi pengalaman cuti-cuti Malaysia dan luar Malaysia sepanjang tahun 2011. Bagi Norzi, tahun 2011 telah membuka tirai dengan pelbagai sejarah, penuh dengan keterujaan, kegembiraan, kesedihan dan kasih sayang yang berkekalan... walaupun 2011 bakal melabuhkan tirai selang 3 hari lagi... tetapi kenangan 2011 akan tetap dalam ingatan..

Norzi akan meluangkan sedikit masa untuk persediaan corat coret perjalanan cuti-cuti Norzi.. InsyaAllah.. Antara tempat-tempat yang telah dikunjungi sepanjang 2011 adalah Port Dickson, Bandung Indonesia, Pulau Pinang, Sabah , dan juga Taiping...Jadi rakan2 semua jangan ketinggalan mengikuti cerita-cerita Norzi yang tak seberapa tu ya. Semua corat coret perjalanan percutian ini akan di masukkan ke dalam blog NORZI FOODILICIOUS HOUSE . Norzi masih dalam proses penulisan :)  siap sahaja, Norzi akan maklumkan kepada anda semua...

Kenapa agaknya Norzi nak tulis semua tu? ...:)  kerana Norzi ingin berkongsi dengan rakan-rakan semua tentang perjalanan,persediaan perjalanan, tips-tips sebelum berangkat, kaedah pembelian ticket, hotel yang diduduki, tempat makan yang dikunjungi .. agar rakan-rakan pengunjung mendapat manafaat darinya.. Dengan berkongsi pengalaman itu, harapnya rakan-rakan di luar sana akan melalui percutian yang lebih selesa, teratur, dan berjalan dengan baik seperti yang di rancangkan... ingat selalu bahawa perjalanan yang kurang rancangan yang baik selalunya agak mengecewakan dan akhirnya bukan keseronokan bersama keluarga yang kita perolehi , tetapi kekecewaan pula yang kena di tempuhi...

Dengan ini juga, Norzi berharap agar perjalanan anda yang di rancang dengan baik dengan sedikit panduan ini boleh membantu memudahkan percutian anda dan yang pasti nya Norzi harapkan kegembiraan anda bersama keluarga dan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan antara mama-papa-anak2.. Jadi, tahun 2012 ke mana kita agaknya? :)
selamat merancang..




1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

SHARE IT