.

THANK YOU FOR FOLLOWING NORZI

.
.

.

.

.

.

SPONSORED ADVERTISEMENT

TIPS OF THE DAY : KESIHATAN IBU SELEPAS BERSALIN

Norzi nak share, pentingnya kesihatan selepas melalui proses kelahiran. Bagi yang pernah melalulinya, mesti tahu betapa banyaknya tenaga yang kita perlukan semasa proses 'meneran',ini bg yang bersalin normal . Bagi yang operate pun tak kurang hebatnya kerana terpaksa melalui perkara-perkara sukar yang lain sebab perut  dibelahkan ,jadi faham2 ajelah kalau nak batuk sikit pun sakit, gerak sikit pun sakit ..Norzi tiada pengalaman ceaser tapi boleh membayangkannya :)  . Semasa proses kelahiran juga, darah yang keluar pula terlalu banyak, sebab itulah kita merasa lemah sebaik keluar dari labour room dan penjagaan susulan adalah amat-amat penting untuk proses pemulihan.

Pernahkah anda terfikir, kenapa agaknya ibu-ibu  kita terlalu menitik beratkan penjagaan selepas proses kelahiran ni?~~ Kalau orang melayu panggil 'berpantang' tapi orang putih panggil 'confinement'~~. Ya memang penting sangat sebab masa inilah kaum ibu perlu pulih kan badan kita, urat-urat kita agar duduk di tempat sediakala dan kita tentu mahukan badan yang tidak sakit-sakit, kuatnya badan kita sama seperti masa kita belum beranak.. maklumlah ,kita ingin  menggunakan tubuh badan ni untuk seumur hidup sekiranya usia panjang... jadi wajar diberikan perhatian yang lebih agar badan sihat dan ibu ibu kembali cergas dan ceria.

Selepas 44hari berpantang , banyak lagi perkara lain yang perlu dilalui...nak capai perkara ini bukannya senang kerana kita perlu buat pelbagai amalan tradisional supaya badan segar kembali seperti bertungku, bertangas, berpilis , berbengkung dan lain-lain. 


Perlu di ingatkan bahawa sekiranya kita gagal  memberikan tumpuan untuk menjaga diri kita, dikhuatiri badan kita  gagal bekerja dengan baik selepas ini. Kaum ibu perlu memastikan cukup waktu berpantang , badan kembali pulih, sekiranya sebaliknya berlaku,ini boleh membawa kepada masalah kemurungan.  Bila sentiasa murung selepas pantang tentulah keluarga kita pun tidak ceria, suami tidak ceria termasuklah anak-anak berasa bimbang pada tahap kesihatan ibu yang disayanginya. Oleh sebab itulah, para ibu berpantang mesti mengambil berat tentang penjagaan diri semasa proses berpantang kerana detached proses antara ibu dan bayi bukanlah perkara yang mudah, ianya penuh dengan cabaran, semangat , kekuatan dan doa. Ianya pertarungan nyawa yang cukup hebat.

Apa agaknya yang menjadi perkara utama semasa proses berpantang? Seperti yang di nyatakan tadi, terdapat beberapa faktor utama yang perlu diberikan perhatian iaitu pemakanan, penjagaan rapi dan amalan-amalan berpantang yang lain seperti memakan jamu selepas bersalin,berurut, memakai pilis, bertungku, berbengkung , mandi air suam dengan dedaun dan bertangas.

Mengikut petua orang tua-tua, aktiviti-aktiviti ini memang tak dapat dielakkan semasa berpantang kerana ianya menjamin kesihatan kita dan kesejahteraan rumah tangga kita kelak. Memang agak membosankan melalui proses berpantang kerana terlalu banyak perkara yang kita tak boleh lakukan. Oleh kerana itu, para ibu berpantang mesti setkan minda bahwa melalui proses berpantang selama 44hari adalah jangka waktu seketika sahaja dan selepas itu kita akan sihat. Ini agak berbeza dengan segelintir pendapat doktor zaman sekarang, walaubagaimanapun, terpulang kepada empunya diri. Fikir secara logik dan selagi sesuatu itu tidak merosakkan badan, tiada salahnya kita mengikut kata orang tua-tua.

Beberapa perkara yang perlu di beri perhatian semasa berpantang:
a) Pemakanan
Semasa  proses berpantang , badan senang sangat rasa sejuk. Pada masa ini badan lemah selain darah juga banyak keluar. Sekiranya anda tengok luaran anda memang anda rasa macam biasa tapi perlu di ingat, sekiranya anda tengok dalam badan anda, tentu  takut kerana proses detached dengan baby yang berlaku, jika sebelum ini bayi itu berkongsi makanan dan minuman, tetapi kini tiada lagi..jadi bayangkan luka-luka di dalam , tentu masih segar luka-luka itu sepanjang proses berpantang. Jadi, ada baiknya untuk mengikut kata orang tua seperti makan makanan yang tidak berminyak seperti ikan rebus atau ikan bakar, banyakkan pengambilan halia agar dapat membantu proses buang angin. Menambah kuantiti lada hitam di dalam menu anda supaya dapat membantu memanaskan badan , makan ayam kampung supaya dapat memberikan tenaga untuk anda. Untuk pembentukan darah pula, makan la makanan berkhasiat dan tidak berbisa. Hati dan pedal ayam pun bagus juga masakla dengan lada hitam . 

b)Mengambil  jamu selepas bersalin


c) Berurut
Dapatkan tukang urut yang benar-benar boleh membantu anda rasa segar selepas diurut dan tahu mengurut orang dalam pantang, bukan tukang urut yang sekadar pegang aje. Tukang urut akan mengurut seluruh badan menggunakan minyak, menaikkan peranakan, mengurut payudara agar tidak bengkak susu. Sekiranya mengalami bengkak susu boleh menyebabkan berlakunya bentan.

Digalakkan mengurut sebelum sarapan pagi untuk mengelakkan perut penuh dengan makanan semasa sedang berurut.  Zaman sekarang ada ibu-ibu yang sibuk dan tak dapat jaga kita  kerana kekangan masa, jadi kalau nak cari confinement lady,digalakkan cari la yang benar2 ada kualiti.

Memakai Pilis, Bertungku,Berbengkung, Mandi air rebusan dedaun dan Bertangas juga sangat penting dan harus di ambil kira sepanjang proses berpantang agar badan anda kembali pulih dan sihat seperti sebelum melahirkan. Selamat berpantang.


No comments:

Post a Comment

SHARE IT