THANK YOU FOR FOLLOWING NORZI

.
.

.

.

.

.

SPONSORED ADVERTISEMENT

.

TIPS OF THE DAY:: MENGEMAS RUMAH

pic: credit to mr google :)


Assalamualaikum, hari ni kakzi terpanggil untuk share ngan anda semua tentang mengemas rumah ( ni tips berdasarkan pengalaman peribadi ye:) :) ). Rumah adalah tempat kita berehat, berkumpul dengan keluarga, tempat menenangkan fikiran. Jadi , semestinya menjadi perkara utama untuk kita memastikan rumah kita sentiasa berada dalam keadaan kemas, bersih , selesa dan nyaman untuk didiami... bagi ibu-ibu yang duduk di rumah , yang sepenuh masa mengurus anak2, suami dan rumah, tentu tak ada masalah dalam hal untuk mengemas rumah sebab masanya banyak di rumah . Bagi ibu-ibu bekerja pulak, tentu penat bila balik kerja nak uruskan semua sebab balik kerja dah petang atau maghrib, jadi masa tu juga nak fikirkan tentang masak makan malam , kemas dapur dan lain2. ok, taknak berceloteh panjang,kalau ibu-ibu sekelian tak ada masa, digalakkan tidur awal supaya dapat bangun pukul 5 pagi untuk mengemas rumah, dapur, mop lantai mahupun basuh kain dalam setrip dua. Pada masa ini, anda akan dapat melakukan kerja tanpa sebarang gangguan kerana anak2 sedang nyenyak tidur... jadi , kita sebagai ibu kena berkorban sikit la masa tidur, untuk bangun awal... bukan tu sahaja, masak pun sempat kalau kita betul2 susun jadual tu betul2.

Oh ya, cara kemas rumah ni kalau nak cepat, kita simpan semua barang di tempat asal, jangan ada barang kecil-kecil bersepah-sepah , semua hendaklah di simpan kemas.lepas tu hempuk la sofa kita kalau jenis fabrik agar habuknya keluar... Lantai jangan dibiar ada sebarang benda, mainan ke atau apa2.. bila dah kemas, barulah kita vacuum semua sampah/habuk atau pun kalau takda vacuum, kita sapu jela lantai kita tu seadanya.... dah selesai, kita mop pulak lantai.... ha..lihatla betapa kemasnya rumah kita masa tu... sekurang2nya,seminggu sekali kita lapkan semua peralatan dalam rumah kita dengan kain lembap agar tak ada habuk yang melekat dan... celah2 bucu rumah mestilah mudah diaccess supaya tak ada habuk tersimpan...ya kakzi tau semua orang tak suka kehadiran habuk.. kalau la ada alat perangkap habuk, memang kakzi lah orang pertama yang akan beli...

pic: credit to mr google


 
Masa nak start sapu dah boleh masukkan baju dalam mesin (time management), by the time selesai kemas hall di depan, kain pun dah selesai basuh, tinggal sidai aje..,...ok, lepas selesai kemas hall, kita start masak ke atau kalau tak nak masak, boleh start basuh pinggan, kemaskan sinki , mop cabinet dan seterusnya kemas makan, dan mop lantai dapur... lepas selesai boleh la kita sidai baju..selalunya ambil masa dalam 1 1/2 jam boleh settle, tengok mcmana kita manage untuk selesaikan kerja kerja pembersihan ni.... kalau banyak masa boleh la mandi dan solat, kalau tak,boleh kita kita kerjakan solat subuh dulu sebelum selesaikan kerja rumah tu... selalunya dalam kes ni.pukul 730 pg dah boleh keluar rumah.... tengokla bagaimana dengan masa anda..anda cuma perlu tentukannya mengikut scenario anda sendiri , cuma tipsnya yang utama di sini, kita dapat uruskan rumah dengan pantas pada waktu pagi sebab waktu tu la paling terbaik untuk mulakan kerja pembesihan tanpa gangguan dari anak kecil...

ok, itu sahaja untuk hari ini... mohon maafla kalau coretan ni tak seberapa,... sekadar nak share saja apa yang kakzi lakukan,.. semoga anda dapat menafaat darinya terutamanya untuk ibu berkerjaya di luar sana... memang selagi kita bergelar isteri dan ibu, kita takkan terlepas dari perkataan 'penat', tapi semuanya demi keluarga tercinta.Sebenarnya banyak lagi yang kakzi nak sharekan, cuma kesuntukan masa , tapi insyaallah dari masa ke semasa akan cuba menambah coretan dalam blog ni.. kalau anda ada sebarang pertanyaan atau ada sebarang issue atau topik yang ingin dikongsikan bersama, anda boleh email kakzi di norzibeautilicioushouse@gmail.com   .... setakat ini dulu.. Jumpa lagi ..wassalam

No comments:

Post a Comment

SHARE IT